Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, August 26, 2012

Antara "Janji Ditepati" Dan "Janji DemoKeras": Siapa Lebih Ramai Nanti..?

hisham rais

Semakin dekat hari menyambut kemerdekaan yang ke-55 negara ini, semakin teruja pula saya untuk mengikuti perkembangan himpunan “Janji Bershit” yang kemudiannya ditukar kepada “Janji Demokeras” oleh NGO-NGO pro-pembangkang di malam kemerdekaan itu.

Pada mulanya, Pak Samad Janggut bertegas bahawa himpunan “Janji Bershit” akan diadakan pada 31 Ogos di lokasi sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka. Namun ia tidak mendapat sambutan ramai…

Seterusnya, himpunan “Janji Bershit” itu ditukar pula namanya kepada “Janji Demokrasi”, kononnya tidak mahu melibatkan NGO Bershit yang sudah tiga kali buat kacau di ibu negara dan dihambat polis dengan cota.

Ada khabar menyatakan bahawa jawatankuasa “Janji Demokeras” sengaja menjauhkan diri dari Bershit ekoran reputasi Ambiga yang semakin dibenci oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini akibat angkara yang dianjurkannya sebelum ini.

Ada pula yang memberitahu bahawa “Janji Demokeras” mahu meminggirkan Ambiga atas arahan Anwar yang marah pada bekas Presiden Bar Council itu kerana mengecam tindakan “pemimpin anugerah Tuhan” itu sengaja mencetus kekacauan ketika Bershit 3.0.

Bagaimanapun, “Janji Demokeras” tetap akan memakai baju berwarna kuning sebagaimana himpunan Bershit dulu. Mungkin ada baju kuning lebih yang tidak digunakan pada himpunan Bershit yang lalu, mungkin?

Namun mungkin kerana para penyokong Bershit sudah bosan “dilembukan” oleh “kepala-kepala” NGO yang “dikeldaikan” para pemimpin pembangkang, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien meramalkan himpunan itu tidak akan mendapat sambutan.

Malah beliau meramalkan bahawa himpunan itu tidak akan dihadiri oleh para penyokong mereka sebagaimana ketika siri-siri Bershit sebelum ini.

Mendengar sindiran itu, jurucakap “Janji Demokeras”, Hishamuddin Rais bangun menjawab dan menegaskan bahawa jumlah peserta tidak menjadi isu memandangkan mereka mementingkan baju kuning yang dipakai oleh peserta yang hadir malam itu.

Bila menyebut nama Hishamuddin Rais, saya teringat tentang cerita Datuk Ibrahim Ali yang dulu menganjurkan demonstrasi pelajar terbesar pada tahun 1974.

Katanya, Hishamuddin Rais yang ketika itu merupakan penyokong tegar golongan sosialis cuba menyelitkan diri sebagai “hero” di dalam demonstrasi tersebut, namun dia kemudiannya lari mencicit hilang entah ke mana ketika berdepan dengan sekatan polis.

Bila teringatkan cerita itu, apakah orang sebegini yang dilantik oleh”Janji Demokeras” untuk menjadi jurucakap mereka?

Orang macam Hishamuddin ini hanya tahu bercakap saja, tapi langsung tak boleh pakai!

Hishamuddin Rais mahu mengira berapa ramai yang hadir memakai baju kuning pada himpunan itu bagi mengukur kekuatan himpunan “Janji Demokeras”?

Bagaimana jika hanya 10 orang hingga 20 orang saja yang hadir memakai baju berwarna kuning dan kemudiaannya datang sekitar 500 orang pula dari kalangan kumpulan anti-Bershit atau Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) yang berpakaian hitam?

Bagaimana dan apakah reaksi Hishamuddin Rais sekiranya 500 orang yang sememangnya menyampah dengan gerakan-gerakan pengacau ibu kota itu mengepung mereka beramai-ramai secara aman dan memaki hamun mereka secara “lunak”?

Apakah Hishamuddin Rais berani untuk berdepan dengan mereka dan tidak lari dari lokasi itu tanpa “terkencing” atau “terkincit” di dalam seluar?

Pada saya, Hishamuddin Rais sedang tertekan memandangkan ramai penyokong yang enggan hadir pada himpunan “Janji Demokeras” itu dan dia akan malu besar sekiranya himpunan “Janji Ditepati” keesokkan harinya akan lebih mendapat sambutan.

Tentunya merah padam muka Hishamuddin Rais jika himpunannya hanya mampu mengumpul seramai 100 orang saja berbanding “Janji Ditepati” yang dijangka dihadiri oleh lebih dari 5,000 orang peserta dan penyokong…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!