Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, July 30, 2012

TERKINI DARI KEDAH..!!! MB KEDAH TERUS DEGIL "ROMPAK" BALAK GUNUNG INAS..!!!

Pada 20 Julai lalu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengarahkan agar aktiviti pembalakan di Gunung Inas, Baling dihentikan serta merta oleh Kerajaan PAS Kedah. Rujuk di sini.

Namun, menurut tinjauan rakan TMK, Kamera Kupang, dia menjelaskan bahawa aktiviti-aktiviti pembalakan masih belaku di kawasan Hutan Simpan Kekal Gunung Inas. Cuma kali ini, kontraktor yang dilantik untuk merompak balak tu gunakan cara lain...


Menurut hasil tinjauan dan fakta dari orang kampung di kaki Gunung Inas, serta penjelasan dari "taiko-taiko" balak di situ, mereka menebang balak dan membiarkan balak yang ditebang tidak diangkut seperti biasa di tempat simpanan balak seperti biasa.




Balak-balak tersebut dibiarkan sehingga seolah-olah telah lama ditebang dan setelah lori balak sedia, barulah ia diangkut untuk diletakkan terus di atas lori dan dibawa keluar dari kawasan itu...

Kamera Kupang yang turun padang pada bulan puasa baru-baru ini merakamkan bukti bahawa aktiviti pembalakan masih berlaku di situ meskipun lesen pembalakan di compartment itu telah tamat tempoh dan notis menghentikan aktiviti balak telah diberikan.

Nampaknya, PMBKed telah melanggar peraturan, undang-undang dan arahan pihak berkuasa.

Saya juga mendapat maklumat bahawa pihak Jabatan Hutan Negeri yang cuba memantau ketat aktiviti pembalakan di situ telah mendapat tekanan dari pihak tertentu. Siapakah yang mengancam penguatkuasa yang menjaga sumber alam tersebut?

Seperkara lagi, apakah usaha yang dibuat oleh MB Kedah, Azizan Razak dan apakah jawapan dari Setpolnya, Sanusi Md Mor mengenai pencabulan notis larangan tersebut. Apakah PMBKed punya sebarang jawapan mengenai kedegilan ini dan terus merompak hasil hutan Kedah?

Jawab brooo...!!! Jawabbbbb..!!!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!