Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, July 23, 2012

PANASSSS..!!! FAKTOR PENYEBAB RAKYAT KEDAH "SAYANG" PADA AZIZAN RAZAK..!!!

azizan fgvh

Agak melucukan apabila mendengar kenyataan Menteri Besar Kedah, Azizan Razak yang menganggap isu pembelian saham FGVH oleh PKNK sebanyak 500,000 unit itu selesai selepas dia mengarahkan anak syarikat kerajaan negeri itu menjual segera saham-saham tersebut.

Dia secara jelas mengakui bahawa dia terlepas pandang untuk menandatangani cek bernilai RM2,275,000 yang diberikan kepadanya oleh unit pengurusan PKNK yang menguruskan soal pembelian saham tersebut.

Lebih mengelikan hati lagi apabila dia secara terang-terangan mengaku Kerajaan Negeri Kedah rugi besar apabila menjual saham-saham FGVH itu dan ia terpaksa dijual demi menghormati “aspirasi” semangat ANAK dan GSF.

Saya sebagai rakyat Kedah sebenarnya sangat malu untuk memiliki seorang Menteri Besar yang pandai tapi bodoh dan lembik dalam menguruskan hal ehwal sumber pendapatan negeri.

Apatah lagi dengan prestasi Kerajaan PAS Negeri Kedah yang gagal menjana dan mempelbagaikan pendapatan berbanding Kerajaan BN Negeri Kedah yang lalu.

Apa yang Azizan dan Exco-Exconya tahu ialah mendapatkan wang dari sumber “rompakan hasil balak”, bijih besi, menaikkan tarif air dan “merakyatkan” lebih banyak pusat-pusat hiburan haram di negeri Kedah.

Dalam pada itu, Azizan tidak malu untuk mendengar dan bersetuju dengan hujah Mahfuz Omar yang menyalahkan pihak pengurusan PKNK yang membantu kerajaan pimpinannya menjana pendapatan lumayan.

Tidakkah Azizan sedar bahawa Mahfuz dan konco-konconya yang sedang merancang hebat mahu menggulingkannya dari jawatan Menteri Besar itu sedang ketawa guling-guling melihatnya kalah serta begitu mudah untuk diperbodohkan?

Azizan sendiri tahu bahawa saham-saham FGVH itu menguntungkan, tapi mengapa dia mengarahkan PNK untuk menjual saham-saham tersebut? Bukankah ia adalah satu tindakan bodoh?

Untuk memastikan dirinya tidak disembur dan dikecam Mazlan Aliman, Mahfuz dan Mat Sabu, Azizan sanggup mengenepikan kepentingan kewangan Kerajaan Negeri Kedah yang membawa kepada pembangunan rakyat di negeri itu?

Azizan tahu KUIN tidak berduit. Azizan tahu Kerajaan Negeri Kedah tidak berduit. Dan Azizan tahu Kerajaan Negeri Kedah pimpinannya tidak pandai buat duit.

Tapi untuk menjaga hati seorang individu dari Johor dan seorang individu yang bodoh dari Pokok Sena, Azizan sanggup mengenepikan kepentingan rakyat sendiri dan membiarkan Kerajaan Negeri Kedah rugi ratusan juta ringgit!

Penting sangatkah Mazlan Aliman, Mahfuz Omar dan Mat Sabu berbanding hak rakyat negeri Kedah yang dinafikan melalui kerugian yang disengajakan itu? Pelik benar bila seorang Menteri Besar mementingkan perjuangan bodoh rakan-rakannya berbanding rakyatnya sendiri!

Bayangkan, melalui urusan jual beli saham FGVH sebanyak 50,000 unit, PKNK menjana hasil keuntungan sebanyak RM47,000. Dan sekiranya PKNK memiliki saham sebanyak 500,000 unit, sudah tentu PKNK akan menjana lebih dari RM470,000!

Saya tidak pasti sampai bila Azizan akan terus tunduk kepada kemahuan bodoh para pemimpin Pakatan Haram di luar sana sehingga menganaktirikan rakyat sendiri.

Mungkinkah segala kebodohan, kebebalan dan ketidakcekapan Menteri Besar PAS ini hanya akan berakhir selepas Pilihanraya Umum Ke-13 nanti? Rasanya perit benar keadaan rakyat Kedah yang berada dibawah pemerintahan yang lebih mementingan politik berbanding rakyat!

Sudahlah tidak mengaku salah menandatangani cek, dia boleh pula menyalahkan pihak yang menegurnya? Patutkah begitu? Terima kasih pun tidak, tiba-tiba nak marah-marah. Mungkin itu maksud Azizan “buat kerja cara Islam”, kot?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!