Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, July 23, 2012

GEMPARRR...!!! INI DIA BAKAL MB KEDAH LEPAS PRU13..???!!!





SAYA rasa, saya tidak perlu untuk menceritakan mengenai tahap IQ dan pemikiran Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, kepada para pembaca semua.


Rasanya, semua sedia maklum mengenai “kecacatan” Ahli Parlimen yang memalukan rakyat Pokok Sena itu.

Cuma saya tidak dapat menahan diri dari mengulas mengenai tuduhan terbaru Mahfuz terhadap UMNO. Semalam, Mahfuz tanpa berfikir panjang menuduh kononnya “UMNO terbukti telah diresapi komunis”!

Dahsyat benar tuduhan Mahfuz itu bukan? Kalau tidak difikirkan sedang berpuasa di bulan yang mulia, rasanya ramai yang berniat mahu menampar kepala Mahfuz sebanyak 14 kali!

Mahfuz pada mulanya ditanya media mengenai soal dakwaan pihak PDRM yang menyatakan bahawa terdapat pengganas JI dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang.

PDRM juga menyatakan bahawa ada cubaan dari unsur subversif itu untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Tiba-tiba, dia tuduh pula UMNO diresapi unsur komunis dan JI? Patutkah begitu? Bukan itu saja, Mahfuz kata dia ada bukti pula!

Bukti apa yang Mahfuz ada? Bukti Mat Sabu iktiraf komunis yang membunuh anggota polis Bukit Kepong sebagai “wira negara”?! Mahfuz nak kena tempeleng dengan Mat Sabu, kah?

Pada saya, hanya orang yang tidak berakal saja yang akan memberi ulasan sedemikian kepada media. Dan saya yakin bahawa sekiranya saya berada di kalangan wartawan tersebut, sudah tentu ketawa sayalah yang paling kuat mentertawakan kenyataan Mahfuz itu!

Atas dasar dan kajian apa yang Mahfuz boleh buktikan bahawa UMNO diresapi fahaman atau perjuangan JI dan komunis?

Saya sendiri tidak tahu dan tidak pasti bagaimana seorang yang dikatakan tidak lulus SRP boleh membuat kajian, siasatan terperinci dan memiliki maklumat dalaman sebagaimana yang diperoleh oleh pasukan PDRM.

Setahu saya, PDRM memiliki anggota dan pasukan yang cukup mantap untuk melakukan penyiasatan mengenai soal-soal gerakan subversif, termasuk anggota komunis dan JI yang dikatakan masih bergerak bebas di dalam negara ini.

Misalnya, kita tidak lupa mengenai isu Al-Maunah yang digempur pihak PDRM kerana terbukti cuba mengancam keamanan dalam negara dan mencetus keganasan yang membabitkan penggunaan senjata.

Selain itu, kita tahu bahawa perjanjian damai dengan komunis dahulu hanya membabitkan perletakan senjata oleh pihak pengganas itu. Namun dipercayai bahawa lebih dari 2,000 penyokong dan ahli pergerakan komunis masih aktif berkeliaran di negara ini.

Pernah satu sumber memberitahu bahawa hampir 2,000 rakyat negara ini pernah ke Thailand beberapa tahun lalu untuk menyambut hari lahir Chin Peng dan identiti mereka-mereka yang terlibat sememangnya telah dikenal pasti pasukan PDRM.

Tapi, takkanlah semua maklumat terperinci mengenai siasatan dan bukti itu perlu didedahkan kepada rakyat? Sudah tentulah ia tidak wajar kerana ia dijangka mampu menyebabkan kekecohan dan kebimbangan di kalangan rakyat marhain.

Pada saya, sekiranya pihak PDRM mendedahkan bahawa gerakan JI dan komunis kini sedang meresapi parti politik pembangkang, sudah tentu mereka punya bukti kukuh, fakta dan alasan yang konkrit untuk diketengahkan kepada rakyat.

Takkanlah PDRM mahu mencemar kreadibiliti unit risikan mereka dengan cerita-cerita palsu begitu? Sangat mustahil untuk sebuah pasukan yang menjaga keamanan di dalam negara untuk menjatuhkan kreadibiliti sendiri, bukan?

Yang pelik dan bodohnya ialah Mahfuz yang membenarkan dirinya dilihat bodoh lagi kali ini. Dia tidak punya sebarang asas untuk mengaitkan UMNO dengan unsur negatif yang mengancam negara itu, tiba-tiba saja dia “main tuduh-tuduh” sesuka hati mak bapak dia.

Malang benar PAS punya seorang ahli seperti Mahfuz Omar. Tapi, dia jugalah yang diangkat menjadi Naib Presiden! Mungkin tahap pemikiran dan IQ mereka-mereka yang memilihnya sebagai Naib Presiden PAS itu lebih rendah dari Mahfuz…kan?

Sumber: Perak Today

4 comments:

freekedah said...

depa nak bagiu pingat Tun kat chin peng.. Tun Chin Peng!

Anonymous said...

ha ha..memang elok pon gambaq hampa edit ne,,,he he..sibodoh bangkai ne bukan tau apa..ha ha ha..

adehh..pecah perot aku tgk gambaq ne...kah kah kah..dejei ngoh hampa..

Anonymous said...

wahai pengundi Kawasan Pokok Sena fikir dalam-dalam apabila anda membuang undi,semoleknya carilah wakil yang boleh membawa pembangunaan kawasan tuan/puan.yang ini sokong membawa rebah.

Jijan Mali said...

Kalau dah otak dia kat kepala lutut, nak buat macam mana.....janganlah kita ikut sama....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!