Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, July 2, 2012

GEMPARRR..!!! BLOG KEDAHLANIE BERSATU DENGAN BLOG MUMMY ROKIAH..???!!! HEH..!!!

Dah lama aku tak masuk blog proPAS totok, Kedahlanie. Bukan apa, blog tu adalah antara blog-blog terawal yang dok berperang dengan blog aku dan blog "depakata.blogspot.com", sekitar tahun 2008 dulu...

Blog depakata dah tutup kedai. Tinggal la blog aku yang masih bertahan bersama beberapa bloggers lain macam aloqsetaq, kedahtimes dan beberapa blog lain. Tak ramai time tu. Tapi sekarang ni dah banyak dah kawan-kawan yang bukak blog bongkarkan kebobrokan PAS Pis Pussss...

Baru ni aku terbaca blog PAS totok tu dah petik blog mummy rokiah berkenaan isu KUIN. Heh! Tak apa lah...mungkin ada pihak yang kurang fakta mengenai KUIN yang terkini...Tapi aku rasa aku perlu beri penjelasan mengenai kepincangan KUIN...

Memang dulu sikit je pelajar KUIN. Sebab KUIN baru merangkak dari tapak dan jana pendapatannya yang terhad. Memang dulu KUIN hanya ambik 400 pelajar dan sekarang ni dah 2,000 pelajar...

Aku juga tak nafi KUIN sekarang ni ada 47 program dan kursus pengajian pelbagai bidang. Memang betul....heh!

Tapi, tahu tak apa yang dah jadi pada kewangan KUIN kerana semua benda tu? Kursus diperbanyakkan, bermakna kos meningkat naik dengan drastik. 

Contohnya, Medic Insan memerlukan perbelanjaan besar sekitar RM350,000 sebulan! Nak tahu berapa orang pelajarnya? Yang datang ambil borang ialah 50 orang. Yang datang hantar borang hanya 8 orang...

Dari 8 orang tu, yang datang mendaftar sebagai pelajar hanya 5 orang, dan dari 5 orang tu hanya 2 orang saja yang bayar yuran pendaftaran penuh. 2 yang lain baru bayar deposit dan seorang lagi dikatakan belum bayar apa-apa...

Jadi, bagaimana KUIN nak tampung kos perbelanjaan Medic Insan yang sebanyak RM350,000 sebulan tu dengan yuran dari 5 orang pelajar. Untuk makluman, sumber pendapatan KUIN hanyalah bergantung kepada yuran pelajar dan peruntukan dari Kerajaan Negeri Kedah...

Itu baru satu bidang dan belum lagi bidang-bidang yang lain. Bayangkanlah sekarang KUIN dah ada 47 kursus dan program..! Heh! Rabak teruk la poket KUIN broooo..!!!

Nak tahu apa yang jadi lagi? Azizan Razak naikkan yuran KUIN dari RM60 sejam credit kepada RM200 sejam kredit. Nak tahu kenapa? KUIN dah nak lingkup pasal takdak duit..heh!

Nak tahu lagi? Tahu tak berapa ramai staff KUIN yang tak puas hati dengan pengurusan KUIN? Heh! Boleh dikatakan SEMUA TAK PUAS HATI. Takkan depa saja-saja tunjuk perasaan tak puas hati kot? Dah tentu ada yang tak kena...

Paling latest, kakitangan KUIN buat laporan polis. Haaaa...jangan kata UMNO pulak suruh lapor polis aaa...UMNO Kedah takdak kena mengena dalam ini cerita... Actually kakitangan KUIN tak puas hati kat pengurusan KUIN saja...

Depa dah ngadu kat Azizan, tapi Ustaz buat tak heran kat depa. Depa ngadu pulak kat media massa, dan media pun bantu siarkan isu tu. Tapi KUIN tak berubah jugak. Lepas tu depa buat la laporan polis..!!! Heh! Tak tau la apa nak jadi kat KUIN lepas ni...

Nak tau pasal apa kakitangan KUIN marah? Sebab duit gaji depa laaa...bila sebut bab gaji ni, semua sensitif, kan? Tu periuk nasi depa brooo..kalau orang terap periuk nasi hangpa, apa hangpa rasa? Zalim tak? Haaa...tu la yang depa rasa brooo....

Yup. Aku faham. Siapa la yang tak mahu tengok KUIN tu berkembang maju, bertambah besar dan tambah kapisiti program sampai ratusan program. Tapi kena buat step by step la...takkan la pakat nak serbu je tak pakai helmet?

Cuba bayangkan, modal ada RM200, modal pusingan ada RM100, tapi ada hati nak bukak kedai emas! Heh! Dengan duit RM300 tu, nak bukak gerai burger pun belom tentu broooo..!!! Kena la pandai uruskan KUIN tu.. kalau tak pandai urus macam Azizan buat tu, alamatnya hancoq la KUIN tu....heh!

Semua info kat atas tu aku dapat sendiri dari kakitangan KUIN...heh! 

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!