Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, August 15, 2012

GEMPARRR..!!! USTAZ NASHA UMUM MASUK UMNO PETANG NI..???

nasha

Agak keras mendengar kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, yang semalam berpendirian bahawa PAS perlu mengambil inisiatif memutuskan hubungan dan keluar dari Pakatan Haram.

Menurutnya, atas ketegasan yang ditunjukkan oleh puak-puak kafir harbi DAP yang menolak penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud di negara ini maka ia jelas bertentangan dengan kedua-dua asas perjuangan asal partinya.

Malah lebih mengejutkan, dia yang dilihat begitu jelas sekali marah dengan DAP menegaskan bahawa kecenderungan parti chauvinis ultra kiasu itu menentang perjuangan PAS itu menunjukkan bahawa mereka boleh ditafsirkan sebagai golongan anti-Islam di negara ini.

Setahu saya, sehingga ke hari ini, Ustaz Nasharuddin masih lagi merupakan salah seorang ahli PAS dan belum lagi keluar dari parti tersebut.

Namun saya percaya, ramai rakyat Malaysia khususnya mereka yang mengikuti perkembangan dunia politik tanahair bersetuju dengan saya bahawa kelibat Nasharuddin sering dilihat bersama para pemimpin BN, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mungkin ada di kalangan para penyokong PAS sendiri mentafsirkan bahawa hubungan baik dan keintiman Nasharuddin – Najib itu merupakan satu pengkhianatan bekas Timbalan Presiden PAS itu terhadap parti mereka.

Namun sekiranya diteliti dengan lebih dekat lagi, sebenarnya Nasharuddin masih lagi sayangkan PAS  dan mahu melihat partinya itu berubah serta kembali ke landasan perjuangan asal setelah “dibutakan” oleh “syaitan-syaitan” yang bersekutu dengan partinya.

Saya tertanya-tanya, di dalam ramai-ramai pemimpin PAS, apakah tidak ada seorang pun dari kalangan mereka yang bersetuju dan menyokong penuh kenyataan serta gesaan yang dibuat oleh Ustaz Nasharuddin yang terkenal dengan sifat “istiqamah”nya itu?

Dari sekecil-kecil ahli di peringkat akar umbi sehinggalah ke peringkat tertinggi PAS, tidak adakah di kalangan mereka yang mengakui kebenaran yang dinyatakan oleh bekas Timbalan Presiden PAS tersebut?

Atau puak-puak PAS lebih gemar untuk menipu diri sendiri dan enggan mengakui kelemahan parti mereka serta kesilapan “tahaluf siyasi” dengan “syaitan-syaitan” yang begitu bijak “mengkeldaikan” mereka selama lebih empat tahun?

Pada saya, para penyokong dan pemimpin PAS itu sebenarnya “buta” kerana meminggirkan Ustaz Nasharuddin yang mempunyai kekuatan jiwa dalam menegakkan syiar Islam di negara ini.

Beliau sedar bahawa dirinya disisihkan, disekat secara halus dan “dicantas” oleh puak-puak Mat Sabu, namun ia tidak menyebabkan bekas Timbalan Presiden PAS itu patah semangat untuk berjuang demi Islam dan anak bangsanya.

Nasharuddin sedar bahawa mendekatkan diri dan bersahabat dengan para pemimpin UMNO, khususnya Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu tindakan yang terbaik sebagai platform untuk beliau meneruskan perjuangan Islam dengan lebih realistik dan progresif!

Ustaz Nasharuddin tahu bahawa sekiranya beliau terus bersama Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Anwar Ibrahim, Mahfuz Omar, Mat Sabu dan konco-konconya, sudah tentu Islam tidak ke mana, malah akan ditentang kemajuan syiarnya oleh “syaitan-syaitan” tersebut.

Justeru itulah maka beliau memutuskan untuk menjalin hubungan baik dengan para pemimpin UMNO di negara ini bagi meneruskan perjuangannya menegakkan Islam di negara ini tanpa ragu-ragu atau syak wasangka buruk.

Hasilnya, beliau diberi perhatian oleh para pimpinan tertinggi kerajaan dan boleh dikatakan beliau telah memainkan peranan yang aktif bagi membincangkan masalahat kepentingan umat Islam dan melaksanakan sebahagian dari dasar Islam bersama UMNO!

Pada saya, tindakan Ustaz Nasharuddin inilah barulah boleh dikatakan sebagai “tahaluf siyasi” di mana Islam mendapat kelebihan di dalam hubungan tersebut dan bersesuaian dengan “masoleh mursalah” yang selari dengan “maqasid syariah” yang dilaungkan selama ini.

Apa yang PAS dapat selama bersama DAP dan PKR? Apakah mereka “buta” dan “tuli”kan diri apabila begitu banyak dasar dan perjuangan asal mereka ditolak serta dibantah keras oleh sekutu-sekutu politik mereka itu?

Terus terang saya katakan, saya punya ramai rakan-rakan PAS di peringkat akar umbi di seluruh negara, khususnya di sebelah utara yang begitu pro kepada golongan ulama dan mereka sebenarnya sudah tawar hati untuk mengundi pada PRU ke-13 nanti.

Kata mereka, mungkin mereka tidak akan mengundi BN kerana prinsip politik namun mereka lebih “geli” dan “jijik” untuk memberi undi kepada parti mereka yang kini bagaikan “anjing” yang boleh disepak terajang oleh DAP dan PKR. Itu kata mereka, bukan saya…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!