Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, July 25, 2012

FAKTA: IHH BAKAL JADI PRODUK KEBANGGAAN MALAYSIA..!



Kalau kita tengok peta dunia, Malaysia ni kecik je, kan? Tapi, rasanya siapa pun tak sangka sekecil-kecil Malaysia, negara ini mampu memiliki rangkaian perubatan swasta terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat. Kecil...tapi hebat!

Hakikatnya, itulah kedudukan tanahair kita sekarang dan ia dijangka cukup dicemburui oleh pihak-pihak tertentu yang suka memburuk-burukkan Malaysia. Rasanya rakyat mampumenilai sama ada nama Malaysia yang busuk atau pihak “itu” yang busuk hatinya...

Saham-saham IHH Healthcare Berhad (IHH) yang pertama seumpamanya di rantau benua ini secara rasminya didagangkan di Bursa Malaysia dan Singapura dan bakal membuka lebaran prospek baru ke arah negara yang lebih maju kehadapan.

Apa benda IHH ni?

IHH sebenarnya ialah sebuah syarikat pengendali rangkaian perubatan swasta yang dikuasai Khazanah yang mula diniagakan hari ini pada harga tawaran RM2.80 sesaham dan S$1.113 dengan jumlah sebanyak 2.23 bilion saham.

Menariknya, jumlah saham tersebut merupakan tawaran yang kedua terbesar dan tertinggi di Malaysia selepas saham FGVH (Felda) dan adalah yang ketiga terbesar di dunia selepas jumlah saham Facebook!
Dari itu, dijangka kewujudan IHH bakal menyaksikan Malaysia bakal menjadi sebuah negara yang memainkan peranan utama di dalam sektor perkhidmatan perubatan di dunia! Siapa yang tak bangga bebbb..!

Bercakap mengenai saham dan perubatan, saya pasti kedua perkara ini sangat menarik rakyat, khususnya masyarakat Cina, yang sangat mementingkan tentang kewangan dan kesihatan diri serta keluarga.

Sebab itu kita boleh lihat begitu ramai rakyat yang sanggup memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk membayar insuran kesihatan dan begitu juga saham-saham terbitan baru (IPO) yang diterbitkan GLC atau kerajaan. 

Jika tidak, takkanlah PKNK nak beli saham FGVH sampai 500,00 unit, bukan? Tapi kerana terlalu cintakan politik, MB Kedah suruh jual balik saham tu walaupun dia tahu saham-saham FGVH tu mampu menjana keuntungan ratusan ribu ringgit. Itu“otak”pembangkang...

Saya percaya, majoriti rakyat sudah tentu akan berbangga melihat Khazanah, sebuah syarikat milik penuh kerajaan Malaysia yang bakal menguasai pasaran pengendali pusatkesihatan kedua terbesar dunia, hanya satu tangga di belakang Hospital Corporation, Amerika Syarikat.


Tahun lalu,negara mencatat keuntungan melebihi sasaran dengan mencatat pendapatan sebanyak RM511 juta dari bidang perubatan pelancongan dan rekod sejak Januari hingga Mei tahun ini menunjukkan Malaysia berjaya memperoleh sebanyak RM200.4 juta dari sektor itu.

Cuba bayangkan dalam masa beberapa tahun lagi, berapakah bilion ringgitkah yang bakal dijana Khazanah dan Malaysia dari IHH pada masa akan datang?

Selain itu, melalui langkah bijak Khazanah tersebut, IHH dijangka akan berjaya memikat rakyat-rakyat Malaysia yang bekerja sebagai doktor-doktor pakar diluar negara untuk pulang menawarkan perkhidmatan mereka di negara ini.

Lebih menarik lagi, masalah kekurangan doktor pakar di tanahair pasti akan selesai dan pada masa yang sama IHH akan menjadi sebuah “universiti” paling praktikal untuk melatih lebih ramai doktor pakar serta bakal doktor.

Saya tidak pasti sama ada pihak pembangkang sama ada dari DAP, PKR atau PAS mampu memikirkan soal pembangunan industri perkhidmatan perubatan sehebat ini. 

Maklumlah, Khalid nak uruskan air untuk kegunaan rakyat Selangor pun mereka gagal! Apatah lagi Kerajaan PAS di Kedah, projek ikan keli pun boleh “bungkus”?! 

Di Pulau Pinang pula DAP sedang sebok memikirkan cara apa lagi untuk “menghalau” Melayu dan India keluar dari pulau itu. Di Kelantan pula tak payah cakaplah, Nik Aziz sebok berceramah dan mengeluarkan fatwa karut-marut demi menghidupkan survival politik PAS.

Mungkin tidak pernah terlintas di “kepala otak” mereka tentang cara menjana pendapatan yang menguntungkan bagi jangka masa pendek dan panjang. 24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun, ceramah politik saja dalam otak mereka...


 Pada saya, rasanya tidak perlu sebut nama sesiapa berhubung tindakan genius melancarkan IHH ni. Nanti ada pulak orang kata “masuk bakul, puji PM”! Apapun, saya fikir rakyat sudah bijak untuk menilai tentang fakta ini. Ternyata, Najib lebih berkualiti berbanding pihak “itu”, kan? Heh!

1 comment:

Anonymous said...

Datuk Seri Najib memang terbaik. Idea yang brilliant. Takde pada Anwar, takde pada Nik Aziz, takde pada LGE..yg mereka ni ada hnyalah nak menghuru-hara kan Malaysia.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!