Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, July 22, 2012

PAS PEDASSSS..!!! BILA KARPAL "GENGGAM TELOQ" PEMUDA PAS..!!!

karpal nasrudin

Agak menarik melihat sikap kebudak-budakan Dewan Pemuda PAS yang mendabik dada di kalangan rakyat menyatakan konon-kononnya “boss” mereka Nasrudin Hasan Tantawi berjaya mengalahkan Ustaz Fathul Bari Mat Jayaha di dalam satu program debat baru-baru ini.

Namun, itu memang standard sikap para pemuda PAS. Kalau kalah macam mana teruk sekalipun, mereka akan tetap pukul canang mengatakan merekalah pemenang sebenar. Pada saya, biarkanlah mereka terus begitu…

Namun saya agak terkejut dengan kenyataan Nasrudin yang menyatakan bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh akan berkompromi berkenaan perlaksanaan hudud di negara ini sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah Putrajaya.

Berani betul Ketua Dewan Pemuda PAS itu “goreng” mempergunakan nama Karpal Singh? Berkenaan dengan hudud pula!

Dia kenal sangatkah dan sudah berkawan lamakah dengan Karpal sehingga menjangka Pengerusi DAP itu akan mendengar kemahuan dan cakap PAS…

Lebih mengejutkan lagi apabila Karpal yang dalam keadaannya berkerusi roda itu tiba-tiba melenting dan begitu tegas menyuarakan kemarahannya mengenai kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS itu yang boleh dianggap satu penipuan yang jelas.

Menurut Karpal, dia sudah muktamad dari sejak dulu lagi untuk tidak membenarkan hudud dilaksanakan di Malaysia oleh mana-mana pihak, khususnya sekiranya Pakatan Rakyat menjajah Putrajaya pada PRU ke-13 ini.

Jadi, Karpal tidak faham mengapa Nasrudin Tantawi tiba-tiba berbohong dengan menyatakan bahawa dia sanggup dan akan berkompromi dengan pendirian PAS yang mahu melaksanakan hudud di Malaysia.

Agak menggelikan hati dalam insiden Nasrudin yang cakap sesuka hati mak bapak dia saja dan pendirian Karpal yang tidak pernah berubah.

Setahu saya, sejak PAS “tidur sekatil” dan membiarkan parti mereka “diliwat” DAP dan PKR, dasar-dasar parti yang dianuti oleh Nasrudin dan pemuda-pemuda PAS itu sering dipijak, diludah, dibakul sampahkan dan selalu dimasukkan ke dalam mangkuk jamban sebelum di“flush” ke loji najis Pakatan Haram.

Sebenarnya pada DAP dan PKR, PAS itu bagaikan tidak wujud di dalam pakatan mereka. Pada DAP dan PKR, mereka-mereka yang mengaku sebagai ahli dan penyokong PAS hanyalah askar-askar kerahan atau lebih hina lagi sebagai “keldai” untuk tidur di atas jalan kerana DAP dan PKR.

Hakikatnya, itulah standard kedudukan PAS di mata Karpal Singh, dan tiba-tiba Nasrudin berkata bahawa DAP akan menurut kehendak PAS dan berkompromi mengenai soal perlaksanaan hudud?

Apakah Nasrudin tidak kenal siapa Karpal dan DAP..? Rasanya Nasrudin kenal siapa Karpal dan sedar kedudukan PAS di mata Pakatan Haram.

Namun atas dasar mahu tunjuk hebat di depan orang ramai dan dia mahu menarik minat golongan muda untuk menjadi pilihan, Nasrudin terpaksa menyatakan kononnya PAS ialah parti “pengemudi” Pakatan Haram.

Dia tahu dia berbohong mengenai soal kompromi Karpal dan DAP. Dia tahu Karpal dan DAP tidak akan menurut kehendak PAS yang mahu melaksanakan hudud. Tapi dia terpaksa berbohong demi politik.

Maklumlah, antara ajaran agama PAS pada penganutnya ialah “matlamat menghalalkan cara..”!
Pada saya, Nasrudin tidak perlu berbohong begitu pada golongan muda. Kalau benar tahu bahawa PAS tidak mungkin mampu melaksanakan hudud, usahlah kata PAS mampu.

Kalau DAP tidak akan sesekali bersetuju untuk laksanakan hudud dan PAS terpaksa tunduk “kowtow” pada kehendak “boss” mereka itu, Nasrudin perlu jelaskan mengenainya di hadapan golongan muda di program debat tersebut.

Tak perlulah Nasrudin menipu anak-anak muda kerana mereka memang tahu DAP itu “boss” kepada PAS, kan?

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

hudud apa kalau belum sedia, cakap boleh lah, hadi pun kata hudud tu cikit je,.. pak pai tu sampai sekarang tak paham hudud sebab tu tak mau hudud, nasarudin boleh putar belit lah,,, menang sorak lah dalm debat dgn fatul tu...dominat apa kalau kerusi pun tak sampai separuh,.. jaguh kampung lah kamu PAS oii..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!