Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, August 1, 2012

BUKTI PAS TAK SEDAR DIRI TAK TAHU MALU DIPERMAIN DAP..!!!

keldai

Saya ketawa besar membaca kenyataan Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang, Mohd Nor Harun, mengenai “boss”nya Salleh Man yang baru dilantik menjadi Yang DiPertua MAIPP, kononnya UMNO/BN tidak lagi punya peluru untuk menembak PAS di negeri itu.

Katanya, UMNO “gigit jari” memandangkan “Khalifah”nya telah menunaikan janjinya untuk melantik Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu untuk menjawat jawatan tersebut, sambil bersungguh-sungguh dia membodek Salleh Man di Harakahdaily.

Mohd Nor menyatakan bahawa perlantikan itu akan menutup mulut UMNO yang sebelum ini mendakwa PAS diperkotak-katikkan oleh DAP di Pulau Pinang.

Untuk pengetahuan para pembaca, pertama kali saya membaca kenyataan Setiausaha PAS Pulau Pinang itu, mahu saja rasanya saya tempeleng kepalanya laju-laju ekoran kebodohan bukan kepalang yang ditunjukkannya itu.

Tidakkah dia sedar bahawa PAS benar-benar dipermainkan dan diperkotak-katikkan bagai budak-budak “lapar susu”?

DAP pertama kalinya menjanjikan jawatan tersebut kepada PAS Pulau Pinang ialah pada PRU ke-12, pada tahun 2008, kira-kira lebih 4 tahun lalu. Ketika itu PAS “kembang bontot”nya kerana dijanjikan “khalifah”nya dengan jawatan tersebut.

Maka mereka mula mengharap. Namun sehingga Pilihanraya Kecil Permatang Pasir berlansung pada tahun 2009, jawatan tersebut masih juga tidak diserah kepada PAS.

Malah jawatan itu diberikan pula kepada Abdul Malik “itik” Kassim yang mewakili PKR dan bayangkan pula bagaimana raut muka puak-puak PAS Pulau Pinang yang masam macam “mengkudu kecut” melihat perlantikan itu…

Pada PRK Permatang Pasir, Guan Eng yang mahu mengambil hati puak-puak PAS yang marah padanya, berjanji sekali lagi untuk memberikan jawatan itu kepada Salleh Man jika Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu menang pada PRK itu.

Dan menjadi kenyataan, Salleh Man menang di DUN Permatang Pasir. Namun sekali lagi puak-puak PAS rasa tertipu bila jawatan tersebut tidak juga diserahkan kepada Salleh Man yang sebelum ini berangan-angan dengan janji Guan Eng tersebut.

Apatah lagi Malik “itik” ketika itu bermati-matian enggan meletak jawatan tersebut dan sengaja mencari alasan teknikal untuk menafikan jawatan yang sepatutnya diberikan kepada PAS itu. Maka bertambah marah dan kecewalah puak-puak PAS di Pulau Pinang pada Guan Eng dan DAP.

Dan kini, baru Salleh Man dilantik sebagai Yang DiPertua MAIPP? Selepas lebih 4 tahun barulah PAS diberikan jawatan tersebut? Mengapa perlu tunggu begitu lama? PAS tak malukah dipermainkan sebegitu? PAS ada maruah lagikah untuk menerima jawatan itu?

Menurut sumber, jawatan itu dikatakan sebenarnya terpaksa diberikan Guan Eng kepada PAS akhirnya ekoran “sistem barter” berhubung isu calon DAP di Kedah.

Menurut sumber dalaman, Guan Eng berikan jawatan itu kepada PAS kerana mahu dilihat “bertolak ansur” dengan PAS berkenaan jawatan utama di negeri-negeri Pakatan Haram.

Sebagai timbal balasnya, DAP mahu PAS Pusat mengarahkan Azizan Razak di Kedah memenuhi permintaan DAP untuk bertanding lebih banyak kerusi DUN dan Parlimen di negeri jiran Pulau Pinang tersebut.

DAP Kedah memang bertegas mahu lebih kerusi pada PRU ke-13 nanti, namun Azizan berkeras dan enggan melayan kehendak DAP itu. Maklumlah, Azizan memang “manis” di depan DAP, tapi dibelakang DAP dia selalu maki hamun parti chauvinis ultra kiasu itu.

Jadi, dikatakan Guan Eng menggunakan kuasa veto dari PAS Pusat dan PEMANDU Azizan Razak untuk menunaikan kehendak DAP Kedah dan Ketua Menteri itu “berkorban” sedikit memberikan jawatan YDP MAIPP kepada PAS.

Siapa yang cerdik dan siapa yang bodoh? DAP beri jawatan Yang DiPertua MAIPP kepada PAS dan PAS perlu mengorbankan kerusi-kerusinya di Kedah, sekaligus mencabar kewibawaan dan maruah PAS di negeri Jelapang Padi itu.

Jelaslah PAS memang parti kelas bawahan bagi DAP. PAS tetap diperkotak-katikkan dan diperbodohkan begitu saja oleh DAP. Peliknya, PAS tetap fikir mereka dihargai oleh DAP! Mungkin otak dan akal para pemimpin PAS memang “cacat” agaknya…?

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

abang!,duit tak ada apa boleh buat jadilah dapat upah sikit.jika upah dalam lingkongan RM 50/ dah cantik,bolehlah duduk kedai kopi 4-5 hari sembang panjang sikit.cerita semua tau.inilah pengikut-pengikut asuhaan siatan.mampuh pilah hampa.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!