Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, July 6, 2012

GEMPARRR..!!! KELANTAN, SELANGOR, KEDAH,PENANG BUBAR DUN HUJUNG MINGGU INI..???!!!!

pok nik malu

Ya, saya tahu. Saya tahu bahawa Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat mengandaikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya “takut” untuk membubarkan parlimen dan menyifatkannya sebagai satu kemenangan moral buat Pakatan Haram.

Nik Aziz menuduh bahawa BN punya masalah sehingga Najib menangguh-nangguhkan PRU ke-13 dan yang terkini, Perdana Menteri membayangkan bahawa beliau akan mencukupkan penggal PRU sehingga genap 5 tahun, iaitu kira-kira pada bulan Mac depan, sebelum April.

Tapi, betulkah Najib “takut” untuk membubarkan parlimen lebih awal? Mengapa dia takut? Kerana BN bermasalah? Benarkah BN bermasalah? Dan jika benar BN punya masalah, apa masalahnya?

Ya. Mungkin juga betul kata-kata Mursyidul Am PAS itu. Maklumlah, selalunya kita difahamkan bahawa nabi-nabi Allah punya mukjizat dan mungkin “nabi PAS” itu memiliki mukjizat yang memberitahu padanya tentang perasaan seseorang.

Betulkah Najib “takut”? Setahu saya, jika Najib “takut”, dia takkan berani menggantikan tempat Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri. Dia tahu bahawa mengambil alih jawatan Tun Abdullah adalah sesuatu yang amat berat untuk dipikul.

Najib tahu bahawa BN dan UMNO khususnya ketika itu sangat bermasalah. Maklumlah, baru lepas dilanda tsunami dan BN hilang kerusi 2/3 di Parlimen, sudah tentulah sukar untuk mengetuai barisan kerajaan yang menang kurang selesa.

Jika Najib “penakut”, sudah tentu beliau tak berani mengambil alih tanggungjawab untuk mengetuai kerajaan. Kalau Najib penakut, sudah tentu beliau beri orang lain menggantikan Pak Lah.

Tapi, Najib buktikan beliau “anak jantan”! Beliau sahut cabaran yang paling sukar itu dan beliau hadapi keadaan politik dan sosial yang kian mencabar ini dengan tenang dan berhemah. Dan berkat restu Allah SWT dan keberaniannya itu, UMNO dan BN kembali gagah dipersada negara.

Maka sebab itulah Pakatan Haram takut! Takut pada Najib sehingga terpaksa menyerang beliau dengan pelbagai taktik dan fitnah-fitnah melampau yang begitu terancang. Malah, Najib berjaya menumpaskan propaganda “16 September” sehingga memalukan Ketua Pembangkang sendiri!

Nampaknya, keadaan sudah terbalik! Jika dulu pembangkang tidak takut pada Pak Lah, tapi kini nampaknya pembangkang sendiri takut kepada Najib!

Jelaslah kenyataan Nik Aziz itu sangat dangkal dan bertentangan dengan apa yang berlaku di dalam dunia politik tanahair. Kenyataan Nik Aziz itu nyata tidak tepat sama sekali dan cuba berselindung di sebalik realiti sebenar.

Najib tak umum tarikh PRU dan umum mahu genapkan penggal PRU dikatakan “takut”? Tolonglah, kalau mahu berhujah pun biarlah berpijak di alam realiti yang nyata…

Sebelum ini pembangkang beriya-iya menegaskan bahawa mereka tidak mahu mengadakan pilihanraya di negeri-negeri jajahan mereka serentak dengan PRU ke-13. Masing-masing nak tunjuk keras kepala dan mungkin sengaja berbuat demikian untuk menyusahkan SPR.

Contohnya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan bahawa dia tidak akan membubarkan DUN Pulau Pinang serentak dengan pembubaran Parlimen dan sekaligus enggan mengadakan pilihanraya di negeri itu serentak dengan PRU ke-13 nanti.

Dan sekarang, Najib terang-terang menyatakan bahawa beliau akan menggenapkan tempoh pentadbiran BN untuk sepenggal.

Jadi, apa tunggu lagi? Takkan nak tunggu bubarkan DUN serentak dengan Parlimen? Kalau Najib menggunakan tempoh penggal itu secara maksimum, sudah tentu negeri-negeri jajahan Pakatan Haram perlu membubarkan DUN masing-masing lebih awal!

Mengapa tidak bubarkan DUN-DUN di negeri-negeri Pakatan Haram sekarang? Takkanlah negeri-negeri Pakatan Haram nak bubarkan DUN pada musim Haji? Nanti ada pula yang terpaksa batalkan tiket ke Mekah!

Kenapa tak bubar DUN sekarang? Nik Aziz, Azizan Razak, “Khalifah” Guan Eng dan Khalid “gagap” takut, kah? Atau Pakatan Haram kini sedang menghadapi masalah besar sehingga takut nak bubar DUN? Atau nak tunggu jumpa jam tangan OMEGA dulu baru nak bubar DUN..???

Sumber: Mykmu.net

5 comments:

Anonymous said...

Depa bubar kita di Kedah bersiap-sedia bila-bila masa. BN akan dapat kembali 25 kurusi. BN perintah Kedah. Yeeaaahhhhh....

Anonymous said...

Ngap Sarawak selalu berlainan? Tak ikut-ikut selama ni?

Fixed deposit ke?

Anonymous said...

masa kita bersekolah dulu guru ada ceritakan satu kisah untuk dijadikan pendoman "anjing dengan bayang-bayang",kemungkinan kisah ini yang menghantui Pok Nik kut?.sebab terlalu tinggi cita-cita inginkan Putra Jaya,wahal negeri yang kecil pun belum boleh settle lagi problem.itu yang tak sabar sangat.

Anonymous said...

Datuk seri Najib sentiasa berhati-hati dan berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap sesuatu kerana dia seorang perdana menteri yang bertanggung jawab terhadap negara.

Kenyataan yang tidak bertanggung jawab sentiasa datangnya daripada pembangkang. Kalau Anwar mengeluarkan apa2 kenyataan hanya kerana ingin glamour jadi PM sahaja. Sementara Nik Ajis pula cuma sekadar nak cari popularity sebagai ahli agama seolah2 seorang wali lebih2 lagi bila dah diberi gelaran seorang guru mursyid di kalangan ahlul pas.

hakikat sebenar mereka ini sudah tak punya apa2 kata orang Penang depa ni saja dok buat ramai. Dada dah tercalar, misai pun dah mencecah tanah, patah sayap bertongkatkan paruh namun gebang ku gebang jua.

Kita tak perlu ambil kesah sangat dengan dia oarang ni sebaliknya kita perlu kesian kerana mereka tak ubah macam badut sarkas yang cari cuma mengisi slot waktu rehat.

Anonymous said...

Kenyataan bodo Pemimpin pembangkang,apa nak susah2,parlemen akan dibubarkan bila tiba masanya,cakap macam budak2,konon najib takut nak bubar!tua2pun x de otak ke.Kalau dah ketagih nak pilihanraya sangan bubar je DUN selangor,kedah,kelantan dan PPinang.
Siakap senohong.
gelama ikan duri
Pembangkang cakap bohong
lama2 orang benci.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!