Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, July 30, 2012

MASA UNTUK UMNO KENAL PASTI SIAPA YANG SETIA PADA PERJUANGAN...

lajim

Baru-baru ini dunia politik negara sekali lagi digegarkan dengan tindakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin melepaskan semua jawatannya di dalam UMNO, tapi sengaja tidak meletak jawatan di dalam kabinet Malaysia.

Selain itu, dia juga bersama 2 – 3 orang pemimpin BN Sabah juga dikatakan bakal menganjurkan sebuah majlis yang dikatakan menyokong Pakatan Haram di negeri bumi kenyalang itu dan menjemput Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormatnya.

Tindakan tersebut disambut riang gembira oleh ramai pemimpin Pakatan Haram, khususnya Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Tian Chua dan ramai lagi. Kononnya, Lajim Ukin merupakan “perintis” perubahan di Sabah.

Memandangkan Lajim Ukin sengaja tidak meletak jawatan di dalam kabinet, maka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan akan mengumumkan mengenai kedudukan Ahli Parlimen Beaufort itu pada Isnin, 30 Julai ini.

Jika saya mengikut kata hati yang panas terhadap Lajim Ukin dan tindakannya itu, rasanya kemarahan saya itu tidak sampai ke mana. Marah atau tidak, dia tetap akan berkhianat kepada UMNO dan BN sesuka kehendak hatinya.

Bagaimanapun, di sebalik insiden pengkhianatan Lajim Ukin itu, saya merasa cukup bersyukur bila direnung tentang hikmah yang tersirat di mana akan berkuranglah seorang pemimpin yang boleh dikatakan tidak ikhlas di dalam perjuangan UMNO.

Inilah masanya kita mahu menilai dan melihat tentang siapa kawan dan siapa lawan, siapa setia dan siapa pengkhianat, siapa ikhlas dan siapa berkepentingan, serta siapa yang benar-benar bersama UMNO/BN dan siapa yang benar-benar “musuh di dalam selimut”!

Dalam ertikata lain, pada saya, seseorang yang bersifat “oppoturnis”, khianat, tidak ikhlas, tidak tetap pendirian dan tidak setia pada perjuangan tidak layak untuk berada di dalam UMNO, apatah lagi berjawatan besar dan menjadi pemimpin UMNO Bahagian atau kabinet Kerajaan.

Justeru itu, tindakan Lajim Ukin itu sekurang-kurangnya akan mengurangkan lagi bilangan pengkhianat yang sedang bersembunyi di dalam UMNO dan merosakkan parti keramat itu dari dalam.

Sesungguhnya kita menyedari bahawa UMNO itu tetap bersih dan gagah.

UMNO selama ini cuma dikotorkan oleh para pemimpinnya yang tidak berguna serta merosakkan seperti Anwar Ibrahim, Lajim Ukin dan ahli-ahli PKR yang dulu merupakan golongan yang kecewa dan opportunis selain mempunyai kepentingan agenda diri sendiri di dalam perjuangan mereka.

Sekiranya dilihat dari sudut sejarah misalnya, Anwar Ibrahim dahulu dilihat cukup berwibawa, bersih dan mempunyai pengaruh yang cukup kuat di dalam UMNO dan di kalangan anak-anak muda ketika itu.

Namun setelah dilondehkan satu persatu bersama bukti-bukti yang sangat menyakinkan, maka jelaslah Anwar lebih molek jika dilihat sebagai “syaitan yang bertopengkan manusia”, berselindung di sebalik ayat-ayat Al-Quran yang dia sendiri tidak amalkan.

Saya sebenarnya sangat bersyukur kepada Allah setelah Anwar dikeluarkan dari UMNO dan dia tidak lagi mampu merosakkan UMNO dari dalam. Begitu juga perihalnya dengan Lajim Ukin dalam pengkhianatan terbaru ini.

Saya suka melihat seorang yang tidak mampu lagi menyembunyikan pengkhianatannya untuk terus berada di dalam UMNO dan merosakkan imej parti keramat yang selama ini mentadbir negara dengan baik serta menjaga kebajikan rakyat mengikut garis norma yang terbaik.

Terima kasih saya ucapkan kepada Lajim Ukin di atas perletakan jawatannya itu dan sekurang-kurangnya para ahli UMNO serta kepimpinan parti di Beaufort tidak perlu bersusah payah untuk menendang pengkhianat parti itu keluar dari parti pada pemilihan agung UMNO yang akan datang.

Mengenai jawatannya di dalam kabinet, rasanya lebih afdhal jika kita serahkan segalanya kepada Datuk Seri Najib untuk menguruskannya dan saya percaya bahawa beliau cukup bijak untuk menyelesaikan perkara sekecil itu.

Kes “precedent”nya sudah ada. Anwar dahulu berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan dilucutkan jawatannya atas pengkhianatannya, inikan pula seorang yang hanya berjawatan Timbalan Menteri. Rasanya mudah sangat untuk “dibungkuskan”…

Saya cadangkan agar semua rakan orang UMNO tidak melatah dalam hal ini dan bertepuk tangan dengan pemergian pengkhianat parti yang tidak diperlukan ini.

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

makin cepat umno akn berkubur

Anonymous said...

Dah kenyang tak dapat lagi, itu baru khianat.Selagi kenyang,berkongsi2 sesama sendiri,bab perjuangkan rakyat setempat,boleh tutup sebelah mata (tunggu jer time mengundi nanti tahu ler nasib mereka,kata orang kampung).Selagi ada masyuk, mewah, berkuasa,boleh cover hutang,buat apa nak khianat.Kalau tak nak kena khianat,kena dgr ler cakap dan kehendak otai2 .Kalau nama tak di pilih lagi,ats nama kroni dan ahli keluarga.Baru ler khianat

Bila Kak Su Bersuara... Heh!