Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, August 1, 2012

BILA ARTIS MAK JANDA PAS TAGIH SIMPATI PAK LEBAI PAS...

abby

Agak mengharukan untuk melihat perkembangan “ustazah PAS”, Abby Abadi, yang baru-baru ini mengadu di laman sosial Twitter, kononnya kontraknya sebagai duta di sebuah syarikat jualan tudung, Al-Humaira Contemporary, telah tamat pada 4 Julai lalu.

Kononnya dia mahu menarik simpati dari para ahli-ahli PAS terhadapnya yang “ditamatkan” kontrak itu. Maklumlah, dia ibu tunggal dan penamatan kontrak itu dijangka sedikit sebanyak akan menjejaskan punca pendapatannya.

Maka ramailah para peminatnya yang dipercayai tergolong dari kumpulan “katak-katak hijau ke Putrajaya” yang bersimpati terhadap artis yang baru naik pangkat sebagai “ustazah hijau” itu.

Mereka telah melancarkan kempen memboikot syarikat jualan tudung itu atas rasa simpati kepada “ustazah ibu tunggal” itu yang kononnya teraniaya ditamatkan kontrak. Hebat betul Abby berlakon di Twitter..!

Padahal, syarikat Al-Humaira Contemporary di dalam sidang akhbarnya baru-baru ini menjelaskan bahawa mereka belum lagi menamatkan kontrak Abby Abadi memandangkan tiada sebarang dokumen hitam putih yang mengesahkan penamatan kontrak tersebut.

Apa yang mereka tidak mengerti ialah mengenai kenyataan Abby di Twitter yang seolah-olah menganggap kontraknya sudah tamat! Mungkinkah Abby mahu meraih publisiti murahan dan menagih simpati orang ramai dari tindakan itu?


Lebih menarik, syarikat jualan tudung itu juga menegaskan bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang menyaman mana-mana pihak yang menjejaskan reputasi syarikat tersebut sehingga perkara itu selesai dengan baik.

Menurut syarikat itu lagi, mereka masih sedang berbincang dengan Abby mengenai kontraknya memandangkan “ustazah” itu dikatakan tidak mampu memberikan komitmen kepada tugasannya sebagai duta di syarikat itu.

Jelaslah di sini bahawa “ustazah PAS” ini bukan saja pandai berlakon di dalam filem, di alam kehidupan nyata pun dia pandai berlakon juga!

Faktanya, Abby tidak lagi mampu memberikan komitmen berhubung kontraknya dengan syarikat juala tudung itu memandangkan dia dilihat sebok dengan aktiviti-aktiviti bersama “katak-katak hijau” yang lain.

Jadi, dia fikir mungkin lebih baik kontraknya ditamatkan. Jadi dia tulis di Twitternya menyatakan dia ditamatkan kontrak dan dia tidak lupa menulis seolah-olah kontraknya itu tamat disebabkan penglibatannya dengan aktiviti bersama PAS…

Setelah berjaya mencetus persepsi itu, dia menjangka ramai yang akan simpati terhadapnya. Maklumlah, dia ibu tunggal beranak tiga. Sudah tentu sukar hidup memandangkan dia sebelum ini hidup agak mewah…

Jadi, syarikat itulah jadi “mangsa”nya. Syarikat itulah yang akan dianggap zalim kerana menamatkan kontrak Abby. Syarikat itu akhirnya dikecam dan diboikot oleh sebilangan orang yang mungkin mereka sendiri tak pakai tudung pun!

Sepatutnya sebagai seorang “ustazah glamour PAS”, Abby boleh terus menghubungi pucuk pimpinan PAS untuk memohon bantuan sara hidup dirinya dan anak-anaknya.

Sebagai ibu tunggal, sudah tentu ramai pak-pak lebai PAS yang sanggup membantu Abby dan anak-anaknya. Lagipun, pak-pak lebai PAS memang terkenal dengan kemurahan hati mereka terhadap wanita, khususnya janda lawa yang masih bergetah macam Abby.

Untuk pengetahuan Abby, pak-pak lebai PAS memang tak boleh lihat perempuan hidup susah dan bermasalah seperti Abby. Saya yakin, mereka ada “jalan terbaik” untuk menyelesaikan masalah kontrak ditamatkan itu…

Tapi, bersediakah Abby “dibantu” melalui cara “ala-ala lebai PAS”?

Bukan apa, selalunya wanita yang dibantu pak-pak lebai PAS itu perlu bersedia untuk menjadi “nombor dua”, “nombor tiga” atau “nombor empat”! Pernah tak pak-pak lebai PAS itu menawarkan “payung emas” pada Abby?

Pada saya, Abby baru nak mengenal agama. Malangnya, dia terjumpa “agama PAS” dan “agama” itu membawanya jauh ke jalan yang salah. Jalan yang sepatutnya “lurus”, PAS bawa Abby melalui jalan-jalan yang terpesong dan songsang arahnya.

Ketahuilah Abby bahawa Islam itu bukanlah PAS dan PAS itu bukanlah Islam. PAS hanya parti politik. Cuba buang perkataan “Islam” pada nama PAS, sudah tentu parti itu tidak ubah seperti DAP. Malah mungkin lebih teruk dari DAP…

Tapi apakan daya, Abby telah menyerahkan “borang ke syurga” kepada Nik Aziz dan mungkin kini Abby sedang menanti “payung emas” untuknya sebelum diberikan “tiket ke syuga” oleh Mursyidul Am tersebut. Wallahua’alam…

Sumber: MyKmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!