Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, July 15, 2012

PANASSS..!!! LAGI CERITA BUSUK PAS KEDAH TERLEPAS KE FEDERAL..!!!

house bar

Baru-baru ini gempar di Kedah mengenai beberapa blog pro-UMNO/BN yang mendedahkan tentang suasana sebuah pusat hiburan yang terletak hanya lebih kurang 1 kilometer dari Pusat Khidmat DUN Alor Mengkudu yang diwakili oleh ADUN PAS, Dr. Ismail Salleh.

Puluhan keping gambar separa bogel dan menghairahkan yang dirakam di pusat hiburan bernama “House Bar” itu telah dimuat naik ke blog-blog sehingga menyebabkan keresahan kepada pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah dan para penyokong mereka.

Menariknya, respon awal dari pencacai blogger upahan PAS di Kedah menuduh blogger-blogger pro-UMNO/BN itu berhibur di selatan Thailand (Danok) dan merakamkan gambar pusat hiburan di sana untuk memfitnah Kerajaan PAS Negeri Kedah.

Padahal, gambar-gambar panas itu telah diambil dari laman Facebook “House Bar” yang dipercayai telah mula beroperasi di Alor Setar sejak November tahun lalu. Jelaslah pencacai-pencacai PAS itu telah membuat dosa kering dengan memfitnah para blogger pro-UMNO/BN di Kedah.

Menyedari mereka telah dimalukan dan keaiban mereka memfitnah telah berjaya “dikantoikan”, mereka menyalahkan pihak penguatkuasa (Pihak Berkuasa Tempatan) yang tidak bertindak menghalang operasi pusat hiburan tersebut.

Hujah mereka, permohonan pusat hiburan itu diuruskan oleh Majlis Perlesenan Kerajaan Tempatan di bawah Majlis Daerah Kota Setar dan menurut mereka, PBT harus dipertanggungjawabkan memantau pusat-pusat hiburan berkenaan.

Ya, memang lesen operasi premis pusat-pusat hiburan itu diluluskan oleh Majlis Daerah. Tapi, kelulusan pusat-pusat hiburan itu tertakluk kepada dasar Kerajaan PAS Negeri Kedah yang menetapkan dasar tersebut!

Contohnya, jika sebuah restoran menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh dasar yang dibuat Kerajaan PAS Kedah, maka Majlis Daerah haruslah meluluskan restoran tersebut. Begitu juga yang berlaku kepada jenis perniagaan lain, termasuk pusat-pusat hiburan itu.

Jadi, Majlis Daerah dan PBT bukanlah pihak yang sewajarnya dipersalahkan seratus peratus.


Pihak yang sewajarnya dipersalahkan ialah Kerajaan PAS Negeri Kedah yang selama ini kononnya “buat kerja dengan cara Islam”. Kononnya Kerajaan PAS Negeri Kedah mengimarahkan Islam di Kedah dan hakikat yang berlaku adalah sebaliknya!

Sepatutnya, para blogger pro-PAS di Kedah menyalahkan kepimpinan Kerajaan PAS Negeri Kedah yang terdiri dari penentu dasarnya iaitu Menteri Besar, Azizan Razak, dan Exco Kerajaan Tempatan, Phahrolrazi Zawawi. Merekalah “Abu Jahal” besar dalam isu ini!

Selain itu, rakyat Kedah boleh menuding jari kepada Exco Agama Kerajaan PAS Kedah iaitu Taulan Rasul yang langsung tidak membantah ketika permohonan pusat-pusat hiburan itu dibuat.

Begitu juga dengan ADUN Alor Mengkudu, Dr. Ismail Salleh yang merupakan kawan karib Phahrolrazi yang dikatakan mahu menggulingkan Azizan. Sebagai ADUN dan pejabatnya hanya 1 kilometer dari House Bar, Dr. Ismail sepatutnya tahu tentang kemungkaran yang berlaku di kawasannya.

Saya ingin mencabar kepimpinan PAS Kedah untuk meletakkan Unit-Unit Amal PAS yang kononnya sebelum ini berlagak lebih berkuasa dari polis untuk mendirikan pondok kawalan di depan setiap pintu masuk pusat-pusat hiburan di Kedah dan memantau aktiviti-aktiviti di situ.

Lagipun, bukankah salah satu tugas Unit Amal PAS ialah “amru bil makruf wan nahyu anil mungkar”? Bila kemungkaran berlaku di depan mata dan berkait rapat dengan kelemahan pentadbiran PAS, apakah Unit Amal PAS buat tak tahu dan membisukan diri melihat dosa tersebut?

Usahlah disalahkan tauke-tauke pusat hiburan itu kerana mereka hanya cari makan dengan perniagaan tersebut. Lagipun, mereka bukan Islam dan tidak tertakluk kepada dosa dan pahala.

Sebaliknya, salahkanlah diri sendiri yang tidak tahu mentadbir dan gagal memastikan Islam terus membangun dan diimarahkan di Kedah.

Dulu, Kerajaan BN Kedah begitu bijak mengawal pentadbiran dan pembangunan Islam di Kedah, namun selepas PAS mentadbir selama 4 tahun, Kedah hampir lebih hebat dari Danok, bukan? Mungkin inilah yang dikatakan sebagai “negeri kebajikan” ala-ala PAS…

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

Dulu BN/Umno jaga kedah duit tak banyak masyuk tapi halal. Pas nak tunjukkan org kedah depa pandai memewahkan negeri. Halal haram hal kedua, yang penting masyukkk. Danuk mesti dikalahkan..

Takebeer!!!!!!

nonbal said...

unit amal pas???? piiiiirah, mereka hanya bengis dgn sesama islam, tunjuk berani sesama melayu saja. bila berdepan dgn musuh sebenar, kecut teloq masuk kedalam. ketahuilah, salah satu ciri khawarij ialah... mereka tegas dan keras kpd sesama muslim, tapi lembut lunak dan pengecut dgn kafir.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!