Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, July 20, 2012

GEMPARRR..!!! KIT SIANG MENGAKU TAKUT KAT CYBERTROOPERS UMNO/BN..!!!?

kit Siang

Nampaknya para pemimpin dan gerakan cybertroopers pembangkang mula gerun dan takut dengan senario gerakan-gerakan para penyokong UMNO/BN yang semakin menguasai medan politik di ruang maya internet.

Semalam, Lim Kit Siang melahirkan rasa risau dan susah hati dengan kewujudan puluhan ribu para penyokong UMNO/BN yang bermati-matian menyerang pembangkang dan mempertahankan maruah parti dari fitnah serta propaganda busuk Pakatan Haram.

Mungkin panik dengan keadaan ruang maya yang semakin hangat mendedahkan pelbagai pembohongan pembangkang, penasihat DAP itu jelas “tenggelam punca” apabila menuduh para penyokong UMNO/BN di ruang maya itu sebagai anti-nasional.

Lantaran itu, dia menyalahkan beberapa agensi kerajaan yang kononnya menghabiskan wang cukai rakyat di negara ini dengan menganjurkan program-program yang membabitkan para pengamal media baru.

Pada pandangan saya, tuduhan Kit Siang bahawa pengamal media baru internet pro-kerajaan sebagai “anti-nasional” adalah satu tuduhan terdesak dan tidak masuk logik akal sama sekali.

Siapa Kit Siang untuk menuduh begitu sedangkan kebangkitan para pengamal media internet yang menyokong gagasan dan wawasan kerajaan itu berpunca dari tindakan Pakatan Haram sendiri yang mempergunakan medium media baru itu sebagai saluran persepsi buruk dan memfitnah pemimpin dan kerajaan.

Apatah lagi sejarah media baru itu memperlihatkan bagaimana pembangkang menjajah pemikiran rakyat supaya memberontak, berfikiran negatif, tidak konstruktif dan sering menimbulkan propaganda keji yang menimbulkan ketegangan isu sensitif, termasuk isu perkauman dan keagamaan.

Kita masih ingat lagi bagaimana kerajaan yang mengamalkan polisi ketelusan dan kebebasan bersuara telah disalahgunakan oleh media dan bloggers pro-pembangkang di internet dengan menyebarkan spekulasi, khabar angin dan fitnah.

Dari sekecil-kecil kes seperti longkang pecah dirumah Pak Ali hinggalah kepada fitnah-fitnah besar seperti kes mendiang Altantuya yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pihak pembangkang tidak jemu-jemu menabur tohmahan.

Malah, para pemimpin pembangkang seperti Nizar Jamaluddin beberapa kali mempergunakan medium internet untuk berlaku biadap, kurang ajar dan derhaka kepada institusi DiRaja dan pihak Istana.

DAP mengutarakan ideologi rasis chauvinis ultra kiasu, PKR begitu popular dengan cerita-cerita karut dan rekayasa yang tidak masuk dek akal, manakala PAS pula semakin giat menjalankan “perniagaan menjual agama” mereka kepada umat Islam di negara ini.

Peliknya, pembohongan serta propaganda jijik mereka itu tetap juga dipercayai oleh para penyokong Pakatan Haram meskipun segala bukti dan penjelasan berfakta diberikan bagi menafikan fitnah jahat tersebut.

Sedangkan, perkara benar dan sahih dibongkarkan mengenai skandal rakaman video yang jelas 99 peratus Anwar itu pula tidak dipercayai dengan alasan bahawa ia merupakan “besi” yang tidak boleh dijadikan bukti kukuh!

Dan sehingga kini, laman-laman web pro-pembangkang seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Malaysia Today, Harakahdaily, laman-laman blog dan portal masih lagi begitu aktif memburuk-burukkan keadaan serta menghuru-harakan pemikiran rakyat.

Jadi, salahkah rakyat Malaysia yang celik IT dan bijak membezakan antara mana satu yang benar dan mana satu yang salah untuk tampil di media internet menyatakan kebenaran dan pendapat yang bernas mengenai isu-isu tersebut?

Salahkah cybertroopers yang cintakan keharmonian di antara kaum di negara ini bangkit menentang dakyah politik jahat pembangkang itu?

Salahkah cybertroopers yang sayangkan sifat hormat menghormati antara antara agama di negara ini bingkas bangun meredakan ketengangan yang cuba dibangkitkan oleh pembangkang itu?

Berdosakah para penyokong UMNO mempertahankan kesucian agama Islam dari diperkotak-katikkan oleh para penganut “agama PAS”?

Dan apakah bertentangan dengan perlembagaan apabila rakyat Malaysia bertegas mempertahankan kedaulatan DYMM Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu dari terus diperlekeh serta dihina dengan beditu biadap sekali oleh para pemimpin Pakatan Haram.

Dan persoalan terbaik kepada Kit Siang, salahkah kami mempertahankan kerajaan BN yang kami sayang dan salahkah kerajaan memberikan penghargaan kepada mereka-mereka yang membantu menafikan kebobrokan pihak pembangkang yang mahu mempolitikkan semua isu di negara ini?

Jangan fikir rakyat Malaysia bodoh untuk terus diperbodohkan dengan kebejatan politik tidak bertamadun pihak pembangkang kerana kami tahu tentang taktik baru Pakatan Haram untuk menjajah minda kami dengan dunia persepsi jahat ciptaan kalian semua!

Tunggulah PRU ke-13 nanti kerana Pakatan Haram akan diajar untuk menerima kekalahan teruk dan dikala itu harapnya mereka sedar bahawa rakyat sememangnya sudah bosan dan benci kepada sikap buruk para pemimpin pembangkang!

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!