Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, July 4, 2012

GEMPARRR..!!! ORANG PAS INI MENGAKU PERNAH KAFIRKAN IBUBAPANYA SENDIRI..!!!

cikgu non

Anda semua kenal dengan lelaki di atas? Rasanya, kalau ditanya kepada rakan-rakan UMNO/BN, mungkin mereka tidak kenal dengan lelaki ini. Namun jika ditanya kepada para penyokong PAS di Kedah, sudah tentu ramai yang mengenali lelaki tua tersebut.

Jika PKR amat gentar berhadapan kelibat Ummi Hafilda, Nallakaruppan dan Ezam Mohd Noor, PAS pula amat gerun untuk berdepan dengan lelaki tua yang kurus ini. Dia bukan pemimpin hebat atau individu ternama, dan pun datang dari kawasan yang boleh dikategorikan sebagai “hulu”…

Dia adalah bekas Exco Dewan Pemuda PAS Kedah dan merupakan salah seorang bekas penulis di lidah rasmi PAS, Harakah. Dia pernah mengkafirkan ibubapanya hanya kerana menyokong ABIM meskipun kedua orang tuanya itu tidak menyertai UMNO.

Dialah penulis buku kontroversi, Air Mata Memali, yang difatwakan sebagai “haram” untuk dibaca oleh PAS dan adalah seorang yang bernama Zainal Ismail atau lebih dikenali sebagai Cikgu Non, salah seorang pemegang amanah “tabung Memali”.

Cikgu Non cukup ditakuti oleh puak-puak PAS, khususnya di kawasan utara semenanjung. Mat Sabu pun takut padanya. Malah pada satu ketikanya, Cikgu Non bertindak berani menjual bukunya di pintu masuk ceramah PAS sebelum dihalau dan diancam oleh unit amal PAS.

PAS begitu takut padanya sehinggakan terpaksa mengugut untuk memukul dan membunuh Cikgu Non sehingga lelaki tua itu terpaksa berkejar ke balai polis melaporkan tentang ancaman serius yang diterimanya dari puak-puak PAS yang dirasuk “syaitan” itu.

Begitu terdesak sekali PAS berhadapan dengan Cikgu Non. Mahu ditutup mulutnya, Cikgu Non masih kenal huruf dan mampu menulis mengenai pelbagai pendedahan segala “penyakit” di dalam PAS.

Dan kini, Cikgu Non semakin berani aktif sehingga dijemput di merata pentas ceramah…
Mengapa PAS takut sangat padanya? PAS pernah ada buat salah, kah? Mengapa perlu ditutup mulut Cikgu Non?

Atau PAS pernah melakukan kezaliman, penyelewengan, rompakan wang balu dan anak-anak yatim atau PAS pernah berdosa kepada seluruh umat Islam di negara ini?

Baru-baru ini Cikgu Non begitu aktif berceramah di sekitar negeri Kedah dan mendedahkan pelbagai cerita menarik tentang “penyakit sopak, kusta, kurap, nanah, busung, kanser, sembelit dan termasuklah penyakit kelamin” yang dihidap oleh PAS.

Antaranya ialah yang paling popluar iaitu mengenai penyelewengan tabung Memali yang berjaya dikumpul berjuta-juta ringgit sebelum didakwa telah dilesapkan oleh bekas senator PAS, Yussof Hussin, yang dikatakan kroni dan sangat akrab kepada Menteri Besar Kedah, Azizan Razak.

Begitu juga dengan pendedahan Cikgu Non mengenai tindakan PAS yang jauh berubah berhubung merobohkan surau yang menjadi tempat ibadat umat Islam.

Menurutnya, ketika berlaku pertelingkahan antara umat Islam dan penganut Hindu di Pulau Pinang satu ketika dulu, para penyokong PAS digesa dan hadir ke Pulau Pinang kononnya mempertahankan sebuah masjid yang terancam di sana sebelum dipolitikkan.

Kononnya PAS membela rumah Allah di Pulau Pinang dan parti itu akan dilihat sebagai pejuang Islam sebenar…

Tapi amat berbeza sekali tindakan PAS bila mendapat kuasa di Kedah apabila kerajaan yang dipimpin oleh Azizan Razak itu yang mahu merobohkan Madrasah Salihiyyah yang sudah lama bertapak di ibu negeri itu sejak lebih 100 tahun!

Malah lebih bertentangan dengan tindakan PAS dulu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah telah membuat laporan polis bagi menghalang umat Islam di kariah tersebut untuk mengadakan solat munajat memohon dari Allah SWT bagi mempertahankan madrasah itu!

Begitulah antara bukti pemesongan dan penyelewengan PAS yang diceritakan oleh Cikgu Non…

Jika dulu PAS menyuruhnya mengkafirkan sesiapa saja yang tidak menyertai PAS, kini PAS menyuruh para penyokongnya meruntuhkan sebuah rumah Allah untuk membina sebuah kompleks membeli belah!

Dijangka, Cikgu Non akan terus berceramah dipentas-pentas bagi membongkarkan wajah sebenar PAS di sebalik wajah “bulan purnama”nya.

Menariknya, Cikgu Non menegaskan bahawa dia berceramah bukan kerana UMNO atau kerana politik. Tapi, dia berjuang kerana Islam dan mahu PAS kembali “buat kerja cara Islam”.

Dalam ertikata lain, maka jelaslah bahawa PAS sudah terpesong dari Islam sehingga terpaksa dibetulkan oleh penyokong sendiri, kan? Lagipun, Cikgu Non masih ahli PAS dan belum keluar parti pun…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Sebagai seorang Islam saya berkongsi dengan Tuan yang empunya blog dan juga semua pembaca termasuk juga ahli-ahli Parti Asuhan Syaitan bagi mengambil iktbar dari sepotong Ayat Surat AL-AHZAB yang diwahyukan keatas Junjungan Besar Nabi Muhaamad SAW yang bermaksud "Wahai Nabi! Takwalah engkau kepada Allah dan janganlah engkau ikuti orang-orang yang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana. ( Ayat1 Surat AL-AHZAB).

pandangan saya ayat ini bukan saja kapada Nabi Muhaamad SAW tetapi juga terpakai pada seluruh Umat Islam.akhir-akhir zaman ini yang mengakui diri Islam tetapi kerana hasad dengki mereka boleh berkerjasama dengan kafir dan juga munafik untuk memuaskan nafsu.Harapan saya supaya dapatlah pembaca sekelian pertimbangkan dengan akal yang waras.sila rujuk kepada mana-mana tafsiran Al-Quran yang terdapat di Negeri kita ini.harap maaf jika tersentuh hati pembaca semua.terima kaseh.


46sekupang.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!