Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, July 16, 2012

GEMPARRR..!!! PAS KEDAH TAK DENGAR RAYUAN ANAK YATIM YANG DIZALIMI...!!!?


Sampai anak yatim yang dizalimi terpaksa merayu pada Kerajaan PAS Kedah? Terpaksa merayu pada "Kerajaan Sejahtera"..???!!! Agak-agak la sikit puak-puak PAS weiiii..!!!

Ramadhan dah dekat nih...PAS benar-benar zalim terhadap anak-anak yatim..!!! Tiada pembelaan pun..!!!!

Rayuan Anak Yatim Mangsa Cabul Di Padang Terap

KUALA NERANG – “Saya mahu terus bersekolah.” Itu luahan penghuni asrama anak yatim dan miskin yang berusia 12 tahun, yang kini tidak dapat pergi ke sekolah mendakwa dicabul warden asrama berkenaan, hujung bulan lalu.

Luahan itu dinyatakan sewaktu Sinar Harian berkunjung ke rumah mangsa bersama pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Padang Terap, untuk bertemu dengan ibunya yang berusia 48 tahun.

Murid terbabit berkata, dia tidak lagi dapat pergi ke sekolah kerana tidak lagi tinggal di asrama berkenaan dan rumahnya pula terletak terlalu jauh dari sekolah untuk membolehkannya berulang-alik ke sekolah dari rumah.

“Sudah masuk minggu ke dua saya tidak ke sekolah, saya mahu belajar di sekolah bersama kawan-kawan dan dapat keputusan yang baik dalam UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah).

“Dalam tempoh ini, saya sering mengikut emak ke ladang dan membantunya, dan kelapangan pada waktu malam pula, saya penuhi dengan mengulang kaji secara sendirian,” kata anak kelima daripada enam beradik itu.

Sementara itu, ibunya yang ketika itu baru pulang dari ladang tembikai yang terletak agak jauh dari rumah, menceritakan bahawa dia terpaksa menyara anak-anaknya bersendirian sejak lebih lima tahun lalu, selepas suaminya dipenjarakan berhubung satu kes jenayah.

Menurutnya, kemiskinan dan ketiadaan kemudahan pengangkutan menyebabkan dia tidak dapat menghantar dan menjemput anaknya pulang di sekolah.

“Jika saya ingin ke pekan Kuala Nerang pun saya terpaksa menelefon teksi dan membayar tambang RM28 untuk perjalanan pergi dan balik, dan saya hanya ke pekan sekiranya ada perkara penting.

“Kini saya hanya bekerja di ladang tembikai dan perlu pergi ke lokasi yang diarahkan oleh majikannya, apabila tugas di satu-satu lokasi itu sudah selesai. Pendapatan pula sekitar RM15 sehari dan gaji dibayar tiga hari sekali,” katanya.

Katanya, dia turut menerima bantuan kanak-kanak daripada JKM berjumlah RM200, namun ia masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di kawasan rumah mereka, mendapati keadaan rumah itu terlalu uzur dan tiada penambahbaikan dilakukan sejak ia didirikan kira-kira 20 tahun lalu.

Malah, cuma terdapat satu bilik di rumah berkenaan, ruang tamu yang agak kecil serta dapur yang tidak sempurna dengan dindingnya pula banyak yang sudah reput.

Terdahulu, laporan media menyatakan bahawa satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuala Nerang berhubung dakwaan murid terbabit yang mengatakan dicabul oleh warden sebuah asrama anak yatim dan miskin, yang dihuninya, sewaktu dia sedang membasuh baju.

Sinar Harian bagaimanapun gagal mendapatkan penjelasan daripada pihak pengurusan asrama. Begitupun, difahamkan bahawa asrama berkenaan baru-baru ini diarahkan tutup sementara oleh jabatan kesihatan atas faktor kebersihan. - Darulaman.my

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!