Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, August 30, 2012

GEMPARRR..!!! DEWAN ULAMA PAS BERGADUH BESAR DENGAN MAJLIS SYURA..???!!!


NAMPAKNYA PAS yang kini dikuasai oleh golongan Anwarinas dan parasit-parasit belaan Anwar menerima tamparan hebat semalam setelah Dewan Ulama PAS mempertahankan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, yang dikecam hebat para pemimpin parti itu baru-baru ini.

Nasharuddin yang dilihat begitu akrab dengan pemimpin nombor satu UMNO/BN dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Makkah Al-Mukarramah menaikkan darah ramai pemimpin PAS yang mahu beliau disingkirkan dari parti.

Mereka tidak dapat menahan sabar dan melatah melihat Nasharuddin dibawa Najib bertemu dengan para ulama muktabar bertaraf dunia serta membincangkan tentan mashlahah Islam di persada antarabangsa yang jauh lebih luas skopnya.

Berbanding PAS dan Nik Aziz contohnya, hanya layak berbincang mengenai maslahah di dalam skop kecil di Malaysia saja, namun begitupun dia masih lagi digelar “Mursyidul Am” meskipun sudah banyak kali mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan agama.

Maka mengamuklah Mahfuz Omar, Khalid Samad, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nik Aziz sendiri yang mengkritik keras pendirian Nasharuddin yang mahu PAS keluar dari Pakatan Haram yang menafikan perjuangan parti itu berkenaan agenda negara Islam serta perlaksanaan hudud.

Setelah beberapa lama dikecam dan desas desus menyatakan bahawa ada di kalangan pemimpin PAS yang mahu Nasharuddin dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti, tiba-tiba muncul individu pertama yang mempertahankannya.

Siapa lagi kalau bukan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib!

Disaat Nasharuddin dikatakan mahu dirujuk kepada Majlis Syura dan ada pemimpin “Anwarinas” yang mahu beliau digugurkan dari majlis berkenaan, Harun Taib bingkas mempertahankan pendirian Nasharuddin.

Cuma Harun Taib menyarankan kepada Nasharuddin supaya menyatakan tentangannya itu secara terbuka sehingga merugikan politik PAS di kalangan para penyokongnya.

Terfikir pula saya, sekiranya Nasharuddin menyatakan pendirian dan menolak hubungan PAS dnegan DAP menerusi saluran dalaman parti itu, apakah pandangan serta kebenaran yang cuba ditegakkannya itu akan diterima pakai oleh pucuk pimpinan PAS?

Di dalam satu kes yang melanda PAS berkenaan reformasi parti itu ke arah Anwarinas, mereka telah menukar agenda menubuhkan kerajaan Islam kepada agenda menubuhkan kerajaan kebajikan atas dasar mahu “sama hati” dengan DAP.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din yang sememangnya hebat memperjuangkan agenda negara Islam itu membantah perubahan agenda tersebut dan mahu supaya PAS mengekalkan agenda penubuhan Daulah Islamiyyah.

Teruk juga Harun Din dan Nik Aziz bertegang leher sehingga PAS terpaksa menganjurkan satu mesyuarat khas bagi membincangkan krisis tersebut.

Namun akhirnya dengan kuasa “veto” Nik Aziz yang mengamalkan dasar “aku saja yang betul”, maka Harun Din telah berjaya “dibisukan” dan tamatlah perjalanan perjuangan PAS membina negara Islam di situ.

Bayangkan, seorang tokoh ilmuwan sehebat Harun Din pun boleh “dibisukan” meskipun ilmu Nik Aziz jauh lebih rendah darinya, apatah lagi Nasharuddin yang sebelum ini dikais ketepi oleh “pencuri isteri orang” seperti Mat Sabu.

Sudah tentulah Nasharuddin lebih mudah “dibisukan” oleh Majlis Syura yang dikepalai oleh Nik Aziz itu dan memandangkan begitu, apakah wajar Harun Taib menyarankan bekas Timbalan Presiden PAS itu menyuarakan menerusi saluran dalaman parti?

Nampaknya, meskipun Nasharuddin dipertahankan Ketua Dewan Ulama PAS, nasibnya di dalam PAS masih lagi berada di hujung tanduk memandangkan AJK Majlis Syura itu dikatakan berhadapan dengan Nik Aziz sebagai Ketua Majlis Syura.

Berkemungkinan besar Nasharuddin tidak akan dipecat demi mengelak PAS rugi besar sebagaimana yang menimpa parti itu ketika pemecatan Hasan Ali, namun saya tidak menolak bahawa bekas Timbalan kepada Abdul Hadi itu akan dilucutkan jawatannya sebagai AJK majlis berkenaan.

Begitulah PAS yang pantang ditegur atau dinasihati. Bayangkan sendiri, sedangkan ditegur pemimpin sendiri pun PAS tidak mahu dengar, apatah lagi jika UMNO yang menegur parti itu. Agaknya teguran siapa yang akan menyedarkan PAS dari “lenanya”?

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!