Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, July 6, 2012

PANASSSS..!!! AMOI NI LAGI CUN DARI BETTY CHEW...!!! KAN? HEH!

betty vs phaik kheng

Amboi! Marah sungguh isteri Lim Guan Eng, Betty Chew yang merupakan ADUN Kota Laksmana, apabila nama Ng Phaik Kheng disebut di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka baru-baru ini. Sampai mengamuk di dalam dewan!

Sedangkan, ADUN Duyong, Datuk Gan Tian Loo bangun hanya untuk bertanya padanya mengenai gadis yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Bukannya Tian Loo menuduh, hanya bertanyakan soalan dan meminta penjelasan…

Orang bertanya pun nak marah? Jawab sudahlah, dan tak perlu marah-marah, kan? Bila marah begitu, dah tentu ada yang tidak kena, kan?

Kenapa perlu marah-marah? Ada yang tidak kenakah dengan soalan itu? Atau Betty tidak faham dengan soalan yang dikemukakan? Tian Loo bertanya di dalam bahasa Melayu, takkanlah isteri Guan Eng tak faham?

Memang semua rakyat yang mengikuti perkembangan “Khalifah” Guan Eng itu pernah dengar nama Ng Phaik Kheng. Ada yang mengenali gadis itu dengan nama “Chai Hong” atau dalam bahawa Inggerisnya, “Rainbow”.

Melihat pada namanya, mungkin ramai yang bersetuju bahawa orangnya juga lebih cantik dan indah seperti “pelangi” berbanding Betty Chew yang sudah beranak-pinak beberapa kali, kan? Sudah tentu ada sesuatu yang sudah “loose” pada Betty dan masih “tight” ada Chai Hong…

Rakyat sebelum ini juga didedahkan dengan dakwaan yang mengaitkan hubungan terlarang di antara suami Betty dengan Chai Hong yang juga seorang pemegang Master Degree dari USM dan mempunyai pengalaman sebagai tenaga pengajar.

Chai Hong dikatakan aktif bersama parti Gerakan di Pulau Pinang dahulu sebelum gagal mencapai cita-cita politiknya untuk menjadi orang kanan, Koh Tsu Koon. Maklumlah, orang macam Koh Tsu Koon manalah minat “main-main” atau “simpan” perempuan. Diakan “nerd”…

Dan selepas tsunami politik pada tahun 2008, Chai Hong melompat masuk menyertai DAP dan berjaya menempatkan diri di dalam barisan 20 pegawai khas Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Dia sudah berjaya jadi orang kanan Guan Eng ketika itu…

Iyalah, dengan gaya yang menawan, skil yang hebat memikat, kefasihan bertutur dengan baik dan rapo yang sangat mesra, hati manakah yang tidak tertawan?


Namun, dimaklumkan bahawa skandal yang baru hendak berputik itu terpaksa putus ditengah jalan apabila ia berjaya dihidu oleh Betty Chew. Isteri mana yang tak sayang suaminya, kan? Dan Betty kemudiaannya dikatakan telah memberi kata dua kepada suaminya itu…

Punahlah harapan Chai Hong untuk terus bersama Guan Eng dan dia tewas pada “penangan” Betty Chew pula kali ini. Mungkin malu untuk kembali bersama Gerakan, difahamkan “Pelangi” terpaksa kembali menjadi tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan.

Begitulah cerita “cinta terhalang” yang berlegar di seluruh negara mengenai hubungan di antara Guan Eng dan “Rainbow”. Ia hanyalah sekadar cerita dan tiada sebarang pengakuan dari Guan Eng, Chai Hong mahupun Betty mengenai isu ini.

Justeru itu, salahkah sekiranya ADUN Duyong itu bertanya Betty di dalam sidang DUN Melaka itu? Dan apa salahnya jika rakyat di kawasan Duyong mewakilkan soalan berkenaan kepada Tian Loo untuk ditanya padanya bagi meleraikan kekusutan dan persoalan mengenai skandal tersebut?

Kalau benar, katakan benar. Dan kalau salah, katakan salah. Kemudian, sila jelaskan di mana benarnya dan di mana salahnya. Mudah bukan? Jawablah dengan jujur dan ikhlas kerana rakyat sedang menantikan jawapan yang benar…

Lagipun, bukan mudah untuk setia di dalam hubungan “jarak jauh” seperti Guan Eng dan Betty. Seorang di utara dan seorang lagi di selatan. Sudah tentu agak sukar bagi “Khalifah Kafir” itu membiarkan “sesuatu yang kena ada seleranya” sedang berada di depan mata setiap hari.

Betty, rakyat menantikan jawapan bagi pertanyaan mengenai isu itu. Bolehkah Betty menjawabnya dengan tenang, ikhlas, benar dan jujur? Atau Betty mahu terus berteka-teki. Harap jangan sampai bapa mertua Betty campur tangan sudah la…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Tajuk anda ini membuat dia lagilah marah!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!