Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, July 9, 2012

PANASSSS DARI KEDAH..!!! AZIZAN SAYANG JAMIL LEBIH DARI RAKYATNYA YANG DERITA...


Azizan Razak memang “hebat”. Meskipun tahu Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sedang genting bermasalah, dia masih lagi boleh berdiri “hebat” dan selamba menipu rakyat sekaligus menyembunyikan rahsia yang bukan lagi rahsia.

Sedang seluruh kakitangan KUIN berada di dalam kesulitan yang mengganggu dan menjejaskan kehidupan mereka, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah universiti di bawah Kerajaan PAS Negeri Kedah itu masih boleh memandang remeh permasalahan mereka.

“Kuin ni tak ada masalah pun. Semua okay. Biasalah sebab dekat pilihan raya ni, sebab itu isu ini timbul,” itu kata Azizan mengenai rintihan kakitangan KUIN yang menjadi sebahagian dari rakyat Kedah.

Sebetulnya, saya berada di perkarangan KUIN ketika demonstrasi diadakan di depan pejabat Rektornya, Prof Datuk Dr Jamil Osman. Saya pada mulanya berada di Alor Setar atas urusan rasmi sebelum diajak ke universiti itu apabila mendapat maklumat mengenainya.

Pada asalnya, kakitangan KUIN dijadualkan berdemonstrasi secara aman di situ pada jam 12.30 tengahari. Namun memandangkan hujan lebat yang turun tengahari itu, ia terpaksa ditunda kira-kira sejam kemudian.
Ketika hujan sudah reda dan renyai, maka hampir 200 kakitangan KUIN berhimpun di depan pejabat Jamil. Ketuanya, Ustaz Mohammad Azki. Ustaz Azki memulakan himpunan dengan laungan “Hidup! Hidup kebenaran! Hancur! Hancur! Hancur kezaliman!” dan kemudiannya diikuti dengan “takbirrr.!”.

Gaya dan laungannya benar-benar seperti himpunan Bershit dan himpunan “katak hijau melompat ke jamban Putrajaya”. Saya terdetik dihati, kemungkinan besar ustaz ini adalah “orang PAS”!

Ditengah kebasahan itu, Ustaz Azki membakar semangat kakitangan KUIN. Kemudian, pembesar suara diserahkan kepada seorang Ustazah yang merupakan salah seorang pensyarah di universiti itu.

Mereka mendedahkan bahawa dana kewangan KUIN sedang meruncing! Penubuhan anak-anak syarikat KUIN telah menyedut begitu banyak wang KUIN sehingga kedudukan kewangannya terjejas teruk. Mereka punya bukti untuk mendakwa sedemikian.

Akibat dari salahguna kuasa dan salah tadbir oleh Rektor dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarahnya, mereka membongkar mengenai permasalahan KUIN satu persatu sehingga menyebabkan universiti kebanggaan rakyat Kedah itu menghadapi krisis kewangan yang teruk.

Mereka mendakwa bahawa KUIN tidak menjelaskan pembayaran zakat mereka kepada Lembaga Zakat sejak bulan Mac dan tidak membuat bayaran kepada bank berhubung pinjaman sewabeli rumah dan kenderaan mereka.

Menurut mereka, gaji mereka sepatutnya dipotong oleh KUIN setiap bulan bagi menjelaskan bayaran zakat kepada Lembaga Zakat,  sewabeli perumahan dan kenderaan kepada bank. Ini adalah kerana mereka membuat pembayaran-pembayaran tersebut melalui sistem potongan gaji.

Tapi sebenarnya KUIN tidak pun membuat bayaran tersebut dan kali terakhir pembayaran dibuat kepada Lembaga Zakat dan bank adalah pada bulan Februari, sedangkan gaji mereka terus menerus dipotong sehingga Jun!

Rentetan kegagalan KUIN menjelaskan bayaran tersebut, ramai dari kalangan kakitangannya yang menerima panggilan dari bank meminta mereka menjelaskan hutang tertunggak, malah lebih teruk ada kenderaan yang telah ditarik dan ada pula yang sudah meneriman surat saman dari bank!

Berdasarkan fakta, 6 orang kakitangan KUIN telah bertemu Azizan pada jam 8.50 malam pada 14 Mei lalu di kediamannya di Jalan Sultanah untuk menceritakan masalah KUIN dan rintihan hati mereka yang dizalimi pihak pengurusan tertinggi universiti itu.

Malah mereka juga pernah menyerahkan memorandum kepada Azizan melalui Exco Kerajaan Negeri, Taulan Rasul, pada 19 Jun. Kakitangan KUIN telah berusaha untuk bersemuka dan meminta penjelasan dari Rektornya bermula awal Mei dan sehingga kini Jamil masih “lari” enggan bersemuka.

Memandangkan tiada sesiapa yang mahu mendengar rintihan mereka, kakitangan KUIN terpaksa mengadu pada pihak polis. Laporan polis telah dibuat mengenai kezaliman dan penipuan KUIN tersebut.

Jadi, apa kena mengenanya isu KUIN dengan pilihanraya umum?

Sebetulnya, kakitangan KUIN boleh mengadu kepada biro aduan UMNO Kedah sekiranya mahu mempolitikkan isu ini. Namun mereka tidak memilih untuk berbuat demikian. Lagipun, kakitangan KUIN itu dikatakan rata-ratanya penyokong kuat PAS!

Sampai hati Azizan buat begini pada penyokong sendiri. Penat-penat mereka memberi undi untuk PAS pada PRU ke-12 dulu. Tapi inikah balasan Azizan kepada undi-undi mereka? Inikah contoh “Kedah Sejahtera” yang dilaung-laungkan Azizan selama ini?

Tahulah Jamil itu adalah rakan karibnya ketika sama-sama menjadi pensyarah dulu. Tapi, kalau Jamil tak reti mentadbir dan merosakkan KUIN, takkanlah mahu dibiarkan terus? Krisis kewangan KUIN tidak menjejaskan Jamil, tapi kakitangan KUIN yang menjadi mangsa.

Pertimbangkanlah Ustaz…ini semua untuk rakyat Kedah, kan? Fikir-fikirkanlah. Lagipun PRU pun sudah hampir. Takkanlah Ustaz nak hilang undi kerana Jamil? Atau Ustaz Azizan memang lebih sayangkan Jamil berbanding kehidupan 200 kakitangan KUIN?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!