Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, July 14, 2012

PEDASSS..!!! UNTUK BACAAN BLOGGER PAS KEDAH SAHAJA..!!!


Aku ucapkan "sama-sama" kepada blogger pro-PAS Kedah, Kedahlanie atas ucapan "terima kasih" mereka kepada kami yang membongkarkan siri-siri pendedahan pusat hiburan House Bar Of PAS Kedah di Alor Mengkudu baru-baru ini.
Ucapan "sama-sama" aku tu bukan bererti isu ini selesai di situ saja...heh!

Blog PAS Kedah tu meletakkan kesalahan utama pada pihak Penguatkuasa atau PBT. Tapi wajarkah depa diletakkan di tempat pertama untuk "dibelasah"?

Aku nak tanya Kedahlanie, kalau EXCO luluskan lesen pusat hiburan tu, apakah Ahli Majlis ada kuasa untuk marah atau larang pusat hiburan tu beroperasi? Kalau cukup syarat, tauke pusat hiburan tu berhak memohon lesen operasi, kan?

Pantau atau tidak, terletak pada kelulusan lesen tu. Selalunya, lesen pusat hiburan tu dipohon dari Jawatankuasa Mesyuarat Perlesenan Kerajaan Tempatan (PBT la tuuhh). Dan selalunya kelulusan dibuat berdasarkan dasar yang ditentukan pihak Kerajaan Negeri (Kerajaan PAS Kedah la tuuuu..).

Dan ia tertakluk juga pada kuasa di bawah Exco Kerajaan Tempatan. Siapa Exco tu kalau bukan Phahrolrazi (musuh Azizan la tuuuu..). Phahrolrazi sebelum ini mendedahkan banyak pusat hiburan dan rumah urut tumbuh melata di Kedah.

Dalam kenyataan akhbarnya sebelum ini, Phahrolrazi sengaja mendedahkan lebih 450 buah premis pusat hiburan dan rumah urut diluluskan di Kedah dan dia meminta agar yang beroperasi secara haram (tidak berlesen) agar memohon kelulusan lesen dengan segera..! 

Heh! Nampak sangat dia nak tunjuk pentadbiran Azizan ni penuh dengan penganjuran pusat maksiat! Padahal, dia yang luluskan...Muahahahahahaaaa...Kononnya Phahrolrazi fikir dia bijak la tu...

Jadi, aku nak tanya Kedahlanie lagi, patutnya hangpa balun Phahrolrazi tu dulu pasal dia yang luluskan lesen-lesen pusat hiburan tu. Dia yang ada kuasa kawal semua pusat-pusat hiburan tu. Dia boleh batalkan, gantung dan tak luluskan lesen premis tu, tapi kenapa dia luluskan jugak? Heh!

PBT nak pantau pusat hiburan? Hahahaha..apa punya low class la pemikiran hangpa nihhh! Kalau hangpa nak tau, ahli-ahli majlis hangpa tu dok sebok claim duit meeting saja. Apa yang depa meeting pun depa tak ketahuan punca! Heh! 

Hangpa tak payah salahkan sangat PBT tu. Depa makan gaji dan depa hanya menurut arahan dan dasar pemimpin Kerajaan PAS Kedah. Kalau Kerajaan PAS Kedah bawak dan suruh depa mengimarahkan masjid, maka depa akan imarahkan masjid...

Tapi kalau Kerajaan PAS Kedah "pandu" depa suruh "mengimarahkan pusat hiburan", maka akan jadi macam sekarang ni laaaa..!!!

Hangpa tak payah nak kona-kona lagi la weiii..Dah jelas dah memang perlaksanaan dasar kerajaan PAS Kedah tu hanya RETORIK semata-mata. Cakap saja lebih. Macam la hangpa tu innocent dan pandai sangat...poddahhh..!!!

Dulu, hangpa kutuk BN. Kononnya kerajaan BN tak Islamik. Padahal, kerajaan BN realistik dan beri kebebasan kepada golongan bukan Islam untuk berhibur secara terkawal. Kelulusan pusat hiburan dan rumah urut tak la sebanyak sekarang ni...

Tapi bila hangpa PAS take over Kedah, bukan setakat yang ada lesen, yang haram tu beroperasi sesuka hati saja. Kalau yang berlesen pun hangpa tak mampu nak pantau, apatah lagi yang haram..!!! Sudah la weiiii..!!!

Patutnya hangpa puak-puak PAS kena sedar bahawa hangpa dah tersilap sokongan. Patutnya, PAS jadi pembangkang kat sini dan DAP/PKR takdak chance masuk Kedah. Tapi rakus nak kuasa punya pasal, sekarang PAS Kedah dan jadi lebih "thoghuuut" dari DAP dan PKR..! 

Dan yang paling sadis, hangpa tak sedar bahawa DAP makin lama makin kuat di Kedah dan desak Ustaz Azizan bagi kerusi DUN sama banyak dengan PAS di Kedah! Heh! Hangpa sedar tak apa yang berlaku nihhh? Heh! Ikut suka hangpa la weiiiii..!!!

1 comment:

Anonymous said...

Salam bagi yang sudi membaca- satu perumpamaan yang berbunyi"sebagai tuang air diatas daun keladi",cakaplah dan tunjukanlah bukti pun puak-puak ini tetap dengan nafsunya,betul tak?.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!