Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, July 30, 2012

MAHFOOZZSS PEDASSS..!!! MAHFUZ TAKUT PADA GANDINGAN MANTAP UMNO KEDAH..!!!


NAMPAKNYA Mahfuz Omar semakin hari semakin gerun apabila mengetahui bahawa UMNO semakin mendapat tempat di hati rakyat, manakala PAS semakin berantakan dan teruk bergaduh sehingga ada yang mahu menggulingkan Menteri Besar.

Hakikat yang berlaku di negeri Kedah membuatkan Naib Presiden PAS itu benar-benar takut dan mengelabah sehingga membuat dia terpaksa berbohong menimbulkan persepsi buruk terhadap beberapa tokoh pemimpin UMNO di negeri Kedah.

Baru-baru ini Majlis Profesor Negara mendedahkan bahawa UMNO/BN berpeluang cerah untuk merampas Kedah kembali berdasarkan kajian menyeluruh yang dijalankan oleh badan tidak berpihak tersebut.

Faktanya menunjukkan bahawa nama-nama tokoh seperti Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah, Datuk Seri Jamil Khir dan Datuk Seri Mahadzir Khalid benar-benar diharapkan rakyat untuk mengembalikan pentadbiran di negeri itu.

Mendengar pendedahan tersebut, maka sebagai Ahli Parlimen PAS paling bengap dan tidak mampu mengawal mulutnya, Mahfuz terpanggil untuk mengulas mengenai keputusan kajian tersebut.
Katanya, keputusan kajian itu bakal memporak-perandakan UMNO Kedah ekoran kononnya karier Mukhriz akan terkubur sekiranya dia dilantik menjadi Menteri Besar Kedah kelak.

Mahfuz mendakwa populariti Mukhriz di Kedah bakal menjadikan anak mantan Perdana Menteri itu sebagai Menteri Besar negeri itu dan mendahului tokoh-tokoh pemimpin UMNO yang lebih senior berbanding diri beliau.
Pada saya, dakwaan Mahfuz itu seolah-olah dia tidak tahu fakta sebenar mengenai kekuatan keempat-empat tokoh tersebut dan kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS itu tidak berpaksi kepada realiti kebenaran yang sebenar.

Sebenarnya, UMNO di Kedah memang berada ditahap paling mantap sejak tewas pada PRU ke-12 kira-kira empat tahun yang lalu di mana Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri itu memiliki kekuatan yang cukup sempurna.

Sebagaimana maklum, Datuk Paduka Ahmad Bahshah merupakan pemimpin yang paling lama menjawat jawatan ADUN di negeri itu, tidak pernah kalah dan sangat berpengalaman di dalam dunia politik Kedah.

Dipercayai dengan kekuatan beliau itulah maka Ahmad Bashah dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berbanding pemimpin yang lain.

Timbalan Pengerusi UMNO Negeri itu pula disandang oleh Datuk Mukhriz Mahathir dan sebagaiamana yang kita ketahui bahawa beliau merupakan ikon paling hangat, dihormati dan digemari oleh golongan muda di negeri itu.

Datuk Seri Jamil Khir pula merupakan seorang yang memiliki ketinggian ilmu agama dan ilmuwan Islam sepertinya amat dihargai dan disegani oleh rakyat Kedah.

Manakala Datuk Seri Mahadzir Khalid pula merupakan bekas Menteri Besar Kedah yang banyak mengetahui soal selok belok pentadbiran kerajaan dan maklumat-maklumat dalaman kerajaan negeri Kedah.

Justeru itu, dengan gabungan keempat-empat tokoh inilah maka UMNO Kedah dilihat semakin gagah dan mendapat kepercayaan rakyat yang mahu kerajaan BN kembali mentadbir di negeri itu.

Apatah lagi melihat prestasi Kerajaan PAS Kedah yang tidak tahu serba-serbi dan hanya tahu “merompak” hasil sumber alam negeri tanpa menjana ekonomi, membuatkan rakyat semakin serik dan meluat pada para pemimpin PAS, termasuk Mahfuz yang malas balik kawasan.

Pada saya, kenyataan Mahfuz itu sebenarnya adalah untuk menyembunyikan ketakutannya untuk kehilangan Kedah dan menutup kepincangan serta pepecahan dalaman PAS yang semakin meruncing bagaikan “telur di hujung tanduk”.

Justeru itu, rasanya tak payahlah Mahfuz cuba “memporak peranda”kan UMNO di Kedah kerana setahu saya sememangnya kesemua pemimpin UMNO di negeri itu sedang ketawa besar melihat kebodohan Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mereka tahu, sekiranya UMNO/BN tidak menang di Kedah, bagaimana pula Najib mahu melantik Menteri Besar dari kalangan  mereka, kan?

Sebenarnya, para pemimpin UMNO/BN di Kedah tidak pernah kisahkan pun tentang siapa yang bakal menjadi Menteri Besar di negeri itu kelak kerana mereka sedang bekerja bersungguh-sungguh untuk menawan Kedah kembali dari PAS.

Para pemimpin UMNO Kedah sedang berusaha menyelamatkan Kedah dan rakyatnya demi memastikan kesejahteraan di negeri itu kembali setelah kehilangan dan disusahkan oleh kebobrokan puak-puak yang sebodoh Mahfuz Omar!

Sumber: Perak Today

2 comments:

Anonymous said...

betuiii tu, pas bukan sedar selama ini depa tak pernah memerintah kedah,tapi pada 2008 tu depa dah lupa bahawa org2 melayu dan org umno lah yang kepak pimpinan paklah di peringkat malaysia dan kepak det kalid di peringkat negeriiiiiiiiiii

Anonymous said...

kah...kah...kah!...,betoi-betoi tepah hang hentam batang hidung mamat ni. ingat-ingat lah pengundi kawasan Pokok Sena hampa semua jangan buat salah lagi.bukan PAS dulu,tetapi la ni jadi pecacai orang kerana terlalu tebal perasaan hasad dengki mereka. ingatlah negara IROQ, MASIR,IRAN dan sekarang ini SYIRA pula dajjal-dajjal sedang memusnahkan kedamaian melalui tali barut mereka dinegeri-negri ini.harapan saya supaya tuan&puan buka minda sikit dan celek mata.walaupun negeri kecil tetapi Islam yang kita anuti menjadi contoh pada mereka.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!