Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, July 10, 2012

NEELOFA BERTUDUNG, PERLU SERTAI PAS UNTUK DIIKTIRAF "ISLAM"...!!!



Aishah dan Abby Abady sudah diiktiraf "berhijrah" dan "memeluk Islam" apabila menyertati PAS. Biasalah, selagi tak sertai PAS, selagi itulah artis itu akan dianggap serong dan tidak Islamik oleh parti agama PAS PIS PUS tu...

Kali ni, aku nak kasi tahu..awek aku Neelofa tu pergi menunaikan umrah. Cun giler bila aku tengok Neelofa bertudung...sejuk je mata memandang...

Tapi sayangnya, selagi Neelofa tak sertai PAS, selagi itulah PAS tak iktiraf dia...Neelofa perlu naik sepentas dengan Aishah dan Abby Abadi bersama PAS maka barulah dia diiktiraf "Isle.."

Begitulah PAS dengan agama PAS PIS PUSnya....heh!

Neelofa Manis Bertudung Mengerjakan Umrah

Sedang industri hiburan tanah air masih lagi panas dengan cerita kontroversi antara Neelofa dan Anzalna, artis yang cantik molek, Neelofa telah berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah.

Neelofa mengambil peluang keemasan itu kerana pada masa yang sama dia sedang menjalani sesi penggambaran yang melibatkan beberapa lokasi di sana.

Selain menampilkan Neelofa, ‘Kau Yang Terindah’ drama 26 episod di bawah arahan Erma Fatima turut menampilkan pelakon kacak bergaya, Nazim Othman dan beberapa lagi pelakon tanah air termasuk Hafil Andrio pelakon dari Indonesia.

Penulis mendapat maklumat yang drama berkenaan akan bersiaran selepas tamat drama bersiri ‘Dejavu Di Kinabalu’ yang kini masih lagi ditayangkan di TV3.

Selain itu, penulis ingin berkongsi beberapa gambar yang dimuat naik oleh Neelofa menerusi laman sosial miliknya.

Kelihatan manis riak wajah Neelofa bertudung semasa berada di sana.



Semoga Neelofa akan terus bertudung apabila pulang di Malaysia di tambah dengan sokongan dari peminat-peminat yang inginkan dia kekal bertudung. - Mynewshub.my

2 comments:

tok gajah said...

Salam tuan empunya blog,

Tok mohon pertukaran link:

http://tokgajah46.blogspot.com

terima kasih

Anonymous said...

Parti Artis SeMalaysia (PAS)

Syarat taubat ada 4 iaitu :
1- Meninggalkan perbuatan maksiat
2- Menyesal di atas perbuatan yang lalu.
3- Bertekad tidak akan kembali lagi kepada maksiat tersebut.
4- Benci terhadap perbuatan maksiat itu.

Anda lihatlah dalam mana-mana kitab pun tidak dinyatakan syarat kelima iaitu masuk PAS.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!