Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, July 26, 2012

PERHATIAN KEPADA BLOGGER PAS KEDAH, KEDAH LA DAN ANGKATAN PERANGNYA..!!! JUGA KEPADA SEMUA PEMINAT POLITIK KEDAH..!!! #TukarKedah





Agak serius juga dakwaan dari blog pro-PAS/Pakatan Haram, Kedah La, yang kononnya kami, TEAM MEDIA KEDAH, menyiarkan posting-poting berbaur fitnah di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini...


Sebagai umat Islam, saya tahu hukum menabur fitnah, apatah lagi di bulan yang mulia ini. Namun, 

Blog tersebut mendakwa kami memfitnah pemimpin dan Kerajaan PAS Kedah mengenai isu balak di Gunung Inas, balak yang dicuri pihak tertentu di Pendang, dan terbaru mengenai projek-projek bernilai jutaan ringgit yang dipercayai diberikan kepada keluarga terdekat MB Kedah, Azizan Razak.


Selain itu, kami juga dituduh pergi ke Danoq mengambil gambar pusat hiburan di sana dan pulang memfitnah Kerajaan PAS Kedah dengan mengatakan bahawa pusat hiburan itu berlaku di Kedah.

Namun, bagi satu isu mengenai kononnya Sanusi Setpol disiasat SPRM berkaitan rasuah RM1.3 juta, kami tegaskan bahawa TMK tidak terlibat dalam dakwaan tersebut. Isu tersebut didakwa SEBUAH BLOG YANG TIADA KENA MENGENA DENGAN TMK.

Lagipun, maklumat yang kami terima bahawa Sanusi tidak disiasat oleh SPRM. Hanya seorang dua KCS yang telah disiasat SPRM. Kami tak cover isu tersebut dan kami tak tahu detailnya...

Sebenarnya, kami sudah membongkar dan mengulas kebenaran mengenai isu-isu tersebut. Gambar-gambar dan modus operandinya sudah pun dibuktikan.

Untuk isu balak di Gunung Inas, rasanya memang jelas bahawa Kerajaan PAS Kedah melanggar undang-undang dan tiada EIA bagi projek "rompak" balak seluas 5,000 hektar di hutan simpan itu. Kalau tidak, takkanlah Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian arahkan projek gondolkan balak di situ dihentikan sehingga selesai siasatan, kan?
Wakil Jabatan Hutan Negeri Kedah
Pengarah JAS Kedah




Lagipun, kami turun padang ke sana berhari-hari. Dan dalam kepayahan, kami masuk ke hutan simpan itu walaupun dikatakan bahaya dan diancam oleh pihak-pihak tertentu...


Mengenai isu balak yang dicuri di Pendang, saya sendiri pergi ke kawasan tersebut hasil aduan beberapa hamba Allah yang melaporkan isu berkenaan. Hasilnya, memang ada bukti bergambar yang menunjukkan wujudnya kes balak dicuri pihak tertentu di Bukit Perak.



Sila masuk ke kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Perak dan lihatlah sendiri. Jika tidak silap saya, Ahli Parlimen PAS Pendang, Dr. Hayati dan Renjer Perhutanan pernah mengesan isu kecurian balak di situ sebelum ini. Sila tanya Dr. Hayati.

Apa yang dipersoalkan ialah sikap lepas tangan PAS yang membiarkan balak-balak bernilai tinggi itu dicuri. Bukannya kami tuduh PAS curi balak di Pendang. Yang terasa sangat tu apsal? Lain la kalau betul-betul hangpa yang curi..! Heh!

Pasal projek-projek mewah yang dipercayai telah diberikan kepada keluarga Azizan Razak tu, rasanya blogger TMK, Kedah Ke KL dah sebut nama syarikatnya. Aku ulang nama syarikat, Paksi Sempena dan Quartzcity Global. Tak payah tipu pasal Board OF Director syarikat-syarikat tu sebab kami tahu siapa dibelakangnya...heh!

Aku dah cabar Sanusi Setpol pasal tu. Kalau dia rasa dia nak selamatkan reputasi Azizan Razak, atau cuba menegakkan benang yang basah, sila sahut cabaran aku. Sebagai Setpol MB, memang tu kerjanya. Lainlah kalau nak kerja dengan MB Kedah yang "baru"...heh!

Aku bagi satu tips lagi kat Sanusi Setpol..."Sila cari di PMBked...heh! Alaaa..MBI tu laaaaa....". Ni aku tolong ni....heh!

Paling best ialah cerita pusat hiburan House Bar kat Alor Mengkudu tu..!!! Heh! Dah memang jelas blogger PAS Kedah FITNAH kami..!!! Aku dan kawan-kawan aku tak payah pergi ke Danoq punnn..!



