Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, July 14, 2012

PEDASSS..!!! HADI PERLU TANGGUNG KEZALIMAN YAHYA KEPADA CHE HASNAH..!!!

po_07.1

Seorang suami beragama Islam berhak untuk menceraikan atau mentalakkan isterinya mengikut kemahuan sendiri. Talak atau penceraian bukanlah satu permainan di mana seorang isteri boleh jatuh talak meskipun hanya bergurau, tanpa niat, mabuk atau berlakon.

Dan sebagaimana yang kita tahu, perkara halal yang paling dimurkai Allah SWT ialah talak.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan seorang warga emas, Che Hasnah Che Ahmad, 61, di Kelantan yang diceraikan suaminya, Yahya Ibrahim, 78, hanya kerana dikatakan tidak menyokong PAS.

Suaminya pula membalas kenyataan tersebut menyatakan bahawa dia menceraikan isterinya itu kerana tidak mengamalkan ajaran Islam dan menafikan penceraian di usia lanjut itu adalah kerana politik.

Kemudian, Che Hasnah menegaskan bahawa dia yang merupakan seorang guru agama taat kepada semua ajaran Islam, mengerjakan solat lima waktu dan mengajar orang ramai membaca Al-Quran bagi lebih mengimarahkan Kitabullah itu.

Lebih menarik, di sepanjang perkahwinan mereka yang berusia 14 tahun itu, Yahya tidak pernah menegur segala amalan hariannya yang membabitkan agama Islam kecuali bertengkar kerana politik.

Menurut Che Hasnah, Yahya suka berceramah mengenai politik dan dia sebagai isteri dan rakyat yang berhak mengundi hanya mengeluarkan pendapatnya sahaja. Dan dikatakan bahawa kerana perbezaan pendapat politik itulah suaminya marah padanya.

Meskipun begitu, Che Hasnah tidak diketahui sama ada seorang ahli UMNO, PPP, PAS, PKR, atau DAP. Mungkin juga dia hanya golongan “atas pagar” yang tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik, namun celik pendirian mengenai sesuatu pendapat yang bernas.

Sebenarnya pada saya, ini bukan insiden penceraian perkahwinan pertama yang disebabkan oleh politik. Sebelum ini memang banyak terjadi, khususnya apabila ketaksuban melampau mereka melebihi had yang sepatutnya. Dalam kata lain, ekstrim!

Pada sekitar tahun 1980’an dulu, selepas Hadi Awang mengeluarkan amanatnya yang terkenal, maka ramailah suami isteri yang bercerai berai kerana perbezaan fahaman politik. Ada isteri yang sokong PAS, suaminya sokong UMNO dan ada juga yang sebaliknya, jodoh mereka berakhir dengan penceraian.

Ketika itu memang gawat. Solat dua imam bukanlah satu perkara yang asing di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Selain itu, haiwan sembelihan orang yang menyokong UMNO juga diharamkan oleh PAS untuk dijamah penyokong mereka. Payah jugalah tuan rumah nak buat kenduri-kendara ketika itu…

Saya percaya, orang-orang lama sudah tentu tahu dengan budaya mengkafirkan orang UMNO pada ketika itu dan lebih menyayat hati, ada anak-anak yang tidak mengaku ibubapa sendiri sebagai ayah dan ibu kandung sendiri kerana ibubapa mereka itu menyokong UMNO.

Bagitulah pepecahan umat Islam ketika itu, hasil dari amanat seorang individu yang kini bergelar Presiden PAS. Dan pada saya, insiden penceraian Yahya dan Che Hasnah adalah salah satu kes contoh membuktikan bahawa amanat itu masih kukuh dipegang oleh orang-orang PAS.

Pada para penyokong PAS berpegang kepada prinsip, “sesiapa yang tidak menyokong parti itu akan dianggap sebagai tidak lengkap keIslaman mereka dan boleh dikatakan tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar”. Mungkin kerana itulah Che Hasnah diceraikan Yahya yang merupakan seorang penyokong PAS “totok”.

Saya tertanya-tanya, sejak bila rukun Islam bertambah menjadi enam perkara? Sejak bila “memberi sokongan kepada PAS” diiktiraf sebagai rukun Islam yang ke-enam?

Saya tidak pasti jika Rasulullah SAW pernah bersabda “barang siapa yang tidak menyokong PAS maka tidak Islamlah dia”. Anda pernah dengar hadis begitu? Siapa periwayatnya? Riwayat Nik Aziz dan Hadi, kah?

Sebetulnya, PAS dan Hadi perlu memperbetulkan aqidah para umat Islam yang menyokong parti mereka. PAS bukan Islam dan Islam itu bukanlah PAS. Itu perlu diterangkan dan diberikan pencerahan kepada para penyokong PAS.

Jika tidak, tanggunglah kezaliman Yahya di akhirat nanti. Bukankah melakukan sesuatu yang tidak kena pada tempatnya itu bermaksud zalim. Dan Yahya memang bertindak zalim mempergunakan haknya menceraikan Che Hasnah begitu…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Ala, semua ni spin saja..sebenarnya si mamat tu nak kawin lain. Full stop. Semua ni alasan je nak tukar P****t. Kalau pemimpin gatal, apa lagi mengikut2. Memang gatal org Pas semua. Keluar milut kata2 semua lucah.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!