Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, August 2, 2012

DERIH AHMAD DIGESA BALIK TANAM JAGUNG DI KAMPUNG...


BARU-BARU ini AJK PAS Pusat, Idris Ahmad bersuara lagi dengan mendakwa bahawa slogan “Sayangi Selangor, Yakini BN” yang dilancarkan selepas BN tewas di Selangor hanya satu bentuk “candu” untuk menipu rakyat.

Beliau mempertikaikan mengapa selepas BN tewas pada PRU ke-12 yang lalu maka slogan sebegitu ditimbulkan dan bekas Ketua Penerangan PAS itu mempertikaikan tentang peranan UMNO/BN memerintah Selangor sejak lebih dari 51 tahun dahulu.

Katanya, sepanjang 51 tahun UMNO/BN memerintah Selangor, kononnya negeri itu telah dipersia-siakan dan Idris Ahmad tidak nampak sebarang keistimewaan Selangor berbanding dengan negeri-negeri lain.

Lebih meloyakan tekak, dia kemudiannya menyatakan bahawa Kerajaan Pakatan Haram yang baru memerintah negeri Selangor selama lebih 4 tahun telah membuktikan kehebatan mereka mentadbir negeri itu.

Agaknya Idris Ahmad ini “buta” fakta? Atau dia dungu dan bengap tidak terkata? Apakah dia baru keluar dari tempurung kelapa di kampungnya dan baru mengenali Selangor?

Rasanya tidak perlu dijelaskan di sini pun saya yakin bahawa majoriti rakyat di negara ini akan mengiktiraf Selangor sebagai sebuah negeri termaju dan merupakan sebuah negeri yang memiliki sumber pendapatan tertinggi di Malaysia.

Itu fakta. Meskipun tidak dibantu sebarang royalti minyak, Selangor di bawah pentadbiran UMNO/BN sejak 51 tahun dulu adalah negeri yang paling menonjol di dalam arus kemodenan dan pembangunan negara.

Apa jenis pembangunan yang tidak ada di Selangor? Sektor mana yang tidak membangun di Selangor sepanjang pentadbiran UMNO/BN di negeri itu?

Berdasarkan rekod, jabatan yang tidak “profit oriented” pun boleh kaya raya di sepanjang pentadbiran UMNO/BN di Selangor. Begitu juga dengan segala keperluan, kehendak dan prasarana bagi membantu kehidupan rakyat, semuanya ada!

Ketika UMNO/BN memerintah Selangor, JAIS memang tidak beri muka kepada gerakan memurtadkan umat Islam.

Tapi baru dua tiga tahun mentadbir Selangor, Pakatan Haram buat-buat tak tahu dan menyokong pula gerakan tersebut.

Dulu, DYMM Sultan Selangor sangat sayangkan UMNO/BN kerana berjaya membina Selangor sebagai sebuah negeri maju dan mempunyai hubungan yang sangat baik dengan kepimpinan kerajaan ketika itu di atas jasa-jasa yang tidak ternilai.

Namun baru dua tiga tahun mentadbir, DYMM Sultan Selangor murka dan sering menegur kepimpinan Pakatan Haram yang selalu boros menghabiskan duit rakyat negeri itu dengan perkara-perkara tidak berfaedah.

Isu pasir yang masih belum selesai kerana dimonopoli abang kepada Menteri Besar, kini timbul pula isu krisis air di Selangor yang jelas memperlihatkan sikap kebudak-budakan pemimpin kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim yang mementingkan soal politik lebih dari kepentingan rakyat sendiri.

Pada Khalid, biar rumah rakyat tidak ada air pun tidak mengapa asalkan dia dan konco-konconya puas hati dengan enggan memberi kerjasama dengan Kerajaan Pusat yang dipimpin BN.

Dulu, wang dan aset Yayasan Islam Selangor memang bernilai ratusan juta ketika di bawah UMNO/BN. Kini, yayasan itu hampir muflis dikerjakan Khalid dan kroni-kroninya, hasil nasihat Penasihat Ekonomi “RM1”.

Banyak lagi kebodohan pentadbiran, penyelewengan, skandal, salahguna kuasa, “makan komisyen” dan sebagainya di dalam pentadbiran Pakatan Haram di Selangor. Rasanya kalau diceritakan, hingga selepas PRU ke-13 pun belum tentu habis..!

Persoalannya, di mana Idris Ahmad letakkan segala isu-isu tersebut? Dia kata rakyat bijak untuk menilai. Memang rakyat bijak untuk menilai tentang kebobrokan dan segala penipuan Kerajaan Pakatan Haram Selangor!

Apa yang Idris Ahmad tahu? Perak negeri kelahirannya itu pun belum tentu mampu dirampas balik Pakatan Haram pada PRU ke-13 nanti, tapi dia menyibuk pula di negeri orang. Dia sepatutnya balik kampung saja daripada terus bersuara macam orang gila tak tentu hala…

Sumber: Perak Today

2 comments:

Anonymous said...

Parti depa memang terbalik. Waktu UMNO berjuang bersama MCA dan MIC dll depa kata tak boleh. Sekarang mereka berjuang bersama kafir harbi boleh pula atas nama tahaluf siyasi. So, bila orang lain buat tak boleh, bila orang depa buat tak apa. Macam, ni punya putar alam pun ada yang taksub nak mampos. Baiklah kau orang masuk tasawuf saja dari masuk golongan macam ni.

Anonymous said...

Biaq pi la kat dia sekurang-kurangnya kita semua tau yang dia ni badan saja manusia tapi otak lembu. Berhujah tak pakai fakta cuma pakai agak2 ja..baru sama taraf dengan hat dok sembang deraih kat kedai kopi nu..!!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!