Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, August 5, 2012

GEMPARRR..!!! RAFIZI BAKAL HERET BEKAS TIMBALAN PERDANA MENTERI KE PENJARA..!!!?

now

Loya tekak saya apabila Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli semalam mengumumkan penubuhan sebuah pusat pendedah maklumat bagi mendedahkan lebih banyak “skandal besar” yang didakwa cuba dilindungi pihak tertentu.

Dalam kenyataannya, Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Negara (Now) itu sudah didaftarkan dan akan beroperasi di Sungai Besi, serta ditubuhkan bagi mendedahkan maklumat berkaitan prestasi urus tadbir, tata kelola dan ketelusan kerajaan dan agensinya.

Selain itu, Now juga dikatakan akan melindungi pemberi maklumat, tanggung kos guaman jika didakwa (seperti dirinya!) dan merekrut orang-orang sepertinya yang suka melanggar undang-undang seperti BAIFA, OSA dan sebagainya.

Pada saya, tujuan utama Rafizi menubuhkan badan itu ialah untuk kepentingan dirinya. Jika dia tidak didakwa di bawah akta BAIFA baru-baru ini, sudah tentu badan tersebut tidak akan ditubuhkan, bukan? Mengaku sajalah!

Saya tertanya-tanya, mengapa badan yang ditubuhkan Rafizi itu mengkhususkan maklumat rahsia berkenaan kerajaan, agensi dan GLC sahaja?

Mengapa Now tidak diperluaskan skopnya kepada semua jenis pendedahan yang melibatkan individu, parti, NGO dan sebagainya?

Baiklah. Memandangkan Rafizi sudah menubuhkan badan itu, maka mari kita mulakan pendedahan yang paling dekat dengan Rafizi dulu sebelum kita pergi jauh kepada perkara yang tidak berasas dan tidak berdasarkan bukti kukuh atau “hearsay”.

Sebagaimana maklum, Anwar merupakan antara individu paling hampir dengan Rafizi. Apa kata kalau Rafizi siasat dulu mengenai pendedahan yang dikaitkan dengan segala penyelewengan, salah guna kuasa dan skandal-skandal yang melibatkan Anwar Ibrahim terlebih dahulu? Berani?

Merujuk kepada sejarah perkhidmatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu, saya percaya ramai yang tahu mengenai betapa teruknya reputasi dan cara Anwar dulu.

Anwar dikatakan “bapa rasuah”! Anwar dikatakan menyalahguna kuasa! Anwar dituduh larikan wang negara! Anwar diceritakan mengedarkan “pink form” untuk mendapat sokongan! Anwar dikatakan “main depan” dan “main belakang”!

Banyak lagi perkara negatif dan skandal-skandal yang dikaitkan dengan “boss” Rafizi itu. Kalau Rafizi nak tahu, tanyalah Ezam, Nallakarupan, Zul Noordin, Zaharain, Ummi Hafilda dan ramai lagi mereka-mereka yang tahu Anwar “luar” dan “dalam”.

Pokok pangkalnya, apakah Now dan Rafizi berani untuk tidak bersikap “double standard” dan menyiasat Anwar Ibrahim berkenaan semua dakwaan-dakwaan yang dikaitkan dengannya?

Kemudian pada masa yang sama, Now dan Rafizi sepatutnya menyiasat pula mengenai Azmin Ali, Shamsidar Taharin, Wan Azizah, Khalid Ibrahim, Ronnie Liu, Tony Pua, Eli Wong, Teresa Kok, Guan Eng, Nik Aziz, Mat Sabu, Azizan Razak, Mahfuz Omar dan ramai lagi pemimpin Pakatan Haram.

Mereka semua sangat dekat dengan Rafizi dan saya percaya bahawa Rafizi boleh bertemu untuk melakukan soal siasat dengan mereka-mereka itu pada bila-bila masa saja. Namun ia bergantung kepada sama ada Rafizi ada “telur” atau tidak, atau Rafizi telus atau tidak!

Pada saya, Now adalah satu lagi badan yang tidak berkreadibiliti, berat sebelah dan ditubuhkan atas kepentingan politik serta menyelamatkan Rafizi yang kini diancam hukuman penjara yang mampu menamatkan impiannya untuk menjadi calon PRU ke-13.

Jadi, untuk menyembunyikan salahnya, Rafizi terpaksa memberanikan diri menongkah arus cuba menampilkan dirinya sebagai hero sedangkan memang jelas bahawa dia berkemungkinan besar pesalah yang melanggar undang-undang negara.

Sangat pelik bila orang yang melanggar undang-undang dianggap “hero”. Padahal, matlamat tidak menghalalkan cara. Robinhood tidak sepatutnya mencuri untuk menolong rakyat memandangkan mencuri itu salah dari sudut agama dan moral. Banyak lagi cara lain untuk menuntuk keadilan.

Begitu juga dengan Rafizi. Untuk mempersoalkan sesuatu isu, tidak semestinya dia perlu dedahkan dokumen mana-mana pihak sedangkan negara ini punya banyak cara dan jalan untuk berbuat demikian.

Ramai VIP dan VVIP yang “masuk ke dalam” kerana didapati bersalah dalam kes-kes tertentu dan tiada pun didedahkan dokumen seperti yang dibuat Rafizi, kan? Jadi, apa istimewanya Rafizi sehingga tindakannya itu dikatakan wajar? Agak-agaklah sikit…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Rafizi ni orang Terengganu. Biasanya kalau tanya orang Terengganu dia orang minum ke tak, jawabnya mana ada ada orang Terengganu yang minum. Tapi yang berayuk mok ni lain banyak sikit.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!