Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, July 2, 2012

GEMPARRR..!!! RAHSIA HUBUNGAN DAP- SINGAPURA TERBONGKARRR..???!!!

dap pap
Sebagaimana maklum, DAP lahir dari PAP di mana ketika Singapura dikeluarkan dari Malaysia dan Lim Kit Siang yang merupakan Setiausaha Politik kepada Lee Kuan Yew dihantar untuk membuka sebuah parti PAP di Tanah Melayu.

Namun, oleh kerana PAP tidak dibenarkan masuk ke Tanah Melayu sebagai parti politik, maka Lim Kit Siang menubuhkan DAP. Lagipun, DAP dan PAP tidak jauh bunyi akronimnya…

Setelah “menjajah” Temasek yang dulunya bersultan, PAP telah menukar statusnya menjadi sebuah negara republik berbanding Malaysia yang masih lagi mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mengekalkan DYMM Yang DiPertuan Agong sebagai pemimpin tertinggi negara.

Dipercayai, misi itu juga dikongsi bersama oleh DAP di Malaysia di mana terdapat banyak usaha dari parti itu untuk me“republik”kan negara ini.

Lihat saja bagaimana reaksi, tatacara, adab susila dan layanan para pemimpin DAP yang sering berkurang ajar dan biadap terhadap institusi Raja-Raja dan Kesultanan Melayu di negara ini.

Karpal Singh, Lim Kit Siang dan konco-konconya sering mencabar kuasa institusi DiRaja sehingga berjaya mempengaruhi pemimpin PAS yang bodoh seperti Nizar Jamaluddin untuk memohon derhaka kepada DYMM Sultannya sendiri.

Selain itu, DAP cukup terkenal dengan gagasan “Malaysian Malaysia” di mana parti itu memperjuangkan kesamarataan hak di kalangan rakyat negara ini. Dalam ertikata lain, setiap rakyat tanpa mengira status bumiputera atau tidak, akan mendapat keistimewaan yang sama.

Jika sekarang golongan bumiputera dan pribumi di Sabah dan Sarawak menerima keistimewaan seperti yang termaktub di dalam artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, maka DAP juga akan memberikan keistimewaan itu kepada kaum-kaum bukan bumiputera yang lain di negara ini.

Sekiranya itu berlaku, maka sudah tentu keistimewaan yang termaktub untuk golongan bumiputera akan hilang secara tidak langsung dan artikel 153 itu tidak membawa apa-apa makna lagi.

Difahamkan bahawa jika dasar perjuangan DAP itu berjaya dijalankan di negara ini, ia secara tidak langsung juga akan mendorong arah negara ini kepada sebuah negara yang sangat mirip kepada corak dasar di Singapura di mana kaum bumiputera semakin terpinggir dan bertukar kepada golongan minoriti.

Ketika itu, dijangka kuasa yang ada pada DYMM Raja-Raja dan Kesultanan Melayu akan “dihilangkan” begitu saja oleh dasar pemerintahan DAP itu dan Malaysia akan menuju ke arah negara republik, juga sama seperti yang berlaku di Singapura.

Baru-baru ini, beberapa pihak mendedahkan bahawa Kerajaan Singapura dalam diam telah membantu parti-parti Pakatan Haram melalui DAP di mana dana-dana lumayan telah disalurkan melalui parti itu.


Difahamkan juga bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP berkunjung ke Singapura sebulan sekali untuk memberi laporan berkenaan perkembangan “penjajahan halus” mereka di Malaysia.

Begitu juga dengan maklumat yang mendedahkan bahawa setiap cawangan DAP diberikan sebanyak USD/SGD 5,000 sebulan oleh pihak tertentu di Singapura bagi menjalankan gerak kerja daftar dan pindah pengundi peringkat akar umbi di Malaysia.


Dan terbaru, Ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah, Tan Keng Liang, mendedahkan bahawa para penyokong DAP telah menggesa agar Perdana Menteri Singapura mengambil tindakan terhadapnya kerana mempertahankan imej dan kedaulatan Malaysia dari campur tangan negara itu.

Ia jelas menunjukkan bahawa sememangnya DAP dan Kerajaan PAP di Singapura mempunyai hubungan yang erat dan dipercayai bahawa parti “chauvinis ultra kiasu” itu diberikan sokongan kuat oleh PAP di Singapura.

Persoalannya, apakah Melayu di negara ini masih lagi “buta”, “tidur” dan tidak sedar tentang segala perancangan DAP – PAP ke arah me“republik”kan Malaysia ini?

Atau umat Islam di negara ini masih lagi “bermimpi indah” dengan bayangan Lim Guan Eng sebagai “khalifah” sebagaimana “Lee Kuan Yew” yang memakai songkok untuk membeli jiwa umat Melayu Islam di Singapura pada suatu masa dahulu?

Apakah apa yang berlaku di Singapura akan berulang dan berlaku di Malaysia sekiranya Pakatan Haram diberi mandat pada PRU ke-13 nanti?

Ingatlah bahawa bangsa Melayu di Malaysia tidak selemah itu, dan cubalah “jolok sarang tebuan” jika mahu melihat “amukan” anak-anak Melayu Muslim yang sayangkan tanah tumpah darah mereka ini! Cubalah kalau berani…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!