Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, August 27, 2012

Demi Rakyat Selangor, Khalid Wajib Benarkan Loji Langat 2 Dibina Segera



Aku dengar ramai rakan-rakan aku di Selangor yang merungut takde air masa sambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ni. Meskipun ramai pemastautin di Selangor balik kampung, mereka yang berhari raya di Selangor tetap sengsara dengan masalah air yang seolah-olah tiada penghujungnya.

Kata mereka, susah la kalau Hari Raya takde air khususnya bagi golongan yang mempunyai keluarga yang besar...

Ini la jadinya kalau Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Gagap lebih mengutamakan politik berbanding kesejahteraan rakyat. Air tu perkara asas hidup bebbb..! Kalau Khalid tak utamakan dan sebok utamakan kepentingan politik, siapa yang akan jadi mangsa?

Aku fikir masalah air di Selangor ni dah selesai bila Kerajaan Pusat dah umum tender terbuka untuk bina Loji Langat 2, sebuah loji rawatan air bersih yang dijangka mampu membekalkan air bersih kepada para penduduk negeri tu yang semakin ramai... 

Maklum ajelah...bukan ke Selangor tu bertaraf negeri maju..

Khalid Gagap nak main politik punya pasal...warga emas ni yang jadi mangsa..!!!
Kerajaan Pusat dah lama buat kajian masa awal tahun 2000 dulu mengambil iktibar krisis air Selangor pada tahun 1998. Dan pada tahun 2005, kajian tu dapati negeri Selangor bakal hadapi kriris air menjelang tahun 2014. Sebab tu diorang plan nak buat Loji Langat 2...

Sebenarnya, Kerajaan dah buat paip besar dari Pahang ke Selangor dan kerja-kerja tu masih on progress.  Cuma yang tinggal nak buatkan loji nak proses air bersih je sebelum dibekalkan kepada rakyat Selangor... 

Tapi, pembangkang menang pulak di Selangor pada 2008 dan Khalid Gagap take over kerajaan negeri dari BN. Tiba-tiba dia tak kasi buat pulak Loji Langat 2 tu! Habis tu macamana dengan krisis air yang dijangka berlaku di Selangor ni..?
Bila ahli politik bodoh sombong mentadbir Selangor..begini la jadinya...
Dulu memanglah krisis air tak timbul, tapi sekarang ni dengan pembangunan yang pesat di negeri Selangor, krisis air yang dijangka akan berlaku tu hampir nak menjadi kenyataan dah... 

Ditakdirkan Allah, krisis air di Selangor bermula lebih awal pada tahun ni. Rakyat Selangor jadi mangsa. Selain dari tekanan rendah, kawasan-kawasan yang agak jauh dari Loji Rawatan Air sedia ada di negeri Selangor tak dapat air langsung!  

Mana tidaknya? Sebelum sampai ke penghujung distribution paip kat rumah korang, air dah habis kat kawasan perumahan ataupun kilang-kilang sebelumnya..

Alaaa... Macam naik bas laaa...Dari KL nak pegi Alor Setaq, tapi minyak boleh sampai Sungai Petani je.. Nak beli minyak boleh berhenti Shell ke, Petronas ke.. tapi kalau air, boleh ke ambil air hujan, air sungai, air lombong nak ganti? Dah tentu la tak boleh sebab belum dirawat, tak selamat bebbb..!

Ramai yang marah dan merungut dengan keadaan ni. Ye laaa...time orang seronok-seronok nak beraya, tiba-tiba air takde la pulak! Bayangkan kalau ada yang nak terkucil ke...nak buang air besar ke...nak mandi..minum..basuh baju dan sebagainya, tiba-tiba takde air...payah tu!

Kalau korang yang kena macam tu apa yang korang rasa? Rasanya ada yang akan menyumpah-nyumpah kot? Ye laaa..takkan korang nak puji Khalid Gagap pulak kot, kan?

Nak tahu apa puncanya? Siapa lagi kalau bukan Khalid Gagap and the gang..? Diorang la yang pedajal rakyat Selangor.. Heh!

Khalid Gagap mulanya cuba letakkan kesalahan tu pada Syabas. Kononnya sebagai pembekal air bersih, maka Syabas bertanggungjawab untuk pastikan bekalan air bersih cukup untuk rakyat di seluruh Selangor.
Ronnie Liu ni tahu tak beza antara "air belum dirawat" dengan "air terawat"..? Bengap sangat ke?
Lepas tu Ronnie Liu dan Xavier yang bengap tu pulak dok tunjuk air empangan yang melimpah, kononnya air banyak le tu. Ye laaa..air yang diorang tunjuk tu air tak terawat, kenapa diorang tak tunjuk jumlah air dalam loji terawat yang hampir kering tuuu..?!!!

Kalau jumlah air bersih tak cukup, macamana Syabas nak bekalkan air bersih? Kalau korang nak tahu, ada beberapa loji di Selangor ni yang bekalkan air melebihi paras 100%..!!! Fakta menunjukkan lebih 5 buah loji air terawat yang bekalkan air melebihi kapasiti sebab permintaan meningkat tinggi...

Itu membuktikan Syabas buat kerja mereka dan masalah bekalan air di Selangor bukan berpunca dari syarikat tu..!!! Khalid Gagap sengaja je nak “kambing hitam”kan Syabas le tuuuu...

Menurut seorang pakar dalam facilities management, Prof Dr Suhaimi Abdul Talib, Loji Langat 2 tu wajib dibina, aku ulang...WAJIB DIBINA bagi menampung kekurangan sumber air terawat untuk dibekalkan kepada rakyat Selangor bagi menampung permintaan yang semakin tinggi.

Ye laa..korang ingat jumlah rakyat Selangor tu kekal tak bertambah ke dari tahun 2000? Sekarang ni dah tahun 2012, dah tentulah populasi rakyat meningkat di Selangor. Itu belum kira lagi kesan permintaan air bersih dari kawasan industri yang semakin pesat membangun. Banyak nak pakai air bebbb..!

Khalid Gagap pulak sebok kata tender bina loji tu akan diberikan pada kroni BN! Pulak dahhh..kok ke situ pulak perginya... Kan Kerajaan Pusat dah jemput mana-mana kontraktor berkelayakan untuk masuk bida tender tu.. Khalid pun boleh hantar borang tender tu kalau dia layak!

Khalid fikir tender terbuka yang dikeluarkan Kerajaan Pusat tu macam “tender terbuka Kerajaan Negeri Selangor” yang dia selalu kasi kat DAP tu ke? Tolong laaa...Kerajaan Pusat takde perangai hodoh beri tender kat kroni DAP macam Khalid selalu buat tu...Cuba tanya Teoh Beng Hock!

Rasanya, Khalid takde alasan lagi untuk berdolak-dalik dalam hal membina Loji Langat 2 tu. Kalau dia tak benarkan loji tu dibina, maka rakyat Selangor akan terus jadi mangsa. Dia patut buang dulu kepentingan politik tu ke tepi dan utamakan rakyat Selangor yang dia pimpin!

Malang betul rakyat Selangor dapat MB macam Khalid Gagap. Dah la tergagap-gagap nak settlekan masalah air Selangor, Kerajaan Pusat nak bantu settlekan masalah kat negeri dia pun dia sekat dan beri sejuta alasan politik karat dia tu. Apa la nak jadi siKhalid ni? Teruk rakyat Selangor dia buli...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!