Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, July 9, 2012

PANASSSS..!!! MAHFUZ BEAN SERANG TUN M DAN PETRONAS..!!!

MAHFUUUZ

Rasanya, sudah beratus-ratus kali saya menulis mengenai kebejatan dan kedangkalan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar. Dan kali ini saya tidak dapat menahan diri untuk menulis lagi mengenai Naib Presiden PAS paling bodoh dalam sejarah PAS ini.

Maafkan saya sekiranya menganggap Mahfuz begitu kerana sememangnya apa yang keluar dari mulutnya melambangkan tahap IQnya yang rendah.

Kali ini, Mahfuz mendesak agar Kerajaan menamatkan khidmat Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.

Alasannya ialah Tun Dr. Mahathir gagal menjaga kepentingan Petronas untuk menjadikan GLC itu sebagai rakan niaga membekalkan petrol kepada pesawat baru MAS, Airbus A380.

Sebaliknya, Mahfuz cuba memberikan persepsi buruk kepada negarawan ulung itu bahawa beliau telah mengutamakan sebuah syarikat yang kononnya milik anaknya, Mokhzani, iaitu Petron untuk menjadi pembekal petrol bagi operasi pesawat-pesawat MAS itu.

Pertamanya, apakah Mahfuz begitu tolol untuk memikirkan bahawa mana-mana syarikat yang layak boleh menyertai tender terbuka untuk membekalkan petrol kepada MAS?

Dan tidakkan Mahfuz tahu bahawa dengan kedudukan kewangan MAS yang kini berada dihujung tanduk itu ia memerlukan rakan niaga yang strategik dan menjimatkan sebarang kos pengoperasian termasuk mengenai pembekalan petrol kepada pesawat-pesawat MAS?

Sudah tentu segala perjanjian yang melibatkan kos akan diteliti oleh pihak MAS supaya ia menepati dengan pelan penjimatan kos syarikat penerbangan itu dan jelaslah PETRON terpilih kerana ia dilihat praktikal dengan dasar penjimatan kos tersebut.

Misalnya, jika Petronas menawarkan RM2 seliter (bukan harga sebenar, sekadar contoh sahaja) kepada MAS dan Petron pula menawarkan RM1.50 seliter dengan kualiti petrol yang sama, sudah tentulah MAS akan memilih Petron!

Bukankah dengan memilih Petron maka syarikat penerbangan itu bakal menikmati penjimatan sebanyak RM0.50?

Mungkin Mahfuz melihat penjimatan RM0.50 itu agak sedikit, namun cuba didarabkan dengan penggunaan petrol yang mencecah jutaan ringgit sehari dan kira berapa banyak yang berjaya dijimatkan oleh MAS dengan memilih Petron berbanding Petronas.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Petronas merupakan GLC yang membawa kepentingan kerajaan. Tapi, apakah hanya kerana semata-mata Petronas sebuah syarikat milik kerajaan maka ia perlu berkorban dan mencatat kerugian kerana membekalkan petrol kepada MAS?

Jika mengikut kata Mahfuz, silap-silap bukan saja Petronas saja yang akan rugi, tapi dengan MAS yang kini bermasalah juga akan terus lingkup. Itulah bezanya antara akal seorang pemikir ulung dengan akal seorang yang tidak lulus SRP!

Keduanya, apakah benar Mokhzani mempunyai kepentingan di dalam Petron? Mana bukti yang menyokong kata-kata Mahfuz itu? Ada dokumen yang membuktikan perkara tersebut?

Dan sekiranya benar sekali pun, apakah salah jika Mokhzani menjual petrol kepada MAS? Bukankah ia menunjukkan kejayaan seorang bumiputera di dalam dunia perniagaan? Kalau anak Tun M jual petrol di Malaysia, apakah dia tidak layak untuk menjualnya kepada MAS?

Sepatutnya, Mahfuz tak perlu cemburu kepada anak Tun M itu. Saya faham jika Mahfuz malu dan kecewa dengan anaknya yang dikatakan terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Memang berbeza dunia perniagaan antara anak Tun M dan anak Mahfuz.

Mahfuz sebenarnya patut mendidik anaknya untuk berjaya seperti anak Tun M. Anak Tun M berjaya menjual petrol dan patutnya Mahfuz mendidik anaknya supaya berniaga sesuatu yang menguntungkan seperti Mokhzani. Jangan suruh anaknya jual dadah, sudahlah…kan?

Sumber: Mykmu.net

4 comments:

Anonymous said...

Mahfuz bean ni pun otak kosong jugak, sama standard mcm artis pas.

Anonymous said...

Pedih! pedih! bro kamu terlalu kasar dengan perkataan yang boleh menjatuhkan lagi maruah si mafuz ni , memang lah DIA LOW IQ [ satu rumpun dengan Mat Syabu ] tapi jangan lah usik masaalah keluarga

fuyyyooohhhhhhhh said...

memang lah mahfuz tak tahu apa dulu pun dia hanya tukang tolak trolly kat Lapang terbang aja

Anonymous said...

kah..kah...kah!..,kena











































kah...kah...kah!..,abang kena betui dengan apa yang hang katakan,tulah lain kali nak ludah jangan ludah kelangit,la ni timpa batang hidung sendiri siapa malu.bacalah banyak-banyak BR (buku refer) bagi menambahkan pengatahuan dan banyak melawat bagi perkembangaan minda.malu betoilah mahfuz,hang tu YB.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!