Sebenarnya, memang aku tak pernah ke Thailand seumur hidup. Kawan-kawan TMK gelak kat aku sebab aku buktikan aku tak pernah ke sana. Ye la..dah memang betul aku tak pernah ke Siam. Nak cakap apa lagi??? Heh!

Aku tegaskan, aku tak pergi ke Danoq dan gambar-gambar yang kami siarkan tu bukan dirakam di sana. Faktanya, gambar-gambar itu kami ambil dari FB House Bar sendiri..!!! Heh! Kat Kedah pun dah ada Danoq. Buat apa buang duit kami, masa dan tenaga kami ke sana??? Heh! Ingat perangai kami macam perangai tok-tok lebai PAS yang suka ke sana tu kaaaa..??? Heh!


Jadi, siapa yang fitnah sekarang? TMK yang fitnah atau Kedah La yang fitnah? Heh! Kedah La yang berak tengah jalan, tapi kami pulak yang dituduh..!!! Patut ka lagu tu? Aku nak pesan kat blogger Kedah La..KALAU NAK BLOGGING PUN, BLOGGING LA CARA ISLAM..!!! Heh!

Kami TMK diajar oleh Islam yang kami pegang untuk tidak menabur fitnah. Kami diajar oleh Rasulullah SAW untuk berpegang pada haq dan menentang kebatilan. Kami bertindak dan berjuang demi membongkar penipuan demi penipuan yang dilakukan PAS Kedah dan konco-konconya...

Selama ni blogger pro-UMNO/BN agak kurang menyerang PAS Kedah secara berterusan dan efektif. Jadi kami bersatu sesama kami untuk mendedahkan segala penipuan, penyelewengan, salah laku, salah tadbir dan dasar PAS serta para pemimpinnya yang TAK BUAT KERJA CARA ISLAM..!!!


Perjuangan kami belum selesai. Nantikan lagi pendedahan dan edisi bongkar kami yang seterusnya selepas ini...heh! Siap la hangpa puak-puak "katak hijau yang nak melompat ke Putrajaya". Tak takut kena tindih kereta keeee..??? Baru sampai KL, dah kena tindih dengan kereta kat Highway Sg Besi..heh!

Yang pentingnya, kami dengaq nasihat Ustaz Azizan...KAMI BUAT KERJA CARA ISLAM..!!! HEH!


3 comments:

McTheory said...

Terbaik bro.. Mari kita sesah puak Pas Kedah sampai lebamm..

Hang Kaplaotaq said...

Apa sangat yang hang semua dok kalut-kalut. Lepas smayang tarawih nanti pakat-pakat pi tengok kat House Bar tu.(Permit hiburan diberika bulan Posa nih??) Ada ka orang, pak lebai dok bertadarus ke atau tengah zikir dalam tu. Lepaih raya nanti bila dah ada tenaga , minum ayak mineral banyak2 mai kita pakat pi tengok hutan tu. Kalau kayu kayan masih terpacak, takdak satu yang tumbang, kita teghebe puak2 UMNO ni. Kalu kita tengok dak tinggai tunggol tepacak seluas mata memandang tu, kita pakat pegi ofis Zizan, kita tipaih kepala biag tertanggal serban. Korang bising2 buat apa. Kalu dah benda bukti depan mata tok sah nak cover dengan blog,kain pelikat atau bendera PAS, benda tu tetap akan kat situ juga. Korang ingat berapa generasi anak cucu nak tunggu pokok balak tu tumbuh balik..itu pun kalu tanah tu belum tergadai lagi.Cuma aku dok paling heran,apa pasai puak2 Cina benua ni mewah sangat kat Kedah, P.Pinang dan Kelantan. Anak Pribumi melarat nak mampuih, walau pun bekajang degree dok kelek. Pelihara ayam sampai mampuih tak leh juai, ayam tetap mahal juga.Pelihara kambing biri sampai bengkok tanduk tak leh juai, daging kambing kat pasar tetap naik harga. Kat Kuala Kedah hari tu anak kembung dalam bot sampai 30sen sekilo, Tokei AHChai tak mau ambek, tapi kat pasar tetap RM8.00 sekilo..Mampuih Melayu nak mentekedaghah sampai anak cucu macam ni..Takdak kayu kayan dah nak juai.

stone said...

tak payah kerja, tak payah niaga, depa kata join PAS cukup... masok SORGAAAAA.... hahahahahhaha

Nanti pi perhimpunan hijau dengaq depa berucap.. perut boleh kenyang wooo... anak bini pun terjaga.. hahahaha.. masuk SORGAAAA... hahahahhaahh

Bila Kak Su Bersuara... Heh!