Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, July 24, 2012

MESTI BACA..!!! BILA DEWI PUJAAN PAS MENGAMOK SAKAN..!!! HEH!

teresa komunis

Rasanya, boleh dikatakan ramai pemimpin Pakatan Haram yang melenting dan marah-marah apabila Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin menyatakan bahawa pihak pembangkang diresapi unsur JI dan komunis.

Terkini, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menyuarakan kemarahannya dengan mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisyamuddin Tun Hussien mengarahkan agar Mohd Sofian menarik balik kenyataan tersebut.

Kata Teresa, kenyataan Mohd Sofian itu adalah kononnya satu pembohongan tanpa bukti kukuh yang menyokong kenyataan mewakili pihak Polis DiRaja Malaysia  (PDRM) untuk memburuk-burukkan pihak Pakatan Haram.

Sebenarnya, saya langsung tidak terkejut dengan kenyataan Mohd Sofian itu memandangkan jika kita amati sikap, ciri-ciri dan kecenderungan yang ada pada Pakatan Haram jelas menunjukkan bahawa mereka begitu sinonim dengan kumpulan militan JI atau Komunis.

Lebih tepat lagi, PAS mirip kepada gerakan kumpulan militan JI, manakala DAP pula dilihat begitu bersemanngat membawa sifat chauvinis ultra kiasu yag begitu tebal pada Chin Peng dan pasukan komunis yang diketuainya suatu ketika dahulu.

Menurut sejarah, beberapa siri rundingan penting yang diadakan di antara para pemimpin Kerajaan Malaysia dengan Chin Peng sebelum ini menunjukkan bahawa pihak pengganas tersebut bersetuju untuk meletak senjata dan beberapa pemimpin mereka diusir keluar dari negara ini.

Mereka termasuklah Chin Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan sebagainya. Faktanya terpahat di dalam lipatan sejarah dan boleh diperoleh dengan mudah di dalam buku teks di sekolah.

Namun untuk pengetahuan semua, ideologi dan perjuangan komunis tidak tamat dengan perletakan senjata itu dan ia masih tebal di sanubari di kalangan pengganas-pengganas yang berpura-pura insaf dan dibenarkan kekal di Malaysia.

Menurut sumber, seramai lebih dari 2,000 orang penyokong komunis masih lagi meneruskan perjuangan pengganas itu di negara ini secara diam-diam dan difahamkan bahawa mereka sering bertemu dengan Chin Peng di Thailand secara berterusan.

Selain itu, difahamkan juga bahawa dianggarkan seramai lebih 1,500 para penyokong komunis pernah menghadiri majlis hari jadi Chin Peng yang diadakan di Thailand beberapa tahun dulu.

Begitu juga jika diliha dari sudut gerakan JI yang dikatakan sangat mirip kepada gerakan Allahyarham Ibrahim Libya yang dipesongkan mindanya oleh PAS untuk menghalalkan darah para penyokong UMNO/BN pada suatu ketika dahulu sehingga mengundang tragedi Memali.

Begitu juga dengan gerakan ekstrimis Al-Maunah yang berjaya dihidu awal oleh pasukan PDRM yang pernah dikaitkan dengan dakyah PAS yang menimbulkan kebencian melampau kepada kerajaan Malaysia.

Melihat kepada sikap dan cara pemerintahan Ketua Menteri Pulau Pinang dan pendirian DAP mengenai beberapa isu membabitkan Islam dan ketuanan Melayu, kita akan dapat melihat dengan mudah bagaimana perjuangan parti itu amat mirip kepada ideologi komunis.

Begitu juga dengan beberapa siri keganasan jalanan yang ditunjukkan oleh PAS, khususnya ketika himpunan Bershit di mana begitu ramai para penjawat awam yang menjaga keselamatan telah diserang dan dicederakan sehingga parah.

Lagipun, saya berpendapat bahawa kreadibiliti siasatan pihak PDRM lebih boleh dipercayai berbanding kenyataan para pemimpin Pakatan Haram yang hany bercakap berdasarkan politik semata-mata tanpa fakta.

PDRM sudah tentu menjalankan kajian dan siasatan terperinci selama bertahun-tahun sebelum mengutarakan sesuatu mengenai kegiatan subversif yang mampu menggugat keamanan dan kestabilan negara.

Memang itu kerja PDRM dan mereka mempunyai “special task force” yang ditubuhkan semata-mata untuk mencari maklumat berbentuk “underground” seperti itu. Jadi, takkanlah mereka sengaja mengada-adakan cerita pula?

Berbanding Teresa Kok dan para pemimpin Pakatan Haram lain yang “melatah”, rasanya mereka sendiri panik apabila dikaitkan dengan gerakan subversif pengganas di dalam parti mereka telah berjaya dihidu dan rekod-rekodnya berada di Bukit Aman.

Di dalam keadaan panik, maka mereka terpaksa sekali lagi memburuk-burukkan kreadibiliti PDRM untuk menafikan sesuatu kebenaran mengenai “rahsia gelap” mereka. Modalnya hanyalah kenyataan menuduh PDRM berbohong, itu saja hujah yang mereka ada.

Persoalannya, bolehkah alasan “berbohong” itu menafikan bukti berfakta kukuh yang ada pada PDRM?

Nasihat saya, jika Pakatan Haram terdesak sekalipun, carilah alasan yang lebih konkrit. Alasan “berbohong” begitu rasanya terlalu lemah dan hanya ditahap daya pemikiran budak-budak PASTI saja.

Boleh Pakatan Haram kemukakan bukti-bukti kukuh menafikan kenyataan PDRM itu? Kalau boleh, barulah Hisyamuddin boleh arahkan PDRM tarik balik kenyataan Mohd Sofian itu, kan?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!