Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • Rakyat Diminta Jauhi DAP - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup melabelkan parti DAP sebagai 'raja putar belit' yang menggerunkan dan perlu dijauhi rakyat. Belia...
    44 minutes ago

Friday, July 20, 2012

PANASSS..!!! RAKYAT MARAHHHH..KHALID GAGAP TERUS GAGAP KETAKUTANNNN..!!!

air 1

Saya pelik benar melihat sikap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang begitu bodoh sombong dengan ego politiknya dan enggan mengaku bahawa dia merupakan MB Selangor paling teruk dalam sejarah negeri termaju di Malaysia itu.

Sudahlah gagal melaksanakan manifesto yang disenaraikan pada Pilihanraya Umum ke-12 (PRU ke-12) yang lalu, segala sentuhan Khalid melalui dasar Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor begitu sumbang dan menghancurkan negeri tersebut.

Terkini, dia tetap berdegil mahu mengambil alih pengurusan industri air di Selangor dari SYABAS dan mahu mengendalikan sektor keperluan asas rakyat negeri Selangor itu sepenuhnya melalui kerajaan pimpinannya.

Kononnya, SYABAS tidak pandai mentadbir air di Selangor dan dia mengesyaki syarikat pengurusan bekalan air bersih itu cuba mensabotaj kepimpinan Kerajaan Pakatan Haram Selangor.

Melihat kepada kebebalan Menteri Besar Selangor itu, saya jangkakan, mungkin ramai di kalangan rakyat Selangor yang mahu tampar saja “boneka” kepada para pemimpin DAP di negeri paling maju itu.

Mana tidaknya? Sedang rakyat terseksa kerana mengalami gangguan bekalan air di rumah mereka, Khalid tetap tidak mahu beralah untuk membenarkan Kerajaan Persekutuan membina Loji Langat 2 bagi menampung kekurangan bekalan air terawat di Selangor.

Rakyat Selangor dan sekitar Lembah Klang kini berdepan dengan catuan air ekoran beberapa loji air terawat mengalami kekurangan simpanan air disebabkan dari peningkatan permintaan drastik penduduk yang bertambah.

Selain itu, jangkaan Kerajaan Persekutuan melalui kajian yang dijalankan selepas krisis air Selangor 1998, menunjukkan bahawa krisis air di negeri itu bakal berulang pada tahun 2014 turut dikatakan bakal berlaku lebih awal.

Sebenarnya, Kerajaan Pusat dan Kerajaan BN Selangor sebelum ini telah menyediakan rancangan terbaik bagi mengatasi krisis air di negeri itu agar tidak berulang.

Pada tahun 2005, projek penyaluran sumber air dari Pahang ke Selangor telah ditandatangani dan kerja-kerja pemasangan saluran air dari Pahang ke Selangor telah bermula sejak itu dan hampir siap, kecuali pembinaan loji Langat 2 yang belum sempat disiapkan.

Namun ekoran Pakatan Haram berjaya menjajah Selangor pada tahun 2008, kerajaan pimpinan Khalid tidak membenarkan pembinaan loji Langat 2 itu diteruskan, kononnya projek berkenaan melibatkan kos yang tinggi dan diberikan kepada kroni-kroni UMNO/BN.

Padahal, ia hanyalah helah alasan Khalid untuk mengambil alih projek tersebut untuk diberikan kepada kroni-kroni Pakatan Haram dengan mengambil kesempatan ke atas projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat itu.

Hasilnya, tiada persetujuan dicapai untuk membina loji Langat 2 meskipun Kerajaan Pusat beberapa kali memujuk Khalid untuk meluluskan projek berkenaan tanpa melibatkan sebarang kos dari Kerajaan Negeri Selangor.

Selain itu, Kerajaan Pusat terpaksa menanggung hutang dan faedah pembiayaan kewangan di atas projek berkenaan kerana 75 peratus dari projek berkenaan adalah hasil usahasama dengan sebuah syarikat pakar dari Jepun.

Bukanlah Kerajaan Pusat nak berkira dengan pembayaran tersebut, namun pihak UMNO/BN lebih memikirkan kehidupan rakyat Selangor dan Lembah Klang yang bakal terjejas ekoran kekurangan bekalan air bersih yang bakal berlaku pada bila-bila masa dari sekarang.

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib tidak mahu melihat kebajikan rakyat terjejas kerana kepentingan politik bodoh Khalid tersebut dan mahu membina loji berkenaan secepat mungkin.

Inilah jadinya bila Pakatan Haram meletakkan kepentingan peribadi dan politik melebihi dari kepentingan serta kebajikan untuk rakyat. Kerana UMNO/BN merupakan musuh politik Khalid, maka rakyat terpaksa menjadi mangsa kekurangan bekalan air di rumah mereka.

Peliknya, Pakatan Haram tidak malu untuk mengaku kononnya mereka mahu membina “Negara Berkebajikan”, padahal mereka lebih mementingkan soal kuasa dan politik mereka.

Mereka cemburu melihat UMNO/BN menabur jasa dan bijak merancang kehidupan dan memastikan masa depan rakyat terjamin berbanding mereka yang tidak habis-habis berceramah siang dan malam sejurus selepas PRU pada tahun 2008 lagi.

Itu saja kerja Pakatan Haram di seluruh negara. Rakyat suruh kerja dan laksanakan khidmat terbaik kepada rakyat, tapi mereka sebok keliling negara berpolitik dan mengutip derma dalam karung.

Entah bilalah Pakatan Haram nak buat kerja untuk rakyat…wallhua’alam. Harapnya, jangan Khalid dan Pakatan Haram kecil hati sekiranya rakyat Selangor akan mengundi UMNO/BN pada PRU ke-13 nanti disebabkan kebodohan yang mereka cipta sendiri…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!