Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, August 1, 2012

BILA ARTIS PKR CAKAP PASAL EKONOMI JOHOR DAN KELANTAN...

dayangku intan bengap

Memang payah bila berbicara dengan artis “tak sekolah” tapi dinobatkan bagaikan “ustazah”. Apatah lagi dia baru kenal politik 2 – 3 hari, tapi kata-kata politik dan faktanya cukup lemah untuk digunakan sebagai hujah.

Namun, kata-kata dan hujah bodoh itulah yang diangkat oleh Harakahdaily untuk menipu rakyat, khususnya di Johor.

Baru-baru ini, Dayangku Intan berkunjung ke Johor bersama rombongan PKR membawa mesej politik yang diselindungkan di dalam projek amal dan ibadah agama di bulan Ramadhan. Mungkin PKR kini sedang mencuba modus operandi PAS, jual agama untuk politik.

Ketika di Johor, Dayangku Intan menyatakan bahawa kemajuan Johor hanyalah “indah khabar dari rupa”. Katanya, dia menjangkakan negeri Johor tidak ada orang miskin kerana negeri itu kaya, namun memang nyata ada orang miskin di negeri itu yang memerlukan bantuan.

Dia membandingkan Johor dengan Kelantan. Katanya negeri Kelantan miskin, tapi rakyatnya kaya-kaya belaka. Kelantan tidak kaya, tapi rakyatnya memang berharta dan jauh lebih mewah dari rakyat di Johor…

Itulah yang saya katakan bahawa Dayangku Intan ini “bebal” dan “bengap”. Maaf sekiranya kasar bahasa, tapi rasanya itulah perkataan yang paling “lunak” untuk otak dan akal sebegitu…

Cuba sebutkan di negara manakah yang tidak mempunyai orang miskin? Negara paling kaya seperti Brunei, Arab Saudi dan negara-negara maju di dunia penuh dengan golongan gelandangan dan miskin papa kedana, apatah lagi di Malaysia atau Johor.

Kaya atau miskin sebenarnya bergantung kepada rezeki yang ditetapkan Allah. Kalau ditetapkan miskin, maka berusaha bagaimanapun sekali Allah akan tetap menentukan bahawa individu atau keluarga itu miskin jua dan begitu juga sebaliknya.

Politik sebenarnya membabitkan cara sesebuah parti politik yang memerintah negeri atau negara itu menetapkan dasar yang seimbang iaitu menentukan kemajuan ekonomi negeri atau negara meningkat maju bersama rakyatnya.

Di Johor, kerajaan BN sememangnya mentadbir dengan baik dengan memajukan dan memastikan Kerajaan Negeri Johor kaya dan rakyatnya menikmati kemajuan ekonomi dengan meningkatkan taraf ekonomi masing-masing di negeri itu.

Ia menjadikan negeri Johor makmur dan ekonominya kukuh.

Berbanding dengan Kelantan, rakyatnya lari keluar dari negeri itu dan mencari rezeki di negeri lain. Kemudian, mereka membawa pulang kekayaan negeri itu ke Kelantan dan disebabkan itulah mereka kaya raya.

Sebagai contoh lain, rakyat indonesia sanggup menggadai nyawa, hidup dalam ketakutan dan merempat di Malaysia semata-mata untuk mencari rezeki di negara ini. Mengapa mereka keluar dari negara asal mereka dan mencari rezeki di Malaysia?

Sudah tentulah kerana di Malaysia menawarkan rezeki yang lebih dan taraf ekonominya lebih kukuh berbanding negara jiran kita itu. Dan senario itu samalah seperti Kelantan.

Apakah Dayangku Intan boleh mengiktiraf Kelantan sebagai negeri maju dengan sebuah Tesco yang dibuka di negeri itu? Apa yang rakyat Kelantan dapat di negeri asal mereka dan mengapa mereka perlu keluar dari negeri itu?

Sudah tentu kerana di Kelantan tidak punya sumber rezeki yang banyak sebagaimana yang terdapat di negeri-negeri lain. Perkara sebegitu mudah pun PKR tak boleh ajar “ustazah artis” itu, kah? “Mak Lampir” tak boleh ajar?

Saya mencadangkan kepada PKR supaya mengupah artis yang lebih cerdik untuk menyertai dan bercakap untuk PKR. Sudahlah otak “Mak Lampir” tak boleh pakai, dibawanya pula “artis bengap” yang tak reti apa-apa..? Agak-agaklah sikit…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

helang said...

Kebodohan yg membuatkan aku ketawa berguling-guling kat lantai. Jauh bebal dari bengap. Aku yg berpuluh tahun dok kat sini tak gak merempat. Cuma satu je aku nak igtkan bila dah tak laku menyanyi byk lg benda yg boleh buat duit selain berpolitik sempit. Pthuiii!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!