Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, July 30, 2012

PANASSS..!!! INI CARANYA PAKATAN HARAM TIPU RAKYAT MALAYSIA..!!!

tipu

Kalau benar-benar mahu memenangi hati rakyat, kononnya sesebuah kerajaan perlu menurunkan semua cukai, harga barangan dan segala keperluan atau kehendak rakyatnya. Mungkin itulah doktrin ekonomi negara Pakatan Haram.

Sekiranya mahu mendapatkan undi rakyat, sesebuah kerajaan juga perlu memberikan segala keperluan hidup kepada rakyat secara percuma dan menurunkan cukai kepada semua kehendak kepada paras seminimum mungkin.

Dalam ertikata lain, keperluan seperti pelajaran, makanan ruji, bekalan air, elektrik dan sebagainya perlu diberikan secara percuma.

Manakala kehendak rakyat seperti kereta, harga barangan runcit, petrol dan sebagainya perlu diturunkan harga dan cukainya sehingga di bawah paras RM1.

Pada saya, siapalah yang tidak mahu sekiranya segala keperluan hidup diberikan percuma dan menikmati harga petrol serendah RM0.50 seliter dan harga sebuah kereta serendah RM4,000?
Terus terang, saya pun mahu! Gilalah orang itu jika dia tidak mahu sesuatu yang percuma dan berharga semurah itu…

Jadi perkara-perkara seperti inilah yang dijanjikan oleh Pakatan Haram kepada rakyat Malaysia sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Harapan mereka, rakyat akan memilih mereka kerana “tawaran hebat” itu.

Namun jika difikirkan semasak-masaknya, apakah polisi atau dasar sebegitu akan menjamin sebuah negara yang membangun, maju dan mampu mengawal ekonomi dengan baik?

Prinsip ekonomi secara jelas menyatakan bahawa sistem atau polisi sebegitu akan membuatkan sesebuah negara itu muflis dengan begitu drastik. Tanpa sebarang pulangan atau pendapatan yang seimbang, sesebuah negara itu kekurangan dana dengan dahsyat.

Terlalu banyak memberi dan kehilangan sebilangan besar prospek-prospek pendapatan negara juga akan menyumbang ke arah pembinaan negara miskin yang akan dinafikan sebarang peluang pembangunan yang mungkin berlaku.

Rasanya, Pakatan Haram tahu dan sedar mengenai perkara ini. Cuma mereka terus memberikan harapan palsu dan menipu rakyat dengan “janji-janji bulan dan bintang” mereka demi mendapatkan undi.

Kalau mereka berjaya mentadbir, saya yakin 100% bahawa mereka takkan mampu melaksanakan segala janji-janji mereka. Siapa yang tertipu dan kecewa ketika itu kalau bukan rakyat?

Lebih perit, ada pula rakyat yang percaya dengan muslihat untuk mendapatkan undi tersebut tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya tertipu dengan “gula-gula politik” tersebut.

Maka mereka-mereka yang mengharap inilah yang akan turun ke jalanraya, tidur di atas jalan, mengibarkan bendera DAP, memaki hamun saudara seagama sendiri, mempercayai fitnah dan enggan mempercayai kebenaran!

Dalam ertikata lain, rakyat seperti inilah yang diperkudakan dan dimanipulasi mindanya oleh Pakatan Haram.

Setiap kali mereka cuba disedarkan, Pakatan Haram akan mengatakan mereka adalah antara golongan yang bijak berfikir untuk memilih pembangkang dan mereka tidak bodoh untuk memilih kerajaan yang kononnya korup dan banyak menyeleweng.

Padahal, Pakatan Haram sendiri dipimpin oleh “Raja” penyeleweng, salahguna kuasa, tidak bermoral, penipu besar, agen Yahudi dan bukti-bukti jelas menunjukkan bahawa dialah pengkhianat Islam, bangsa dan negara!

Namun dengan akal yang diperhebat dengan kelicikan syaitan, iblis serta pengaruh Yahudi, Pakatan Haram masih lagi dipercayai dan diharapkan segelintir rakyat yang dimanipulasi mindanya itu.

Kadangkala, saya sendiri agak “letih” untuk menjelaskan kepada mereka mengenai “modus operandi” Pakatan Haram yang cuma mahukan undi dengan menabur pembohongan dan perkara-perkara yang tidak realistik.

Selepas mereka “ditarbiyah”, mereka mengangguk bersetuju dengan hujah saya. Namun mungkin kerana “baiah” yang dibuat, mereka bagaikan “buta”, “pekak” dan “tuli” dari fakta-fakta yang menunjukkan betapa teruknya Pakatan Haram.

Namun apakan daya, saya terpaksa kuatkan diri dan memotivasi diri meneruskan perjuangan ini. Demi sebuah perjuangan yang belum selesai, saya fikir bahawa ramai lagi rakan-rakan yang setuju untuk kita terus berjuang menjelaskan agenda busuk Pakatan Haram.

Demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu, itulah perjuangan kita menentang sebuah kepalsuan ciptaan Pakatan Haram yang merosakkan segalanya…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!