Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, July 31, 2012

SANUSI SETPOL "TER"PAKSA ATAU "DI"PAKSA..??? HEH!

mat sabu love

Marah benar Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor, mengenai dakwaan bahawa terdapat usaha mencantas Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, untuk bertanding di Parlimen Pendang pada PRU ke-13 kali ini.

Dengan bersemangat, dia menulis di blognya menafikan segala dakwaan sumber dalaman PAS Pendang mengenai insiden mencantas Mat Sabu dari bertanding di parlimen itu. Katanya, PAS di negeri itu tidak punya masalah untuk Mat Sabu bertanding di Kedah.

Namun, dia kemudiannya menyatakan dakwaan dari sumber akar umbi di Pendang itu hanya membuka pekung keaiban PAS, PAS Kedah dan PAS Pendang, serta tidak boleh dibiarkan berlaku di dalam parti tersebut.

Selain itu, Sanusi mengatakan bahawa sumber itu jelas menjejaskan dan mencalar imej Mat Sabu serta intergriti atau ketokohannya sebagai Timbalan Presiden PAS.

Agak pelik juga bila saya membaca tulisan Sanusi di blognya. Pada mulanya dia menafikan Mat Sabu dicantas dan disambut baik PAS Kedah. Tapi kemudiaannya dia menyatakan sumber dalaman PAS Pendang itu memalukan PAS, PAS Kedah dan PAS Pendang.

Yang mana satu betul? Sanusi yang betul atau sumber dalaman itu yang betul?

Pada saya, sebagai seorang yang mempunyai sumber dalaman yang bergerak aktif di Pendang, saya lebih yakin kepada sumber saya sendiri. Dan lebih menariknya, sumber saya agak mirip kepada sumber yang ditulis oleh Malaysiakini baru-baru ini.

Sebenarnya, Mat Sabu pernah meminta kerusi Parlimen Kuala Kedah untuk ditandingi, tapi Azizan yang sememangnya tidak sukakan Mat Sabu telah menolak dengan memberi alasan bahawa parlimen itu adalah milik kuota PKR.

Menurut sumber saya, memang benar wujud gerakan menyekat Mat Sabu dari bertanding di Pendang. Di situ, terdapat dua pihak yang bertelagah, satu pihak pro-ulama dan satu lagi pro-liberalisme Anwarinas…

Golongan pro-ulama sudah lama merajuk dan enggan ambil tahu mengenai parti dan membiarkan golongan Anwarinas menguasai PAS Pendang. Sebagai bukti, seramai 14 orang pro-ulama meletak jawatan di dalam jawatankuasa PAS Pendang serentak sebagai tanda mereka merajuk!

Kesempatan itu digunakan Mat Sabu untuk masuk ke Kedah semula setelah ditolak sebelum ini. Ahli Parlimen Pendang, Dr Hayati Osman “ditolak” ke peringkat DUN dan Mat Sabu mahukan kerusi Parlimen di situ.

Maka riuh rendahlah juak-juak PAS Pendang mengenai hasrat Mat Sabu. Golongan Anwarinas menyokong penuh, manakala golongan pro-ulama yang lebih besar pengaruhnya menolak dan menyindir kemahuan suami Normah itu untuk masuk ke kawasan mereka.

Setelah kisah ini saya dedahkan di sini, Malaysiakini yang dapat menghidu “bau bangkai” PAS di Pendang itu segera “masuk kampung” mencara berita dan kemudian terbitlah cerita Mat Sabu cuba dicantas di situ…!

Menariknya, Sanusi bagaikan dipaksa untuk menafikan dan menyembunyikan segala masalah dalaman yang dihadapi PAS di Kedah. Mungkin dia menggunakan hukum “tahaluf siyasi” untuk menutup “bau bangkai” tersebut.

Padahal, boleh dikatakan kisah ini riuh rendah dibicarakan oleh puak-puak PAS Pendang dan gerakan mencantas itu telah berlaku sekian lama di sana. Khabarnya, ada pihak tertentu dari kem Azizan Razak sendiri yang mahu menyekat kemaraan “komunis” di Pendang!

Nampaknya PAS Kedah semakin kucar-kacir. Itu baru saja masalah di Pendang yang melibatkan maruah Timbalan Presidennya. Belum lagi disentuh mengenai gerakan “bawah tanah” yang cuba “coup de tat” Azizan Razak menjelang PRU ke-13 ini.

Sebenarnya, menurut tinjauan saya dan maklumat-maklumat dalaman yang diperoleh dari orang-orang kuat PAS yang semakin menyampah dengan parti itu menjelaskan dengan tepat senario PAS yang huru-hara di Kedah.

Peliknya, sebelum PAS mendapat kuasa membentuk kerajaan di Kedah, parti itu dilihat begitu tenang dan sekata di dalam segala keputusannya. Saya sendiri tak tahu penyakit apa yang melanda PAS Kedah sekarang, para pembaca tahu?

Sumber: Mykmu.net

3 comments:

stone said...

nak tau penyakit apa? Ini la penyakit wabak Anwar! Hahahaha

Macam ni punya cara aku malu jadi org kedah. PAS ni tak bawak perubahan apa pun. Semua politik cari makan saja..

Anonymous said...

pas telah dilanda penyakit gila kuasa dan penyaki terperanjat beruk. maklumla selama ni jadi pembangkang. rupanya baru dia tahu nak jadi pemimpin bukan senang mcm hulur kantung kt pengikut tegar

Anonymous said...

Memang tidak dapat dinafikan orang politik banyak mcm tu dan ada juga yang ikhlas tetapi cara Tuan haji Sanusi ini sahaja, bodoh dan tidak sedar diri diperbodohkan oleh kawan. Dia duduk kat kerusi tu langsung tak ada faedah pada rakyat kedah. Almaklumlah...orang yang tak pernah mimpi boleh duduk kerusi ttu.. tiba-tiba ada situ.. Dapat pula kawan yang pandai main.. tak banyak terlajak nak buat apa boleh.. Angguk sajalah.. Pekenal pulak kawan baik tu kat MB, MB pulak jadi baik gila sampai tak lekang nak talipon kawan kawan dia tu.. Kawan tu pulak bukan jenis tahu simpan rahsia.. mana-mana pun bermegah saja cerita kat orang kuasa dan kekuatan dia... Kedah ni mcm dia punya.. Dia cakap apa pejabat MB mesti buat.. Siapa dia tu????????

Bila Kak Su Bersuara... Heh!