Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, July 4, 2012

JAGA-JAGA ORANG PENDANG..!!! KOMUNIS MAT SABUN NAK MASUK SERANG..!!!

mat sabu

Baru-baru ini saya berpeluang untuk pulang ke kampung di Pendang, Kedah, bagi menghadiri kenduri kahwin salah seorang ahli keluarga di sana dan secara kebetulan, cuti saya kali ini cukup panjang serta membolehkan saya berada lama sedikit di kawasan itu.

Pada petang setelah selesai majlis walimatul urus, saya mengikut seorang saudara ke pekan Pendang untuk “ngeteh” sambil berborak panjang. Maklumlah sudah agak lama tidak bertemu. Dan kebetulan, kami terserempak dengan beberapa bekas AJK PAS Pendang yang meletak jawatan baru-baru ini…

Pucuk dicita, ulam mendatang, cerita politik menjadi pilihan. Untuk makluman, AJK-AJK PAS Pendang ini adalah golongan tok-tok lebai PAS yang pro-ulama, atau mereka dikenali sebagai “orang-orang Tok Guru Hj Rahim” yang meletak jawatan serentak seramai 14 orang kerana merajuk pada pendekaran PAS “baru”…

Mengejutkan saya, topik perbualan mereka kali ini ialah mengenai Mat Sabu. Apa pula yang tak kena dengan “abang Mat” (panggilan manja suami Normah!)?

“Mat Sabu mahu masuk bertanding di Parlimen Pendang!” Itu topiknya. Dan sudah tentunya topik tersebut menarik minat saya untuk duduk semeja dengan mereka…

Menurut mereka, Mat Sabu memang sudah lama mengidam mahu bertanding di Parlimen Pendang dan kali ini mereka mendakwa bahawa Timbalan Presiden PAS itu menggunakan kuasa “veto”nya untuk memastikan dia dapat bertanding di parlimen itu pada PRU ke-13 nanti.

Kata mereka lagi, Mat Sabu sendiri telah menyuarakan hasrat dan keinginan hatinya itu kepada Yang Dipertua PAS Pendang, Taulan Rasul, untuk mencalonkan dirinya sebagai calon PAS di parlimen Pendang.

Mengikut perancangan mereka, Mat Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang dan penyandangnya sekarang akan berpindah ke DUN Tokai menggantikan Taulan. Taulan pula dikatakan mahu bersara sebagai wakil rakyat.

Dan di DUN Sungai Tiang pula, PAS akan meletakkan seorang bekas mufti sebagai “kambing hitam”nya kerana mereka tidak yakin mampu merampas kerusi BN di situ. Begitulah khabarnya percaturan PAS di Pendang.

Saya tertanya-tanya, mengapa tok-tok lebai ini bercerita begitu terbuka mengenai sesuatu yang sememangnya patut dirahsiakan dari khalayak umum. Bukankah ia adalah rahsia dan strategi pilihanraya parti?

Persoalan itu menyebabkan semua bekas-bekas orang kuat PAS itu terkedu dan termenung sebentar. Tapi kemudian, masing-masing mengelengkan kepala. Apa maksud mereka?

Menurut salah seorang dari tok lebai itu, mereka sudah tawar hati terhadap PAS. Mereka tidak dapat menerima hakikat sejak PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR, lebih-lebih lagi “syaitan” yang bernama DAP. Marah sungguh mereka pada DAP…

Malah, mereka mendakwa bahawa golongan Anwarinas begitu cepat mempengaruhi PAS Pendang sehingga menyebabkan “Tok Guru” Hj. Rahim tersisih dan seolah-olah “dipulaukan”. Golongan pro-ulama diketepikan bagai “kucing kurap”.

Maafkan saya, tapi itulah bahasa dan ungkapan yang mereka gunakan. Agak kasar dan ia jelas membayangkan betapa mereka merajuk, sakit hati, kecewa, marah dan tawar hati terhadap perjuangan PAS “baru”.

Maaflah jika ungkapan tersebut menyinggung perasaan para penyokong PAS, namun golongan pro-ulama PAS di Pendang menggunakan ungkapan “PAS Baru” untuk menggambarkan imej parti itu yang terkini.

Bila saya bangkitkan soal “tajdid” di dalam PAS, begitu pantas mereka menjawab “apakah gunanya tajdid jika ia menjauhkan PAS dari perjuangan asal parti?” dan ayat tersebut mengakhiri perbualan kami apabila azan maghrib berkumandang…

Sumber: Mykmu.net

4 comments:

Anonymous said...

Tau tak apa makna Pendang dan dari mana asal nya. Kalau nak kena penendang dan jatuh dalam bendang, mai la kat sini.

Anonymous said...

Awat? takdak orang lain dah PAS nak calon? Anak Pendang pun ramai lagi!

PAS Pendang

Anonymous said...

Kami takmau Mat Sabu...!!! Kami nak pemimpin kami jugakkkk... Kami nak Dr Hayati..!!!

Anonymous said...

Kami nak tukaq! Kami nak YB Taulan bertanding Parlimen, YB Dr. Hayati bertanding DUN.

Orang muda pimpin DUN lagi bertenaga. Yang dah berumur tu bagi la handle Parlimen.

Baru la Kedah Sejahtera..!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!