Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, July 21, 2012

PANASSSS..!!! ANAK NIK AZIZ KATA UMNO SEMBAH SYAITAN...!!!?

nik abduh

Di saat umat Islam di Malaysia sedang di dalam “mood” mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, anak Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Aziz cuba mencipta kekecohan apabila menghasut rakyat Malaysia untuk menyerang dan merampas kuasa kerajaan di Putrajaya.

Nik Abduh yang merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS di dalam ceramahnya di salah satu siri Himpunan “katak” Hijau PAS Ke Putrajaya baru-baru ini mendakwa Allah telah memilih para penyokong PAS untuk merampas kuasa yang kini dimiliki BN.

Agak keras kenyataannya apabila menyatakan lagi bahawa mereka-mereka yang berbaju hijau (PAS) menyembah Allah manakala mereka-mereka yang memakai baju biru (BN) pula menyembah syaitan laknatullah.

Saya tertanya-tanya, fatwa atau ajaran siapakah yang Nik Abduh bawa sehingga dia tergamak berkata demikian?

Pada pandangan saya, sekiranya ada mana-mana individu atau pemimpin dari UMNO/BN yang berkata demikian di negeri-negeri jajahan Pakatan Haram seperti di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor, sudah tentu dia akan dituduh sebagai pelampau.

Malah secara ekstrimnya, adalah tidak mustahil untuk PAS menjadikan insiden itu sebagai isu dan mendesak agar pihak Kementerian Dalam Negeri menahan individu berkenaan atas dakwaan di bawah akta hasutan membabitkan soal keselamatan dalam negeri.

Saya ingin bertanya kepada anak Nik Aziz itu, sekiranya pemimpin Pemuda UMNO di Kelantan misalnya Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata bahawa para penyokong UMNO akan menyerang dan merampas kuasa Kerajaan PAS Negeri Kelantan, apa yang akan dia kata?

Rasanya, sudah tentu satu laporan polis akan dibuat oleh Nik Abduh mendakwa pihak UMNO berura-ura untuk mengancam kerajaan pimpinan ayahnya yang dimenangi secara demokratik.

Saya faham bahawa Nik Abduh merupakan lulusan dari universiti di Timur Tengah. Namun usahlah dibawa budaya buruk menggulingkan kerajaan di negara-negara di sana di Malaysia kerana senario politik dan budaya kita di sini amat berbeza.

Paling menyedihkan, sanggup dia katakan bahawa umat Islam yang menyokong BN menyembah syaitan? Astaghfirullahilazim…

Sampai hati Nik Abduh menafikan ibadah dan aqidah orang UMNO  yang menyembah Allah SWT lima kali sehari semalam. Apakah hak Nik Abduh untuk berkata sedemikian?

Apakah umat Islam yang menyokong UMNO meletakkan berhala di depan tikar sejadah ketika bersolat? Apakah kami para penyokong dan ahli UMNO menyebut dan memuji nama Latta dan Uzza ketika bersolat?

Apakah Nik Abduh sedar bahawa Tuhan yang kami sembah adalah sama dengannya Tuhan yang dia sembah setiap hari? Dan apakah dia sedar bahawa Islam yang kami amalkan di dalam setiap detik hidup kami ini adalah ajaran Muhammad SAW dan bukan ajaran ayahnya?

Saya tidak tahu siapa yang mengajar Nik Abduh untuk mengeluarkan fatwa dan berpendirian sedemikian. Namun pada saya, berkemungkinan besar segala fatwanya itu berkait rapat dengan pendirian ayahnya yang merupakan pengasas kepada ajaran “agama PAS”.

Pada saya, PAS bukanlah Islam dan Islam itu bukanlah PAS. Itu fakta jelas.

Saya yakin bahawa seluruh umat Islam yang menyokong UMNO/BN sangat sayang dan taat pada Islam, namun kami tidak sayang dan bencikan PAS yang memecah belahkan umat Islam di negara ini hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Saya mencabar Nik Abduh untuk membuang perkataan “Islam” yang ada pada PAS dan saya yakin bahawa rakyat Malaysia akan melihat parti itu tidak lebih dari sebuah parti politik yang setaraf dengan DAP dan PKR yang penuh dengan kejijikan dan kelemahan.

Jangan berkecil hati dengan kenyataan tersebut dan sempena Ramadhan ini, renungkan dan muhasabahkan mengenai padangan saya itu kerana sememangnya ia adalah satu fakta yang sangat berkait rapat dengan PAS.

Sempena Ramadhan ini juga saya memohon kepada Allah SWT agar PAS dan para penyokongnya diberikan hidayah sewajarnya agar celik tentang kebenaran dan bersedia meninggalkan fahaman politik demi sebuah ummah yang bersatu di bawah satu kalimah, “Asyhaduan la ilaha illah, wa asyhadu anna muhammadan rasulullah”…wallahua’alam.

Sumber: Mykmu.net

3 comments:

Anonymous said...

Nak tau perangai anak tgklah bapaknyer.....bapak borek anak rintik

Johan said...

Nik Abduh sepatutnya bersyukur kerana dilahirkan hasil daripada percantuman air mani Nik Aziz dengan benih dalam faraj ibunya, katakanlah Allah telah memilih Nik Abduh lahir hasil dari anak luar nikah, atau dari air mani ARIEL SHARON, apa nak jadi adalah Nik Abduh lahir menjadi YAHUDI.... so Nik, taubatlah dan banyak-bayak berterima kasih kepada Allah kerana lahir dari perut Ibu muslim... Zaman sekarang orang Islam dah tidak berdakwah, Ustaz punya KPI sekarang adalah maki hamun dan bukannya 'berapa ramai dah ustaz tarik orang bukan Islam masuk Islam'. Sampai kiamat org Melayu Islam tidak akan bersatu...Nik Abduh mengaku Islam tapi enggan berdakwah malah berdakyah serta merendahkan sifat Allah (apalah penting sangat putrajaya kepada Allah sehingga memilih Nik Abduh untuk menawannya?)

Johan said...

Nik bersyukurlah kerana Allah memilih Nik lahir hasil daripada percantuman benih air mani Nik Azizi dengan benih dalam rahim Ibu Nik apabila kedua-dua ibu bapa nik berjimak... Andai katalah Nik Abduh dipilih oleh Allah s.w.t. lahir dari benih air mani Shimon Perez, maka jadilah Nik Abduh Yahudi.... akan tidak menjadi Islamlah bila uztaz2 sekarang kerja mereka bukannya berdakwah malah berdakyah dan KPI mereka adalah mencarut, fitnah, maki hamun bukanya berapakah bilangan umat bukan Islam yang telah berjaya didakwah hingga masuk mempercayai agama Islam.....So Nik Abduh... you bullshit... dan you adalah bangang and bahlul...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!