Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, July 21, 2012

GEMPARRR..!!! MAZLAN ALIMAN BODOHKAN MAHFUZ, MAHFUZ BODOHKAN AZIZAN RAZAKKK..!!! HEH..!

azizan

Nampaknya dengan kuasa yang ada pada seorang AJK PAS Pusat, Menteri Besar Kedah gagal mempertahankan keputusan GLC milik penuh negeri Kedah untuk menjana keuntungan untuk syarikat itu apabila terpaksa menjual kembali saham FGVH yang dibeli sebelum ini.

Ternyata, Mazlan Aliman yang hanya berjawatan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Johor lebih hebat pengaruhnya berbanding Azizan Razak yang berjawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedan dan memimpin sebuah kerajaan negeri.

Akhirnya, Azizan tunduk kepada kehendak bodoh Mazlan dan mengarahkan pihak pengurusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) untuk menjual saham sebanyak 500,000 unit, semalam.

Terus terang saya katakan bahawa tindakan Azizan itu merupakan satu kesilapan besar dan antara tindakan yang paling bodoh yang dibuat olehnya. Mungkin juga Azizan terpaksa tunduk ekoran keputusan PEMANDUnya…

Sebagaimana maklum, sebuah GLC ditubuhkan sesebuah kerajaan untuk menjana keuntungan pagi pihak kerajaan tersebut. Dalam ertikata lain, GLC seperti PKNK dipertanggungjawabkan untuk mencari wang untuk diisi di dalam tabung perbendaharaan kerajaan negeri.

Melihat kepada keperluan menjana keuntungan tersebut, PKNK telah bertindak pantas untuk memohon pembelian saham FGVH sebanyak 1 juta unit berdasarkan perspektif saham tersebut yang dijangka sangat menguntungkan.

Lagipun, takkanlah perancang kewangan sesebuah GLC itu akan menasihatkan supaya syarikat tersebut membeli saham yang dijangka rugi. Tidak masuk akal, bukan?

Namun, MITI hanya memberikan sebanyak 500,000 unit saham saja untuk dibeli oleh PKNK atas dasar kuota yang sewajarnya diberikan kepada GLC dan itu merupakan satu kelegaan kepada para pegawai yang terbabit.

Maklumlah, jika PKNK membawa keuntungan ke syarikat itu, sudah tentu para pegawainya akan dilihat sebagai “tidak tidur”, pandai buat kerja, kreatif dan bijak menjana sumber kewangan kepada syarikat terbabit.

Manakala sekiranya PKNK rugi, sudah tentu Kerajaan PAS Negeri Kedah akan marah pada anak syarikatnya itu dan mungkin timbul pula suara-suara sumbang dari pak-pak lebai PAS untuk menyalahkan para pegawai syarikat tersebut.

Lagipun, pak-pak lebai PAS itu dikhabarkan sudah lama mengintai peluang untuk mengambil alih jawatan-jawatan utama di PKNK, cuma mereka tidak punya cukup alasan untuk berbuat demikian…

Malangnya, tindakan yang membawa keuntungan kepada GLC Kedah itu dipandang serong pula oleh PAS dan jasa mereka yang menjana keuntungan yang halal dari sudut Islam itu seolah-olah dipandang haram pula hukumnya.

PKNK dipaksa untuk menjual saham FGVH yang membawa keuntungan dan ia dilihat satu tindakan tidak profesional yang paling buruk pernah dilakukan serta dijangka akan merugikan GLC itu pada jangka masa panjang.

Pelik betul perangai puak-puak PAS. Kerana politik, mereka sanggup rugi berniaga dan melepaskan peluang untuk menjana keuntungan meskipun urusan jual beli perniagaan tersebut adalah halal dari sudut agama Islam.

Kerana politik juga mereka sanggup bertindak bodoh menjual sesuatu yang amat menguntungkan kerajaan negeri pimpinan mereka. Kononnya tidak mengapa mereka rugi besar asalkan hati mereka puas memperjuangkan sesuatu yang bodoh!

Saya percaya, jauh di dalam lubuk hati Menteri Besar Kedah tersimpan satu perasaan yang amat marah dengan tindakan terpaksa tanpa rela menjual saham FGVH itu kerana dia tahu saham-saham tersebut adalah satu sumber kewangan yang baik untuk kerajaan pimpinanannya.

Azizan tahu bahawa dia bukannya pandai menjana sumber kewangan negeri Kedah, namun kerana busuk hati Mahfuz, Mazlan Aliman dan PEMANDU PAS, dia terpaksa menelan kebodohan tersebut serta membiarkan GLC Kedah itu rugi besar melepaskan saham FGVH itu.

Jelaslah bahawa PAS sememangnya mengamalkan dasar “bodoh sombong” dan “egois” yang merugikan diri sendiri dalam setiap tindakan mereka. Hakikat itu mereka sedar, namun mereka malu untuk mengakui kebodohan mereka sendiri. Itulah PAS sebenarnya.

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

bukan baru,dah berkurun bodohnya.....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!