Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, July 3, 2012

PANASSS..!!! AMOI INI PUNCA GANGGUAN SEKSUAL DALAM KERETAPI..???!!!

Marah! 
Begitulah reaksi pengguna keretapi bawah tanah khususnya golongan wanita di sini kepada pihak pengurusan kereta api Shanghai Metro apabila mereka diminta memakai pakaian lebih sopan di khalayak umum.

Segalanya bermula apabila pihak pengurusan keretapi tersebut memuatnaik foto salah seorang pengguna keretapi berkenaan ‘yang dikesan’ memakai pakaian yang terlalu seksi ke sebuah laman web.

Tidak cukup dengan itu, pihak pengurusan keretapi tersebut juga mengeluarkan kenyataan;

"Adalah sangat menghairankan sekiranya anda TIDAK DIGANGGU jika berpakaian seperti ini di dalam keretapi bawah tanah". 

‘Niat murni’ syarikat pengurusan keretapi tersebut ternyata mengundang kritikan pedas.
Antara komen yang dilemparkan termasuklah;

Perempuan berhak memakai apa yang mereka pilih!

Kalau begitu, adakah kami berhak diganggu jika kami berbikini di kolam renang?

Tak cukup dengan itu, ada juga yang mengadakan protes di stesen keretapi berkenaan.


Antaranya dua wanita ini. Dengan menutup wajah mereka dengan kain tudung, mereka memegang sepanduk yang berbunyi;

"Saya boleh seksi dan anda tidak berhak mengacau saya".

"Katakan TIDAK kepada lelaki ‘kotor’".

Menurut salah seorang daripadanya yang hanya mahu dikenali sebagai Xiangji, sebagai wanita, mereka mempunyai kebebasan dan pilihan untuk memakai pakaian yang mereka suka.

Seorang pengguna wanita yang ingin dikenali sebagai Tian Wei, 26, berkata, berpakaian seksi dan gangguan seksual adalah dua perkara yang berbeza.

” Saya pernah dicabul di dalam keretapi…tetapi saya bukanlah seksi ketika itu, malah saya memakai jaket tebal kerana musim sejuk, ini menunjukkan kalau kita berpakaian sopan pun kita masih boleh jadi mangsa,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna lelaki berkata, adalah sangat menjengkelkan bila melihat penumpang wanita yang berpakaian tidak senonoh seperti mana yang sering berlaku di stesen keretapi tersebut.

” Untuk mengelak daripada dikatakan ‘gatal’, selalunya saya hanya menundukkan muka atau pun paling tidak, buat-buat lihat telefon bimbit saya,” kata.- Mynewshub.my

1 comment:

Anonymous said...

ayat katakan tidak pada lelaki kotor teringat aku kat kaki taik lobang kunyit...

pejuang hamas...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!