Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, July 11, 2012

PANASSS..!!! FAKTA KETUANAN DAP YANG BUAT PAS DAN PKR TAK BOLEH TIDUR LENA..!!!

keldai dap

Nampaknya para pemimpin PAS dan PKR seolah-olah tidak percaya dengan desas-desus maklumat jangkaan yang menyatakan bahawa DAP akan bertanding di 90 buah kerusi Parlimen pada PRU ke-13 nanti.

Beberapa pemimpin Pakatan Haram seperti Dr Johari Mat dan Syed Shahir Syed Mohamud menganggap ia adalah propaganda pihak Barisan Nasional (BN) yang mahu menakut-nakutkan bangsa Melayu mengenai isu berkenaan.

Malah mereka juga menganggap dakwaan seperti itu adalah sesuatu yang amat mustahil untuk berlaku dan yakin bahawa DAP tidak akan meletakkan calon dengan jumlah tersebut.

Pada saya, ulasan para pemimpin Pakatan Haram berkenaan isu tersebut jelas menunjukkan mereka tidak peka dengan perkembangan semasa dan seolah-olah tertipu dengan cara lama yang tidak sedar tentang pergerakan rakan sekutu mereka itu.

Lagi pula, mereka yang memberi kenyataan itu bukanlah pemimpin utama parti yang bertikam lidah di dalam mesyuarat Pakatan Haram di mana setiap parti di dalam gabungan haram itu bertengkar mahu jumlah kerusi yang lebih.

Johari Mat dan Syed Syahir bukan pemimpin utama, mereka hanyalah senator Dewan Negara yang dilantik sahaja. Saya yakin, boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia yang tidak pernah dengar nama mereka, bukan? Mungkin mereka ini spesis “katak di bawah tempurung”?

Sekiranya mereka melihat kepada sistem daftar pemilih pilihanraya yang terkini, mungkin mereka akan terkejut melihat pertambahan drastik yang tinggi dari kalangan para pengundi Cina di merata-rata kawasan di seluruh negara.

Bukankah DAP merupakan “johan” yang mendaftarkan jumlah pengundi baru paling ramai?

Seterusnya, “kuda-kuda kayu” PAS dan PKR yang tidak sedar diri itu perlu merujuk kepada statistik pemindahan kawasan mengundi di seluruh negara. Boleh dikatakan bahawa kawasan parlimen yang dimenangi oleh DAP dengan majoriti yang besar pada PRU 2008 dulu akan menyusut.
Kemana perginya nama-nama pengundi Cina itu?

Menurut maklumat, para pengundi Cina tersebut dipindahkan kawasan mengundi mereka di kawasan yang berpotensi untuk memberi kemenangan kepada calon-calon DAP. Ia dikhabarkan dibuat secara berkala pada setiap tiga bulan bermula selepas tahun 2008 lagi.

Cuba bayangkan berapa jumlah pengundi DAP dalam jarak masa tersebut yang telah berjaya dipindah kawasan mengundi mereka dan dicampur pula dengan jumlah pengundi baru dari DAP yang berjumlah ratusan ribu!

Rasanya puak-puak PAS dan PKR perlukan kalkulator untuk mengira jumlahnya.

Berdasarkan statistik dan bilangan pengundi itu jugalah DAP berani “demand” lebih kerusi Parlimen untuk diberikan kepada mereka pada PRU ke-13 nanti. Dan berdasarkan fakta itulah yang menyebabkan para pemimpin utama PAS dan PKR yang bermesyuarat terkedu tidak melawan!

DAP boleh mengugut PAS dan PKR sekiranya kedua parti itu tidak bersetuju dengan permintaan mereka, DAP boleh keluar dari Pakatan Haram serta merta dan menamatkan impian Anwar untuk menjadi PM dan PAS menjadi menteri kabinet.

Mahu atau tidak, PKR dan PAS dilihat tidak mempunyai pilihan lain selain dari bersetuju dengan DAP.

Itu belum lagi disebut mengenai gerakan DAP yang memancing ramai golongan Melayu untuk menyertai parti itu dengan menggula-gulakan mereka untuk dijadikan calon parti itu pada PRU ke-13 nanti. DAP mampu menang tanpa PAS dan PKR, dan parti itu mampu membentuk kerajaan!

Hakikatnya, perkara itulah yang tidak disedari oleh para pemimpin PAS dan PKR diperingkat bawahan dan diberikan sedikit jawatan kecil untuk diperbodoh-bodohkan secara naif. Agak menyedihkan, mereka termakan dengan “umpan” tersebut.

Begitulah sikap para pemimpin PAS dan PKR yang hanya menyokong Pakatan Haram secara membuta tuli dan malas untuk mencari maklumat sendiri. Golongan sepertinya begitu mudah “dikeldaikan” oleh rejim DAP. Tak hairanlah jika mereka sanggup tidur atas jalan kerana DAP!

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Telebih Sudah said...

Salam perjuangan. Mohon dipautkan blog saya di blog hebat ini. Blog anda telah dipautkan.

http://assassincyber.blogspot.com

TQ

Bila Kak Su Bersuara... Heh!