Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, July 16, 2012

KONSEP AGAMA PAS: WAL HALAAAAALU KU..WAL HARAAAAAAMU MU..!!!

lanun

Marah betul Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi, mengenai penyebaran karikatur-karikatur para pemimpin dan idola pihak pembangkang yang mencerminkan perangai sebenar dan kejijikan moral “dewa-dewa” pujaannya itu.

Nasruddin menganggap karikatur-karikatur itu begitu menghina para pemimpin Pakatan Haram dan dilakukan oleh mereka-mereka yang tidak bertamadun untuk memburuk-burukkan imej kepimpinan pembangkang menjelang PRU ke-13.

Dia mahu karikatur-karikatur itu ditarik balik. Katanya, kalau tidak ditarik balik, dia akan mendedahkan identiti atau dalang di sebalik penghasilan karikatur-karikatur tersebut.

Amboi..!!! Marah betul Nasruddin. Rasanya, kalau kartunis atau individu yang bertanggungjawab menyebarkan karikatur itu berada di depannya, mungkin Nasrudin sudah “makan” dan ratah bersama Unit Amal yang sememangnya “ganas-ganas” belaka…

Paling menarik, laman portal paling “berat sebelah” yang sememangnya pro-Pakatan Haram, Malaysiakini, mendedahkan bahawa Nasrudin paling marah dengan karikatur “lanun” yang sangat mirip kepada Anwar, Mat Sabu, Hadi Awang dan Ambiga Sreevenasan.

Karikatur tersebut mempamerkan Anwar bermata satu sedang bersama Hadi, Mat Sabu dan Ambiga di dalam sebuah tongkang lanun yang tertulis “Pirates of Kuala Lumpur” dan di bawahnya pula tertulis “perompak warna DiRaja!!”, sambil memegang parang…

Apa yang tidak betulnya dengan karikatur “lanun” itu? Bukankah “kuning” itu melambangkan warna DiRaja di negara ini dan sewajarnya pihak Pakatan Haram atau Ambiga perlu pilih warna lain yang lebih sesuai untuk mereka gunakan untuk memburuk-burukkan negara.

Institusi DiRaja tidak pernah campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan selama ini namun kerana puak-puak kuning Bershit dan sikap pemimpin Pakatan Haram yang mengancam kedamaian negara, DYMM Sultan dan Raja-Raja Melayu terpaksa bersuara mahu huru-hara itu dihentikan.

Pelik betul bila Nasrudin menunjukkan perangai kebudak-budakan yang tidak matang, buta sebelah mata dan bersikap tidak adil di dalam mengutarakan isu yang sememangnya menjadi amalan pihaknya sendiri.

Saya tidak tahu sejak bila Nasruddin terjun ke dalam kancah politik negara. Namun jika dia mengikuti perkembangan politik Malaysia sejak 1998 hingga kini, dia akan temui beribu-ribu gambar dan karikatur yang direka-reka untuk memburuk-burukkan pemimpin UMNO/BN.

Ia berlaku sejak di zaman reformasi lagi di mana ruang media dan propaganda di internet dikuasai sepenuhnya oleh cybertroopers-cybertroopers pro-pembangkang. Ketika itu, media-media pro-Kerajaan di internet rasanya boleh dikira dengan jari.


Gambar-gambar superimpose dan karikatur-karikatur “maha-firaun” dan “maha-zalim” begitu popular ketika itu. Dan sehingga kini karikatur-karikatur yang menghina dan memburukkan kepimpinan Tun M, Najib dan para pemimpin UMNO masih banyak disiarkan oleh pihak pembangkang.

Sewajarnya, Nasruddin perlu mengecam dan mengutuk Zunar serta cybertroopers-cybertroopers pro-pembangkang yang begitu banyak menabur fitnah terhadap kepimpinan kerajaan BN terlebih dahulu sebelum marah-marah pada penyiaran karikatur-karikatur yang mengutuk Anwar serta kepimpinan Pakatan Haram.

Nasruddin perlu sedar bahawa pihak pembangkanglah yang menjuarai karikatur-karikatur menghina dan memfitnah para pemimpin UMNO/BN dan mereka jugalah yang memperkenalkan cara jijik, kotor dan tidak bertamadun itu di negara ini.

Kalau pihak pembangkang yang buat karikatur maka Nasruddin bolehkan. Tapi kalau pihak penyokong UMNO/BN yang melakar dan menyiarkan karikatur yang menunjukkan sikap dan polisi sebenar Pakatan Haram maka Nasruddin mengamuk macam budak kecil..!!!

Adilkah kemarahan Nasruddin itu? Atau apakah sikap Nasruddin itu membuktikan PAS masih lagi menggunakan dasar “Wal Halaaaaalu Ku, Wal Haraaaamu Mu”?

Saya berpendapat, Nasrudin perlu cermin dulu dirinya sebelum bertindak mengajar atau mengecam karikatur yang jelas melondehkan sikap dan rupa sebenar para pemimpin Pakatan Haram yang sememangnya jelek dan memalukan itu.

Sepatutnya, dia ajar dulu pihak PAS dan penyokong Pakatan Haram tentang erti etika, tamadun dan akhlak mahmudah kerana pihaknya lebih terkenal dengan sikap-sikap kurang ajar, jijik, jelek dan kaya dengan akhlak mazmumah.

Kalau rumah sendiri busuk dan jelek, janganlah tuduh rumah jiran yang bersih itu kotor. Kalau diri sendiri yang buruk perangai, janganlah menuding jari pada pihak yang jelas lama bersabar dengan kerenah tidak bertamadun pihak pembangkang.

Karikatur “lanun” itu baru sedikit. Nantikanlah kemunculan karikatur-karikatur yang lebih pedas dan mampu membuat para pemimpin Pakatan Haram tak dapat tidur malam! Nasruddin pernah tengok karikatur “Omega”?

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Megat Alam Gempita said...

hehehe

Ni baru sikit, kita ada kartun yang mengeluarkan bunyi...katil bergoncang berbunyi, orang yang sedang berayun pun berbunyi!

Tungguuuuu!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!