Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, July 18, 2012

Krisis Air Selangor: Antara Kepentingan Rakyat Dan Politik



Penulis percaya bahawa rakyat Selangor kini di dalam keadaan yang tertekan, gelisah, meradang dan mungkin ada yang tidak dapat mandi pagi sebelum ke pejabat ekoran bekalan air bersih di negeri itu sering ‘putus-putus’ serta tidak menentu keadaannya.

Kadang-kadang ada air, kadang-kadang airnya mengalir begitu perlahan dan kadang-kadang bekalan air terputus langsung!

Risik punya risik, rupanya bekalan air bersih di Selangor terganggu berpunca dari kurangnya bekalan air terawat di negeri itu di mana beberapa empangan utama yang selama ini menjadi sumber bekalan air menunjukkan penurunan paras air yang ketara.

Malah ada di antara empangan tersebut yang mencatat bacaan negatif dan puratanya kurang dari 20 peratus simpanan air terawat yang sepatutnya menjadi penanda aras mininum atau kritikal.

Selain itu, permintaan bekalan dan penggunaan air meningkat secara mendadak oleh hampir sejuta penduduk di beberapa kawasan seperti di daerah Petaling, Klang, Kuala Lumpur dan Hulu Langat, turut menyumbang kepada penyusutan loji penyimpanan air.

Berdasarkan sejarah krisis air 1998 yang melanda Selangor, Kerajaan Persekutuan telah membuat kajian khusus mengenainya dan menjangkan ia bakal berulang sekali lagi pada tahun 2014.


Untuk menjamin keadaan tersebut diatasi dengan baik, kajian menyeluruh dan persediaan rapi dilakukan bagi memastikan bekalan air di Selangor terjamin.

Justeru itu, Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan untuk membiayai sepenuhnya pembinaan sebuah loji rawatan air di Hulu Langat (Langat 2) bernilai RM3.936 bilion pada tahun 2005.

Namun rancangan untuk memastikan krisis air Selangor yang dihadapi pada tahun 1998 itu tidak tercapai apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri dan enggan meneruskan projek demi rakyat Selangor itu.

Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim yang tiada pengalaman mengendalikan industri air itu mahu kontrak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dihentikan dan beliau mahu Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor mengendalikan urusan tersebut sepenuhnya.

Khalid memberi alasan SYABAS gagal melaksanakan perbelanjaan modal syarikat dan menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) sebanyak 20 peratus mengikut perjanjian konsesi.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua turut terlibat memburuk-burukkan imej SYABAS di mana tindakan beliau itu membuatkan syarikat itu mengheretnya ke Mahkamah atas tuduhan memfitnah.

Tony didapati bersalah atas tuduhan memfitnah SYABAS dan diperintahkan untuk membayar sebanyak RM200,000 kepada syarikat itu, namun beliau ‘bijak’ meminta simpati rakyat untuk tolong bayarkan saman fitnah yang dilakukan secara peribadi itu.

Sedang pertikaian dan keengganan Khalid yang memberikan ‘jutaan’ alasan untuk menggagalkan pembinaan Loji Langat 2 tersebut, beliau tidak sedar tentang kehidupan rakyat Selangor yang sedang diancam catuan air di negeri di bawah tanggungjawabnya itu.

Paling melucukan, Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar mencadangkan agar rakyat Selangor dibekalkan dengan air yang bersumberkan bekas-bekas lombong di sekitar negeri tersebut.

Setelah pasir dikaut secara tidak terkawal dan mengakibatkan Selangor berwajah baru dengan kawah-kawah tinggalan lombong pasir seperti permukaan bulan, maka Khalid mahu rakyat di negeri itu minum pula saki-baki airnya?

Lagipun, masalah kecil seperti kerja-kerja pengutipan sampah pun Khalid tidak mampu uruskan dengan baik, inikan pula beliau mahu menguruskan sesuatu yang lebih kronik dan melibatkan keperluan asas bagi kelangsungan kehidupan rakyat di Selangor.


Bukanlah mahu memperlekehkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu, namun dengan segala masalah yang tidak terungkai di Selangor, sewajarnya beliau tidak membebankan diri untuk memikirkan tentang pengurusan air.

Apa salahnya beliau membenarkan pembinaan Loji Langat 2 itu tanpa sebarang syarat yang tidak masuk akal dan tidakkah boleh beliau ikhlas dengan mengenepikan muslihat politik demi kebajikan rakyat di negeri Selangor?

Bukankah pembinaan Loji Langat 2 itu tidak membabitkan walau RM1 pun dari Kerajaan Negeri Selangor dan salahkah sekiranya Menteri Besar Selangor itu mendahulukan kepentingan hidup rakyat berbanding kepentingan politik?

Penting sangatkah politik di mata Khalid sehingga menafikan pembinaan Loji Langat 2 dan sekaligus mengancam kehidupan rakyat di negeri pimpinannya yang kini berhadapan dengan catuan dan krisis air yang meruncing?

Mungkin para pegawai khas Khalid tidak akan membiarkan rumah kediamannya sekeluarga terputus bekalan air, tapi bagaimana pula dengan rakyat yang tidak mempunyai status sepertinya? Takkanlah mereka perlu merayu di depan pintu pagar rumah Menteri Besar untuk mandi di setiap pagi, kan?

1 comment:

Anonymous said...

Dr X tu adik kpd Prof X ke?
agaknya pangkat Dr dia tu dari universiti tak bertauliah. elok sprm dan blogers check.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!