Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, July 3, 2012

PEDASSSS..!!! BUKTI MAHFOOOZ "BUAT KERJA" DI POKOK SENA..!!!

Aku "sebok" kat KL laaaa...bina rumah sendiri laaaaa..!!!
Aku tak tau apa yang Mahfuz buat kat Pokok Sena sampai ada di kalangan rakyat di kawasannya terbiar tanpa pembelaan sewajarnya. Rumah mangsa terbakar dan terdesak memerlukan bantuan. Tapi di mana Mahfuz?

Setahu aku, kampung Lepai ni memang kawasan penyokong PAS totok. Tapi aku hairan, mengapa Mahfuz tak jaga kawasan tu?

Atau Mahfuz dok sebok kat KL saja? Aku dengar, memang semua orang kat Pokok Sena memang marah dia sebab jarang balik jengok kawasan...

Dan aku dengar jugak, Ustaz pun dah marah-marah kat Mahfuz sebab tak ambik tahu hal ehwal rakyat kat Pokok Sena tu. Yang buruk tu nanti akan terpalit kat PAS Kedah jugak!

Aku tak tau la apa rakyat Pokok Sena nak buat kat Mahfuz pada PRU ke-13 ni. Depa nak Mahfuz jadi wakil rakyat depa lagi, kot? Heh! Terserahhhhh...

Warga emas kematian isteri rayu bantuan bina semula rumah terbakar

POKOK SENA 29 Jun - Empat beranak dari Kampung Masjid Lama, Lepai di sini terpaksa tinggal di dalam sebuah stor selepas rumah mereka yang musnah akibat kebakaran pada awal Mac lalu, belum dibaiki sehingga hari ini.

Ibrahim Hashim, 69, bersama tiga anak lelakinya iaitu Abd. Aziz, 46, dan Mohd. Nazri, 40, serta seorang lagi yang mengalami sakit mental, Abd. Rashid, 45, tidak mampu membina semula kediaman mereka kerana kesempitan wang.

Menurut Ibrahim, dia tiada pilihan selain terpaksa berteduh di stor tersebut kerana kebakaran itu memusnahkan keseluruhan rumah kayu mereka.

"Walaupun kurang selesa, kami terpaksa berkongsi empat beranak tinggal di stor bersebelahan tapak rumah sebagai tempat berteduh," katanya di sini hari ini.

Dalam kebakaran kira-kira pukul 1.30 petang 6 Mac lalu, Ibrahim turut melecur di belakang bahu dan tangan kiri ketika cuba memasuki semula rumah yang terbakar bagi mengambil dompetnya di dalam bilik.

Ibrahim berkata, dia sangat berharap jika ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi membina semula rumahnya yang musnah dalam kebakaran itu.

Katanya, rumah berkenaan didirikan di atas tanah pusaka arwah isterinya, Saadiah Murad yang meninggal dunia 10 tahun lalu.

Menurutnya, dia hanya bergantung hidup dengan wang pencen berjumlah RM700 sebulan manakala Abd. Aziz dan Mohd. Nazri yang masih bujang bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu.

"Selepas kebakaran banyak pihak menghulurkan bantuan berupa barang keperluan harian dan pakaian. Namun kini saya mengharapkan pula bantuan untuk membina rumah," katanya. - Utusan

2 comments:

Anonymous said...

tengah duduk diskas bagaimana nak plan rumah apabila mereka ambil aleh Putra Jaya,hampa tolong kutip-kutiplah sikit sedekah dikawasan itu.pekara kecik saja.
tolong no!.

Anonymous said...

Macam mana nak contact En Ibrahim Hashim?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!