Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, July 23, 2012

PANASSS..!!! PAS BURUK-BURUKKAN DYMM SULTAN DAN RAJA-RAJA MELAYU..!!!?

http://dukeofumno.blogspot.com/

Sebagaimana maklum, masjid merupakan rumah Allah yang didirikan bagi umat Islam beribadah, berkumpul, bersosial mengeratkan tali silaturrahim, menuntut ilmu dan menganjurkan majlis-majlis yang mentauhidkan Allah serta mengimarahkan Islam di Malaysia.

Namun secara tiba-tiba dan jelas mahu memburuk-burukkan Kerajaan Barisan Nasional, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Nik Mohamad Amar Abdullah menuduh masjid di negara ini hanyalah menjadi tempat solat dan beribadat dalam pengertian sempit!

Selain itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan itu juga menyatakan di dalam satu majlis semalam bahawa masjid bukanlah tempat untuk menabur fitnah, dan wajar digunakan untuk tujuan penyebaran kebenaran.

Pertamanya, saya ingin menegaskan dan memperingatkan Nik Amar bahawa masjid adalah dibawah bidang kuasa Majlis Agama Islam di negeri masing-masing. Majlis-Majlis Agama Islam itu pula tertakluk dibawah kuasa DYMM Sultan dan Raja-Raja Melayu yang menaungi negeri-negeri tersebut.

Dalam ertikata lain, segala yang berkaitan dengan aktiviti di dalam kawasan masjid-masjid di negara ini adalah berkait rapat dan mengikut garis panduan yang digariskan oleh Majlis-Majlis Agam Islam berkenaan dan di atas nasihat para sahibussamahah mufti-mufti yang menasihati DYMM Sultan dan Raja-Raja Melayu.

Jadi, saya ingin bertanya kepada Nik Amar, apakah kenyataannya yang menyatakan bahawa peranan masjid-masjid di negara ini hanya menjadi tempat solat dan beribadat dalam pengertian sempit, serta tidak menyeluruh itu ditujukan kepada Barisan Nasional atau DYMM Sultan dan Raja-Raja Melayu?

Apakah kerajaan Barisan Nasional punya sebarang kuasa untuk menentukan fungsi dan aktiviti-aktiviti masjid selama ini?

Atau segala urusan, fungsi dan aktiviti di masjid diuruskan oleh Majlis-Majlis Agama Islam yang terletak dibawah kuasa DYMM Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu?

Rasanya, kenyataan Nik Amar disiarkan oleh Harakahdaily ini seolah-olah cuba memburuk-burukkan Institusi DiRaja yang menaungi semua masjid di negara ini, bukan?

Nik Amar sengaja mahu mencabar kuasa dan memburuk-burukkan peranan DYMM Sultan dan Raja-Raja Melayu, para mufti dan Majlis-Majlis Agama Islam?

Setahu saya, hanya PAS saja yang sering mempergunakan masjid untuk menabur fitnah dan membawa unsur-unsur politik keduniaan yang tidak memberi sebarang faedah kepada umat Islam di negara ini.

Kita sering dikejutkan dengan tindakan beberapa imam pelampau PAS yang mendoakan kesejahteraan pemimpin kuffar seperti Lim Guan Eng di masjid-masjid di Pulau Pinang sehingga mencetus ketegangan di kalangan umat Islam yang bersolat Jumaat di situ.

Sudah terang-terang Guan Eng menganaktirikan umat Islam dan mempersoalkan laungan azan di negeri itu yang kononnya menggangu tidurnya. Pemimpin kafir harbi begitu pun PAS mahu doakan di dalam khutbahnya?

Siapa kata masjid-masjid di negara ini terhad untuk bersolat dan beribadat dalam pengertian yang sempit? Rasanya Nik Amar “pekak”, “tuli” atau “buta” dalam menilai peranan masjid-masjid di negara ini.

Tidakkah dia sedar bahawa masjid-masjid di negara ini semakin meriah dan kerap diimarahkan dengan aktiviti-aktiviti yang merangkumi pelbagai muamalah dan tidak terhad kepada bersolat sahaja?

Apakah Mursyidul Am PAS tidak mengajar Nik Amar bahawa setiap perlakuan umat Islam itu adalah ibadah?

Di masjid, umat Islam berkumpul, bersolat jemaah bersama-sama, beriktikaf, berzikir, bermuzakarah, bertadarrus, menuntut ilmu, berceramah agama, bersoal jawab, bermunaqasyah, berwalimatul urus, berkenduri-kendara dan pelbagai lagi aktiviti kemasyarakatan berlaku dirumah Allah itu.

Soalnya ialah jawatankuasa masjid yang mengelola masjid berkenaan. Jika jawatankuasanya aktif, maka imarahlah masjid itu dan begitu juga sebaliknya.

Selain itu, segala di masjid tiada kena mengena dengan Barisan Nasional atau tidak. Di masjid, umat Islam tanpa mengira UMNO, PAS, PKR atau DAP, sama-sama melupakan fahaman politik masing-masing dan bersatu kerana Islam.

Kecuali di beberapa masjid yang begitu tebal dan ekstrim sokongannya terhadap PAS yang sanggup solat dua imam dan tidak mahu berjemaah dengan orang UMNO. Itu bukan lagi rahsia dan ia masih lagi berlaku sehingga hari ini. “Terima kasih” atas sumbangan “amanat Hadi” itu.

Nik Amar perlu cerminkan diri sendiri dahulu sebelum menuduh BN dengan perkara yang bukan-bukan kerana segala tuduhan itu boleh dianggap fitnah. Biar pun fitnah itu tidak dilahirkan di dalam masjid, namun tolonglah hormati bulan Ramadhan.

Apakah PAS tidak boleh berhenti menabur fitnah di bulan penuh keberkatan ini?

Sumber: Mykmue.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!