Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, July 9, 2012

PANASSS..!!! MARAH PADA SOI LEK, TAPI TAK MARAH PADA ANWAR DAN NIK AMAR YANG TOLAK HUDUD..!!!

tutup mulut

Pada 8 November tahun lalu, “dewa” Pakatan Haram, Anwar Ibrahim di dalam ucapannya di sebuah dewan persatuan Cina di Subang Jaya menegaskan bahawa perlaksanaan hukum hudud tiada tempat di dalam dasar Pakatan Haram.

Kemudian pada 9 November pada tahun lalu juga, pemimpin PAS yang merupakan salah seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang menjadi kesayangan Nik Aziz iaitu Nik Amar menjelaskan di hadapan rakyat dan para penyokong PAS bahawa hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya Pakatan Haram menang pada PRU ke-13.

Dan baru-baru ini para pemimpin PAS juga menghentam Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang bersuara mengenai isu hal yang sama – Hudud.

Ya, memang benar Soi Lek wajar dihentam kerana mempertikaikan tentang soal hukum yang datangnya dari Allah SWT kepada seluruh umat Islam di dunia. Mungkin memang wajar dia dikritik oleh PAS.

Tapi, kita perlu tahu bahawa Soi Lek adalah seorang kafir yang tidak tahu tentang hukum-hakam di dalam agama Islam.

Dan saya yakin bahawa sekiranya dia diberikan penjelasan tentang hudud sebenar, rasanya dia sendiri akan faham akan kedudukan undang-undang Islam tersebut dan tidak lagi menimbulkan sebarang kenyataan mengenainya.

Namun yang hairannya, mengapa tiada sesiapa pun yang menghentam Anwar dan Nik Amar mengenai kenyataan mereka berdua yang jelas mengaku beragama Islam dan berTuhankan pada Allah yang menurunkan hudud?

Pada Novemver tahun lalu, Anwar dan Nik Amar mengeluarkan kenyataan yang sama sekali menegaskan bahawa Pakatan Haram menolak perlaksanaan hudud di negara ini.

Bukankah ia begitu jelas juga membuktikan bahawa pemimpin Islam yang bergelar “Pak Syiekh” dan seorang lagi merupakan “anak didik Tok Guru” menolak perlaksanaan hudud sekiranya Pakatan Haram menang pada PRU ke-13.

Mungkin boleh dimaafkan sekiranya kedua pemimpin itu tidak beragama Islam dan sama status kejahilannya seperti Soi Lek. Tapi mereka berdua mengaku beragama Islam dan mereka menolak hukum-hakam yang diturunkan Allah?

Mana suara para penyokong dan pemimpin PAS lain ketika itu?

Mengapa mereka tidak menghentam Anwar dan Nik Amar?

Mengapa hanya berani menghentam kafir yang tidak mengerti dan tidak berani menghentam seorang “Pak Syiekh” dan “anak didik Tok Guru”?

Mengapa perlu ada “double standard” dalam hal ini?

Nampak sangat isu hudud merupakan sebuah isu agama yang sengaja dipolitikkan oleh puak-puak PAS. Kononnya mereka memperjuangkan hudud, padahal bila Anwar dan Nik Amar menolak hudud, mereka membisu tanpa bahasa.

Apakah ini boleh dikatakan perjuangan sebenar? Atau ini boleh ditafsirkan sebagai perjuangan berpilih?

Tidak hairanlah jika para penyokong PAS memang terkenal dengan ungkapan ala-ala Arab “wal halaaaalllu ku…wal haraaaamu mu” yang membawa maksud segala yang dilakukan atau diperkatakan PAS adalah halal manakala haram segala haram bagi BN?

Bila ramai yang memperkatakan bahawa prinsip perjuangan Islam PAS begitu mudah dibeli dan dimanipulasi oleh para pemimpin politiknya, maka para penyokongnya akan marah.

Bila ramai yang mempertikaikan tindakan PAS yang menjual Islam untuk kepentingan politik mereka, maka penyokong tegar mereka yang mengamuk dan menyalahkan tanggapan tersebut.

Tapi di dalam isu ini, maka jelas sekali PAS bersikap “double standard” dan apakah para penyokong PAS tidak malu untuk membenarkan kebenaran yang “melondeh” kepalsuan mereka? Tak perlu dijawab dan jawablah di dalam hati yang paling dalam. Asalkan jangan munafik menipu hati, sudah!

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!