Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, August 7, 2012

APAKAH HUBUNGAN PAS DENGAN DAP & PKR SEJAJAR "MASOLIH MURSALAH" BER"MAQASID SYARIAH" YANG SEBENAR..?

perpaduan ummah

Selalunya saya akan bertadarrus di sepanjang bulan Ramadhan pada setiap tahun dan ada kalanya saya sempat khatam Al-Quran sebanyak dua kali. Namun pada tahun ini saya amat tertarik dengan firman Allah SWT mengenai perpaduan umat Islam.

Boleh dikatakan bahawa lebih dari 10 ayat dari pelbagai surah di dalam Al-Quran yang saya baca menyeru umat Islam supaya bersatu padu di dalam muamalah kehidupan yang berpaksikan kepada Islam, termasuk firman Allah yang tersohor dibaca pada Surah Al-Imran.

Dalam kata lain, nas-nas yang jelas di dalam Al-Quran itu merupakan dalil naqli yang tidak mampu disangkal oleh mana-mana dalil yang berdasarkan logik akal atau aqli.

Bagaimanapun, ulama silam menggariskan bahawa harus hukumnya untuk menjalinkan kerjasama politik dengan organisasi kuffar dengan syarat ia bersumberkan “Istislah” atau  “Masolih Mursalah” yang diwajar dari sudut “Maqosid Syariah”.

Bagi yang kurang memahami istilah “Istislah”, ia merupakan salah satu cabang muamalah Islam berkenaan memulihkan sesuatu ke arah yang lebih baik atau memulihkan sesuatu yang tidak wajar dengan cara yang berhikmah.

Manakala “Masolih Mursalah” pula adalah satu bentuk hak untuk memilih tentang sesuatu yangmewajar mengikut kesesuaian bagi ummah mendapatkan sesuatu yang memberi manfaat kepada Islam.

Misal bagi kedua muamalah tersebut ialah mengenai jalinan kerjasama politik di antara UMNO dengan parti-parti komponen BN yang lain seperti MCA atau MIC yang memberikan kelebihan dam keuntungan yang jelas terhadap Islam.

Dalam ertikata lain, hubungan atau kerjasama UMNO di dalam BN adalah sejajar dengan garisan “Maqosid Syariah” berdasarkan muamalah “Istislah” atau “Masolih Mursalah”.

Persoalannya, apakah tindakan PAS menjalinkan hubungan politik dengan DAP dan PKR itu boleh dianggap sebagai satu tindakan yang dibuat berdasarkan “Istislah” atau “Masolih Mursalah” yang bertepatan dengan “Maqasid Syariah”?

Untuk menepati ciri-ciri hubungan politik dengan golongan kafir yang diharuskan Islam, PAS perlu memastikan agar jalinan mereka dengan sekutu-sekutu politik mereka itu memberikan kelebihan kepada Islam.

Namun secara realitinya sejak bergabung di dalam Pakatan Haram pada tahun 2008, apakah PAS boleh dikatakan “dominan” dan berjaya menjadi tunjang dalam perlaksanaan dasar-dasar Islam di dalam pakatan tersebut?

Di sepanjang lebih 4 tahun bersama DAP dan PKR, PAS telah kehilangan perjuangan asal parti itu di mana perjuangannya untuk menubuhkan sebuah “Daulah Islamiyyah” atau Negara Islam terpaksa dilupakan begitu saja.

Begitu juga dengan perlaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS sejak sekian lama juga terpaksa dibuang dari perjuangan parti itu.

Mengapa PAS bertukar arah perjuangan dengan meninggalkan kedua perjuangan asal yang menguntungkan muamalah Islam itu?

Sudah tentu kerana DAP dan PKR yang membantah kedua-dua dasar asal perjuangan PAS itu, bukan? Baru disebut soal penubuhan Negara Islam dan Hudud, PAS dibalun habis-habisan oleh DAP, dan PKR pula memberikan sokongan penuh kepada DAP.

Jelaslah di sini bahawa PAS gagal mempertahankan kepentingan perjuangan Islam yang selama ini diperjuang oleh parti itu sejak sekian lama. Hanya kerana jalinan politik dengan DAP dan PKR, PAS mengenepikan kepentingan “Maqasid Syariah” di dalam hubungan tersebut dan merugikan Islam!

Padanlah dikatakan kini bahawa PAS semakin hilang sokongan dari golongan pro-ulamanya di mana pak-pak lebai PAS ini lebih gemar menyendiri dan enggan lagi aktif di dalam PAS, serta membiarkan parti itu didominasi oleh golongan Anwarinas yang baru nak kenal agama…

Golongan pro-ulama PAS ini dikatakan mengambil sikap “mufaraqah” dari parti tersebut memandangkan tindakan kepimpinan parti itu sendiri yang lari dari “Maqasid Syariah” dengan menjalinkan hubungan dengan “syaitan”.

Mungkin Nik Aziz sebelum ini melaungkan mengenai istilah “tahaluf siyasi” untuk menjustifikasikan tindakan bersekutu dengan kafir harbi dan agen Yahudi itu.

Namun, atas dasar “tahaluf siyasi” jenis apa mewajarkan PAS bersekutu dengan DAP dan PKR? Apakah PAS “buta” tentang pengorbanan yang jelas merugikan maruah Islam disebabkan kepentingan sekutu-sekutunya itu?

Rasanya, fatwa Nik Aziz untuk berkawan dengan “syaitan” untuk menumbangkan UMNO merupakan satu fatwa karut marut yang bersumberkan nafsu politik yang merugikan umat Islam di seluruh negara.

Sebaliknya, tidakkah Nik Aziz dan Abdul Hadi terfikir tentang keuntungan yang bakal dikecapi oleh Islam jika PAS bergabung bersama di dalam payung BN? Atau para pucuk pimpinan PAS begitu rendah Iqnya untuk memikirkan dan membuat perbandingan tersebut? Wallahua’alam.

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!