Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, July 24, 2012

PEDASSS..!!! FITNAH 10 TAHUN, BILA PAS NAK MINTAK MAAF PADA ROSMAH..???

ScreenHunter_179 Jul. 24 03.12



Rasanya lebih dari 10 tahun fitnah ini meniti dibibir para pemimpin dan penyokong Pakatan Haram, khususnya para penganut agama PAS. Lebih dari 10 tahun itulah mereka menjaja dosa yang terkutuk dan lebih teruk dari dosa membunuh.

Ketika mereka menyampai fitnah tersebut, boleh dikatakan tidak ada sekelumit pun perasaan bersalah atau berdosa kepada mangsa yang difitnah. Tohmahan itu dijaja di segenap pelusuk negara tanpa memikirkan balasan neraka atau syurga…

Itulah yang berlaku kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi sudah difitnah sebelum suaminya menjawat jawatan Perdana Menteri lagi. Dan fitnah itulah yang ditelan oleh “wanita besi” itu dengan tabah demi menjaga maruah suaminya yang tercinta…

Kira-kira lebih 10 tahun yang lalu, timbul dakwaan dari pihak pembangkang yang menyatakan bahawa Datin Seri Rosmah adalah bekas isteri kepada pembaca berita Dunia Jam 10 yang terkenal di RTM, Farid Ismeth Emir.

Dari mana sumbernya pun saya tidak tahu dan tiba-tiba timbul dakwaan yang tidak berasas langsung itu. Tapi, takkanlah cerita-cerita seperti itu akan timbul dari kanak-kanak sekolah di Tadika Kemas pula.

Rupa-rupanya, ini semua kerja pembangkang. Ketika itu, tiada siapa menyangka bahawa Datuk Seri Najib akan menjadi Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah diserang hanya semata-mata kerana bersuamikan seorang pemimpin kanan UMNO/BN.

Sejak itulah fitnah tersebut tersebar luas dan meniti dibibir rakyat, khususnya pak-pak lebai dan mak-mak aji PAS yang sememangnya gemar dengan gosip-gosip yang berkaitan hal “dalam kain” orang. Apatah lagi ia berkaitan musuh politik mereka!

Dan selama itulah dosa fitnah itu berkisar sehingga sebati di kalangan rakyat. Datin Seri Rosmah dilihat hanya bersabar dan berdiam diri, serta menyerahkan segalanya kepada Allah SWT berkenaan fitnah tersebut.

Agak susah juga untuk bersabar dalam tempoh selama 10 tahun. Rasanya, kalau Zuraida “Mak Lampir” yang difitnah begitu, sudah tentu dia akan meroyan bagai orang gila talak dan menyalak ke sana ke mari..!

Tiba-tiba, baru-baru ini Farid Ismeth tampil menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai fitnah terhadap Datin Seri Rosmah yang dikaitkan dengan dirinya itu. Rasanya macam nak terbalik serban puak-puak PAS yang selama ini menjaja tohmahan tersebut!

Peliknya, tiada seorang pun di kalangan mereka yang tampil memohon maaf secara terbuka kepada Datin Seri Rosmah, suami dan keluarganya, atau pun kepada Farid Ismeth, isteri dan keluarganya!

Lebih pelik lagi, lidah rasmi PAS, Harakahdaily menyedari mengenai penafian Farid Ismeth mengenai fitnah tersebut dan menyiarkan laporan berita mengenai penafian itu di laman webnya semalam!

Sesungguhnya, sekiranya para pemimpin PAS dan para penyokongnya benar-benar mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya, sudah tentu penafian tersebut akan menyedarkan mereka dan pastinya merekalah orang pertama yang akan memohon maaf secara terbuka.

Malangnya, biarpun tahu mereka berdosa kepada dua keluarga muslim berkenaan, hati mereka tidak terbuka untuk menyatakan permohonan maaf mereka kepada mangsa-mangsa mulut busuk mereka itu.

Mungkinkah hati puak-puak tukang fitnah seMalaysia itu sudah begitu hitam dan sangat susah untuk disental untuk menanggalkan kekotorannya yang jijik bernanah itu?

Rasanya, “tiket syurga” milik mereka tidak akan membawa mereka ke mana-mana. Silap haribulan, menjawablah mereka di depan Allah kelak di Padang Mahsyar atas fitnah jahat itu dan mungkin juga “tiket ke syurga” itu akan bertukar tangan menjadi milik isteri Perdana Menteri!

Benarlah Ramadhan adalah bulan keberkatan dan kebenaran. Fitnah berusia lebih 10 tahun yang dilemparkan pada Datin Seri Rosmah akhirnya dibongkarkan Allah SWT sebagai sebuah cereka ciptaan pembangkang yang berniat menyerang suami hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Justeru itu, maka benar dan terbuktilah sifat semulajadi PAS yang menghalalkan segala cara untuk memenuhi matlamat dan nafsu serakah politik mereka. Pada PAS, memfitnah pun “dihalalkan”, asalkan hasrat “katak hijau” ke Putrajaya tercapai!

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Ali said...

Kalu tengok/dengar mat sabu ceramah, setiap ayat x lekang dgn Najib Rosmah. Salin x tumpah mcm radio komunis era 70an.

Anonymous said...

syaitan telah berjanji lepas PR ke13 hampa semua mesti duduk kat Putra Jaya,banyak lagi ceramah di bulan puasa ini lepas subuh, hentam betul-betul sama mereka.
petikan sabuah hadis daripada Rasullah saw yang bermaksud "sesaorang yang bersambayang dan apabila keluar dari sembayang tingkah lakunya tidak berubah maka orang ini belum sembayang lagi".selepas subuh mula memfitnah orang dengan pembesar suara masjid apa maknanya ini?.hanya hadis diatas diselitkan untuk pembaca semua renungkan.ref: Sahih Muslim.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!