Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, July 10, 2012

RAKYAT KEDAH KINI HANYA MAMPU HARAPKAN UMNO NEGERI KEDAH UNTUK MEMBELA NASIB MEREKA...

Sebelum ini ramai para penyokong UMNO di Kedah yang fikir Perhubungan UMNO Negeri Kedah bagaikan "hidup segan mati tak mahu". Ramai yang buat persepsi sendiri sebelum ini...kan?

Tapi, tahukah kalian semua bahawa Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah itulah yang banyak berjasa kepada rakyat negeri Kedah sejak PAS mengambil alih Kedah?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa beberapa masalah dalam UMNO di bahagian-bahagian sebelum ini agak merunsingkan UMNO Kedah. Tapi, berkat kesabaran, satu persatu masalah berkenaan diselesaikan dengan cara yang cukup diplomasi dan berhemah. 

Hasilnya, UMNO Kedah kini alhamdulillah bertenaga semula...!

Nak tahu rahsianya? Heh! Kalau aku tulis, nanti hangpa kata UMNO Kedah bayar aku untuk puji depa pulakkkk...!!! 

Banyak sangat la depa nak bayar aku. Lagipun aku ni bukan blogger tersohor mana pun...cuma aku di antara pioneer yang mula-mula tubuh blog sokong kerajaan di Kedah ni..tu saja...

Baru ni, aku ada lepak dengan seorang brader. Lama kami lepak. Hampir 3 jam. Dan frankly, dia berjaya bukak mata aku melihat kegigihan UMNO Kedah! Dan ia buat aku bertambah semangat nak rampas Kedah dari PAS..!!!

Hangpa ingat tak isu pembalakan di Lata Celak kat Gunung Inas yang aku dan kawan-kawan aku bongkarkan hari tu?

Sebenarnya, semua tu bermula dari UMNO Kedah. Sebenarnya, UMNO Kedah paling awal dapat aduan dari rakyat di Baling yang marah bila PAS Kedah "rompak" rakyat Baling tu...UMNO Kedah la yang paling awal sekali...

Memandangkan UMNO Kedah ni bukan lagi kerajaan, tapi dengan niat mahu membantu dan mendengar suara rintihan rakyat, UMNO Kedah forwardkan aduan tu kepada media. 

Kami kebetulan tahu kerana kawan kami ada station di Baling. Sebab tu kami buat liputan dulu. Lepas tu, barulah media lain masuk ke situ, termasuk Utusan, Sinar, BH dan TV3 (aduan rakyat). 

Nampak tak keprihatinan UMNO Kedah dalam menangani masalah dan rintihan rakyat. Siapa kata UMNO Kedah tak buat kerja? 

Kalau UMNO Kedah lembab, dah tentu depa "peram" dan malas nak ambil peduli hal aduan rakyat Baling tu dalam laci opis depa, kan? Buat apa susah-susahkan diri nak ambil tahu hal rakyat yang tak pilih UMNO, kan?

Tapi UMNO Kedah dah buktikan bahawa depa tidak begitu.UMNO Kedah berjaya buktikan bahawa merekalah sumber pertama yang prihatin pada masalah rakyat Kedah ni. Tapi, depa tak dapatlah menonjol sangat sebab nanti puak PAS kata UMNO nak politikkan keadaan pulak...

Dalam isu KUIN pun UMNO Kedah dapat aduan dari kakitangan KUIN. Ye la...kakitangan tu dah lapor pada polis. Tapi tak dak tindakan apa-apa. Jadi depa terpaksa lapor kepada UMNO untuk pertolongan. Tanpa politik, UMNO bantu jugak sampaikan aduan tu pada media...

Hangpa nampak tak? Bila rakyat susah je, maka depa akan cari UMNO. Bila rakyat ada masalah je, depa akan mengadu pada UMNO. Dan UMNO Kedah pula begitu komited membantu menyelesaikan masalah rakyat Kedah. Kalau tak mampu sangat pun, UMNO Kedah tetap usahakan...

Jelaslah bahawa UMNO Kedah adalah JUARA RAKYAT KEDAH. Itu fakta. Rasanya para penyokong UMNO di Kedah perlu membuka minda untuk menukar persepsi buruk yang dilemparkan kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

Tapi sebagaimana maklum, tiada sesiapa pun yang sempurna, kan? Termasuklah UMNO Kedah. Pada aku, UMNO Kedah semakin hebat. Kalau dulu UMNO tak ada blog atau portal yang boleh maintain, tapi sekarang UMNO Kedah ada Portal UMNO Kedah yang berjaya dihidupkan.

Cuma, Badan Perhubungan UMNO Kedah memerlukan sokongan dari seluruh rakyat Kedah, khususnya penyokong UMNO. UMNO Kedah takkan dapat berdiri tanpa sokongan kalian semua.

Justeru, marilah sama-sama kita memberikan komitmen terbaik dalam usaha merampas Kedah kembali dari terus dirosakkan oleh PAS Kedah. Khabarnya Azizan Razak pun dah nak surrender dahhhhh...kita balun puak-puak PAS cukup-cukup..!!!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!