Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, July 10, 2012

GEMPARRR..!!! CERITA PAS KEDAH DAH SAMPAI KE FEDERAL..!!! SATU MALAYSIA DAH TAHU..!!!

pas kedah

Mungkin akan mengejutkan ramai rakyat Malaysia sekiranya saya menegaskan bahawa pergaduhan di antara Menteri Besar Kedah, Azizan Razak dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Phahrolrazi Zawawi yang sebelum ini dikatakan selesai masih lagi hangat berkelahi di antara satu sama lain.

Sebelum ini Phahrolrazi dan kroni-kroninya seperti Dr. Ismail Salleh mengugut untuk enggan menerima jawatan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan telah membuat beberapa kenyataan akhbar menyerang kepimpinan Azizan Razak secara terbuka melalui media.

Phahrolrazi dikatakan menyerang Azizan ekorang tidak berpuas hati terhadap campur tangan MB Kedah itu mengenai tender penyelenggaraan jalanraya negeri yang berharga ratusan juta.

Tender-tender tersebut dikawal sepenuhnya oleh Azizan meskipun Phahrolrazi berjawatan Exco Kerja Raya yang sepatutnya diberi kuasa untuk menguruskan berhubung penyelanggaraan jalanraya. Ini telah menimbulkan kemarahan ramai puak-puak PAS yang mengharapkan projek tersebut.

Azizan pula mahu atau tidak, terpaksa membuka pekung di dalam PAS Kedah mengakui kemelut dalaman parti itu. PAS Pusat terpaksa menghantar Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub untuk menyelesaikan kemelut itu, tapi gagal.

Ekoran itu Presiden PAS, Abdul Hadi Awang terpaksa turun ke Kedah dan menyelesaikan pergaduhan tersebut, maka timbullah isu penubuhan jawatankuasa PEMANDU untuk memantau pentadbiran Azizan Razak.

Hadi menganggap kemelut PAS Kedah selesai dan Nik Aziz bercadang mahu membuat kenduri kesyukuran bagi meraikannya. Padahal, Hadi sendiri gagal menyelesaikan masalah tersebut dan pergaduhan di antara Azizan dan Phahrolrazi sebenarnya makin meruncing!

Sebagaimana maklum, Azizan tidak mempedulikan PEMANDU dan terus mentadbir Kedah mengikut seleranya sebagai MB Kedah. Dan ini telah menyebabkan Phahrolrazi semakin panas padanya. Apatah lagi kuasanya dan pangkatnya telah diturunkan sebagai Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan sahaja, manakala portfolio Kerja Raya telah diberikan kepada Amirudin Hamzah.

Untuk makluman, Amirudin merupakan Timbalah YDP PAS Kuala Kedah yang diketuai oleh Phahrolrazi sendiri dan penyerahan portfolio Kerja Raya kepada Amirudin menyebabkan Phahrolrazi memberi kata dua kepada Timbalannya sama ada menyertai kumpulannya atau berdepan dengan tindakan tatatertib.

Jelas PAS Kuala Kedah bergoncang hebat kerana pertikaian itu memandangkan Amirudin mengambil sikap menyebelahi Azizan Razak. Sumber dalaman PAS memberitahu bahawa Phahrolrazi kini bermusuh pula dengan Amiruddin di Kuala Kedah.

Terkini, Phahrolrazi yang berkuasa di dalam portfolio Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan dikatakan sengaja mendedahkan pelbagai maklumat dalaman kepada media untuk memburuk-burukkan kepimpinan Azizan secara halus.

Pertamanya, Phahrolrazi sengaja mendedahkan mengenai jumlah bilangan pusat hiburan di seluruh Kedah yang berjumlah lebih 450 premis dan baru-baru ini dia meluluskan empat lagi lesen pusat rumah urut dan premis hiburan di Kedah.

Azizan telah dikecam hebat atas kelulusan lesen-lesen baru tersebut dan dilihat gagal mencorakkan Kedah sebagai sebuah negeri yang mengimarahkan Islam. Rakyat Kedah, khususnya para penyokong PAS sendiri marah pada Azizan Razak.

Keduanya, Phahrolrazi dikatakan sengaja membocorkan rancangan Azizan Razak yang mahu menetapkan dasar perumahan di Kedah dengan tidak membenarkan rumah-rumah di negeri itu dibeli oleh anak-anak negeri lain.

Dikhabarkan bahawa kaum Cina DAP yang kaya raya dari Pulau Pinang banyak membeli rumah di Kedah dan menambah jumlah pengundi di Kedah, serta mendesak PAS Kedah untuk memberikan tambahan kerusi DUN yang lebih kepada DAP pada PRU ke-13 nanti.

Selain itu, Phahrolrazi sengaja memberi maklumat mengenai anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah (Sri Temin Development Corporation) yang gagal melaksanakan projek perumahan di seluruh Kedah dan Azizan dituduh memberikan projek terbengkalai itu kepada pihak swasta untuk disudahkan pembinaannya.

Ekoran itu, harga rumah di seluruh Kedah, khususnya di Alor Setar meningkat tinggi secara drastik sehingga menyebabkan rakyata Kedah terumata golongan bumiputera tidak mampu membeli unit-unit tersebut.

Bayangkan rumah di teres biasa di Kedah mencecah harga RM250,000 berbanding RM120,000 dalam masa tiga bulan!

Dalam hal ini, Azizanlah yang persalahkan oleh seluruh rakyat Kedah, khususnya golongan muda yang baru mendirikan rumahtangga dan mahu memiliki rumah sendiri. Mereka tidak mampu membeli rumah semahal itu memandangkan kosnya yang tinggi melebihi paras kemampuan mereka.

Begitulah cara Phahrolrazi “pedajal” Azizan Razak. Khabarnya di belakang Phahrolrazi ada beberapa dalang yang menjadi “mastermind”nya. Antara yang dikatakan menjadi dalang tersebut ialah Mahfuz Omar, Mat Sabu, Dr. Ismail dan seluruh Exco Kedah, termasuk Amirudin yang dalam diam mahu menggulingkan Azizan dan mahu merebut jawatan MB.

Itulah yang sedang berlaku di Kedah dan menjadi buah mulut rakyat. Calon MB Kedah dari PAS kini dikatakan meningkat dari 3 orang kepada 6 orang iaitu Mahfuz, Amiruddin, Dr Ismail, Sanusi Mohd Nor, Phahrolrazi dan Dr Hayati yang dikatakan bakal menggantikan Taulan Rasul di DUN Tokai.

Tanyalah pada semua penyokong PAS di Kedah mengenai semua perkara ini dan jika kena dengan caranya sudah tentu mereka akan menceritakan segala perkara “dalam kain” PAS Kedah kepada anda. Mereka semua tahu!

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

berbalah adik beradik tak lama lagi berbaik semula lah tu,

Bila Kak Su Bersuara... Heh!