Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, July 1, 2012

PANASSS..!!! MUSLIHAT JAHAT PAS DI KEDAH & TERENGGANU KANTOI DIBONGKAR..!!!

pas koyak
Para pemimpin PAS melalui lidah rasmi parti itu, Harakahdaily, dilihat cuba bermain taktik memecah belahkan perpaduan di kalangan ahli UMNO di beberapa negeri dengan mencipta persepsi “siapa bakal MB sekiranya BN menang di negeri itu” pada PRU ke-13 nanti.

Antara mangsa pemainan jahat PAS itu ialah negeri Kedah dan Terengganu di mana PAS menjangkakan bahawa mereka tidak punya harapan untuk menang di kedua-dua negeri tersebut.

Terdahulu di Alor Setar, Ahli Parlimen PAS Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria mula “mencucuk jarum syaitan” dengan mengandaikan bahawa Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri, Datuk Mukhriz Mahathir akan dilantik sebagai Menteri Besar sekiranya BN kembali berkuasa di negeri itu.

Mohd Nasir menggunakan temuramah sebuah stesen televisyen dengan mantan Perdana Menteri yang juga merupakan bapa kepada Mukhriz, Tun Dr. Mahathir yang memberi sokongan kepada anaknya itu.

Padahal, Mohd Nasir sendiri telah memutar belitkan kenyataan Tun M seolah-olah mahu melihat anaknya menjawat jawatan Menteri Besar di negeri Jelapang Padi tersebut.

Sebenarnya, Tun M langsung tidak bermaksud sedemikian dan beliau menegaskan bahawa masa depan anaknya itu terletak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk ditentukan kedudukannya pada PRU ke-13 nanti.

Tiba-tiba datang Mohd Nasir, dia mendakwa bahawa Mukhriz akan tercalon sebagai calon di DUN Kota Seputeh menggantikan Datuk Abu Hassan Omar di kawasan tersebut dan mencipta persepsi bahawa Mukhriz adalah bakal calon MB Kedah.

Siapa Mohd Nasir untuk tentukan siapa calon BN di Kedah? Mohd Nasir bukan ahli UMNO, bukan pemimpin UMNO dan bukan penentu calon BN di Kedah. Jadi, mengapa perlu dia sebok mencipta spekulasi sedemikian?

Begitu juga yang berlaku di Terengganu apabila PAS mencipta spekulasi bahawa Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik akan dijadikan Menteri Besar negeri itu menggantikan Datuk Ahmad Said.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut sedang mencongak-congak percaturannya bahawa kononnya Ahmad Shabery akan dilantik menjadi MB sebagai “orang tengah” di antara kem Ahmad Said dan bekas MB, Datuk Seri Idris Jusoh.

Pada pandangan penulis, spekulasi ini sengaja dimainkan oleh PAS bagi memecah belahkan perpaduan di kalangan para penyokong UMNO di Kedah dan Terengganu.

Misalnya di Kedah, sebagaimana maklum bahawa isu siapa jadi MB adalah satu perkara yang sensitif untuk dibangkitkan di dalam mana-mana parti sekali pun, termasuk UMNO.

Ketika ini, Najib memberikan kepercayaan kepada Datuk Bashah Hanipah sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan Mukhriz sebagai timbalannya yang memperlihatkan keserasian gandingan “otai” dan “muda” di Kedah.

Melihat keserasian itulah maka ia memeningkan kepada PAS Kedah yang kini sedang dilanda huru-hara yang amat dahsyat yang memperlihatkan perang besar antara 4-5 pemimpin utama PAS Kedah.

Phahrolrazi, Dr. Ismail Salleh, Hamdan, Amiruddin, Mahfuz, Taulan dan Azizak Razak sendiri kini sedang bertempur sesama sendiri bagi mempertahankan kuasa masing-masing selain berebut kontrak menerusi Kerajaan Negeri.

Itu belum lagi disebut mengenai Mat Sabu yang mahu bertanding di Parlimen Pendang dan dihalang keras oleh Azizan Razak!

Sebenarnya, hak menentukan siapa MB bagi BN sekiranya berjaya menawan Kedah pada PRU ke-13 ini adalah terletak di tangan Presiden parti, iaitu Najib sendiri dan DYMM Sultan Kedah. Itu hak kedua pemimpin tertinggi tersebut dan bukan hak PAS untuk bercakap mengenainya.

Justeru itu, tak payah sebutlah mengenai siapa yang akan dilantik menjadi MB. Lagipun, yang paling utama ialah jawatan tersebut terletak di tangan Allah SWT yang memiliki kuasa di langit dan di bumi, serta Allah yang akan menentukan kepada siapa yang bakal diberikan jawatan tersebut.

UMNO Kedah dan Terengganu kini semakin bersatu padu dan menumpukan fokus untuk kemenangan BN di kedua-dua buah negeri itu. Biarlah UMNO-BN tawan dulu Kedah dan kekal menang di Terengganu, selepas itu baru bicara soal calon.

Dan PAS tak payahlah menyebok tentang siapa bakal MB jika UMNO memerintah di negeri-negeri itu kerana parti mereka sendiri belum tentu mampu mempertahankan Kedah dan menawan Terengganu pada PRU ke-13 nanti. Jagalah tepi kain sendiri dari sebok buat fitnah tentang orang lain!

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!