Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, July 29, 2012

KUBAH MASJID ROBOH DI KELANTAN TANDA BALA UNTUK NIK AZIZ..?


MASIH terngiang-ngiang di telinga saya mendengar tohmahan puak-puak PAS yang mendakwa bahawa peristiwa sebuah kubah masjid yang roboh menyembah bumi di Port Dickson pada sekitar pertengahan tahun lalu adalah tanda kemurkaan Allah kepada Kerajaan UMNO/BN Negeri Sembilan.

Habis dimaki hamunnya UMNO/BN yang didakwa kononnya mengamalkan amalan rasuah dan menzalimi rakyat di negeri itu menjadi punca kepada peristiwa tersebut.

Begitu juga dengan peristiwa bumbung stadium Sultan Zainal Abidin yang tiba-tiba roboh tempohari, maka gegak gempitalah puak-puak ini ini berbunyi menyatakan bahawa Allah murka kepada Kerajaan UMNO/BN di Terengganu pula.

Tidak cukup dengan tuduhan begitu, berpandukan kitab suci agama PAS karangan Shahnon Ahmad, “Shit!”, puak-puak PAS dan PKR mencaci dan melemparkan pelbagai carutan terhadap kepimpinan UMNO/BN di negeri itu.

Namun kali ini, peristiwa yang sama berulang sekali lagi yang melibat sebuah kubah masjid telah tercabut dan berpusing-pusing beberapa kali sebelum jatuh ke bumi di halaman masjid, akibat dipukul ribut yang melanda.

Peliknya, peristiwa berkenaan berlaku di Kelantan, sebuah negeri pimpinan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang dikatakan setaraf dengan para nabi!

Saya tertanya-tanya, apa pula kata puak-puak PAS mengenai peristiwa yang berlaku di Masjid Mukim Padang Pauh, Pasir Mas, itu?

Apakah puak-puak PAS tidak mahu menyalahkan kepimpinan “Tok Guru” Nik Aziz Nik Mat dan memaki hamun ustaz tua itu semahu-mahunya?

Apakah puak-puak ini  yang mahu ke Putrajaya tidak mahu menuduh bahawa peristiwa itu adalah satu bala dari Allah SWT terhadap tindakan PAS yang memperdagangkan agama Allah demi kerakusan kuasa dan nafsu politik mereka?

Mengapa tidak berani bersuara begitu?

Apakah puak-puak PAS itu takut kemurkaan “nabi” PAS itu dan risau sekiranya “tiket ke syurga” mereka ditarik balik atau dibatalkan?

Saya berpendapat bahawa kami orang-orang UMNO tidak akan pendek akal, bebal, jumud dan bodoh untuk menghukum peristiwa itu sebagai bala atau ujian dari Allah.

Kami sedar bahawa hanya Allah saja yang tahu tentang hikmah di sebalik kejadian kubah runtuh di Kelantan itu dan menyerahkan kepada Allah saja yang lebih layak untuk menghuraikan hikmah sebenar kejadian tersebut.

Pada pandangan saya, peristiwa itu adalah satu petanda bahawa Kerajaan PAS Negeri Kelantan tidak mengambil berat tentang rumah Allah SWT yang menjadi pusat utama anak-anak qariah beribadah dan mengamal muamalah Islam di situ.

Apa yang perlu ialah saya menasihatkan agar PAS, khususnya Kerajaan PAS Negeri Kelantan pimpinan Nik Aziz Nik Mat bermusahasabah atas peristiwa tersebut dan berfikir tentang sebab atau punca kejadian itu.

Sebagai langkah pertama, Kerajaan PAS Negeri Kelantan perlu memperbaiki masjid tersebut seberapa segera bagi keselesaan ibadah anak qariah terbabit.

Kemudian, perbaikilah masjid itu dan masjid-masjid yang sedia ada di Kelantan

Masjid-masjid berkenaan dibina ketika di zaman pemerintahan Kerajaan UMNO/BN kira-kira lebih 22 tahun dahulu dan sudah semestinya ia sudah uzur struktur bangunannya dan perlu diselenggara dengan sebaik mungkin.

Nak diharapkan Kerajaan PAS Negeri Kelantan? Kerajaan pimpinan Mursyidul Am PAS itu hanya merekodkan pembinaan sebanyak 2 buah masjid saja sepanjang 22 tahun pemerintahannya di negeri Serambi Mekah itu.

Mungkin Nik Aziz lebih berminat membina rumah berhala terbesar di Asia Tenggara di Kelantan berbanding mendirikan rumah ibadat umat Islam yang menjadi masyarakat majoriti di negeri itu.

Rasanya, mungkin Nik Aziz cuba mereformasikan Kelantan dari gelaran Serambi Mekah kepada gelaran baru, Serambi Patung Buddha?

Apa pun, rasanya rakyat Kelantan yang dikatakan begitu kuat pegangan dan prinsip agamanya perlu membuka mata mengenai keutamaan dan fokus pembangunan Islam di negeri Kelantan, khususnya di bawah pentadbiran PAS.

Kelantan kini kononnya hebat dengan pemimpin spiritual, tapi menjadi “johan” pesakit AIDS paling ramai di Malaysia. Masjid pun hampir tidak dibina. Jadi, apa hebatnya Islam di Kelantan di bawah pentadbiran PAS? Ayuh tukar kepada yang lebih baik..!!

Sumber: Perak Today

1 comment:

Anonymous said...

Keraja Nik Aziz dah jadi ejen Setan (cz setan boleh berkawan) bala lah yang menimpa Kelantan. Kubah mesjid jatuh depan mata ahli qariah dalam keadaan yang cukup pelik.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!